ANGGOTA tentera ditemui meninggal dunia di dalam kereta selepas muntah darah di Jalan Tee Hoii, Taiping pada 4.10 petang hari ini. Koperal Razif Ruhiman, 32, ditemui orang awam yang mendapati lelaki terbabit dalam keadaan tidak sedar diri dan muntah darah sebelum menghubungi polis. Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, siasatan awal mendapati seorang lelaki yang juga anggota tentera ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta dengan darah di bahagian mulut dan ada tompokan darah di hadapan kereta dipercayai muntah darah mangsa.
"Anggota tentera terbabit bertugas di Batalion Ke-9 Rejimen Renjer Diraja, Kem Town Barrack, Taiping. "Mayatnya dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan mengikut maklumat daripadarakan sekerjanya, anggota tentera terbabit dikatakan pernah mengalami sakit Tibi," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, bedah siasat mendapati punca kematian adalah pendarahan dalam perut dan siasatan menunjukkan tiada unsur jenayah. "Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya. Difahamkan anggota tentera terbabit berasal dari Tambunan, Sabah dan masih bujang.
|