CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Morten Frost Letak Jawatan Sebagai Pengarah Teknikal BAM

18-9-2017 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2819| Komen: 5

Description: Legenda Badminton Denmark, Morten Frost Hansen membuat keputusan mengejut meletak jawatan sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Add Image Caption Here


Legenda Badminton Denmark, Morten Frost Hansen membuat keputusan mengejut meletak jawatan sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM).  

Memetik laporan The Star, perkara itu diumumkan oleh Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM (C&T) di Bukit Kiara, hari ini.

Difahamkan surat perletakan jawatan Frost diserahkan pada 11 September lalu berserta enam bulan notis. 

Menurut Norza, Frost meletak jawatan atas sebab peribadi, keputusan yang diterima BAM dengan hati terbuka.

“C&T menerima perletakan jawatan itu dengan hati terbuka, namun Pengurus Besar BAM (Michelle Chai) akan mengadakan pertemuan dengan Morten esok bagi membincangkan mengenai perkara tersebut."


“Kontrak Frost sepatutnya hanya tamat pada 2020,” kata Mohamad Norza kepada pemberita di sini, hari ini.

Frost, yang turut terkenal dengan jolokan ‘Mr Badminton’ pernah berkhidmat dalam badminton Malaysia dari 1997 hingga 2000 dan berjaya melahirkan pemain ternama negara seperti Wong Choon Hann, James Chua dan Lee Tsuen Seng.- CARI
12

Bagus
12

Marah
9

Terkejut
17

Sedih
14

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LostStar 18-9-2017 08:08 PM
Patotnya dah lama ko letak jawatan. Bazir jek bayar ko.
Quote pembisikmaut 18-9-2017 09:41 PM
Hahahaha... mengapa tiba-tiba dia sadar akan sia-sia mengàjar ketam untuk berjalan lurus....tetapi  better late than never......
Quote mm333 19-9-2017 12:43 AM
dah jangkakan..... nak harapkan ape?

Presiden buat kerja jurulatih, si norza tuh suka komen2... jurulatih tak nak dengar kpd technical director, organisasi chart tak jelas. ade juga pemain2 yg lebih besar dpd jurulatih
Quote pyropura 19-9-2017 01:53 AM
Pegi mampos aje lah semua, bukan sukan dunia pon ...
Quote ekselen 19-9-2017 07:22 AM
Dia dah nampak kot xde peluang nk naikka sukan badminton malaysia..bertambah malap dgn ketiadaan lcw sapa lg nk diharapkan? Pemain2 yg sedia ada pun bkn jenis fighter sekadar isi slot/kuota pertandingan. Ada yg bagus pun dah mcm biskut, kejap perform kejap xperform. Dah xde nama besar nk bwk malaysia sbg kuasa badminton lg...bam?hmmm byk sgt mslh....

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.209290 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top