View: 1684|Reply: 5
|
Morten Frost Letak Jawatan Sebagai Pengarah Teknikal BAM
[Copy link]
|
|
Add Image Caption Here
Legenda Badminton Denmark, Morten Frost Hansen membuat keputusan mengejut meletak jawatan sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Memetik laporan The Star, perkara itu diumumkan oleh Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM (C&T) di Bukit Kiara, hari ini.
Difahamkan surat perletakan jawatan Frost diserahkan pada 11 September lalu berserta enam bulan notis.
Menurut Norza, Frost meletak jawatan atas sebab peribadi, keputusan yang diterima BAM dengan hati terbuka.
“C&T menerima perletakan jawatan itu dengan hati terbuka, namun Pengurus Besar BAM (Michelle Chai) akan mengadakan pertemuan dengan Morten esok bagi membincangkan mengenai perkara tersebut."
“Kontrak Frost sepatutnya hanya tamat pada 2020,” kata Mohamad Norza kepada pemberita di sini, hari ini.
Frost, yang turut terkenal dengan jolokan ‘Mr Badminton’ pernah berkhidmat dalam badminton Malaysia dari 1997 hingga 2000 dan berjaya melahirkan pemain ternama negara seperti Wong Choon Hann, James Chua dan Lee Tsuen Seng.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Patotnya dah lama ko letak jawatan. Bazir jek bayar ko. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha... mengapa tiba-tiba dia sadar akan sia-sia mengàjar ketam untuk berjalan lurus....tetapi better late than never...... |
|
|
|
|
|
|
|
dah jangkakan..... nak harapkan ape?
Presiden buat kerja jurulatih, si norza tuh suka komen2... jurulatih tak nak dengar kpd technical director, organisasi chart tak jelas. ade juga pemain2 yg lebih besar dpd jurulatih |
|
|
|
|
|
|
|
Pegi mampos aje lah semua, bukan sukan dunia pon ... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dah nampak kot xde peluang nk naikka sukan badminton malaysia..bertambah malap dgn ketiadaan lcw sapa lg nk diharapkan? Pemain2 yg sedia ada pun bkn jenis fighter sekadar isi slot/kuota pertandingan. Ada yg bagus pun dah mcm biskut, kejap perform kejap xperform. Dah xde nama besar nk bwk malaysia sbg kuasa badminton lg...bam?hmmm byk sgt mslh.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|