CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hisap Ganja Untuk Mudah Menghafal, 10 Penuntut IPTS Ditahan AADK

28-8-2017 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4667| Komen: 24

Description: Semalam, sekumpulan 10 penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Shah Alam ditahan penguatkuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Petaling Jaya kerana didapati mengambil ganja secar ...

sumber : Harian Metro


Biarpun pelbagai usaha pencegahan dilakukan oleh pihak berkuasa namun gejala pengambilan ganja di kalangan penuntut institut pengajian tinggi dilihat semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Semalam, sekumpulan 10 penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Shah Alam ditahan penguatkuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Petaling Jaya kerana didapati mengambil ganja secara berkumpulan di sebuah pangsapuri. 

Memetik laporan Harian Metro, ketika serbuan yang dilakukan kira-kira 2 pagi semalam, kumpulan penuntut terbabit berada dalam keadaan khayal di sebuah unit pangsapuri dipercayai disewa mereka.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai AADK Daerah Petaling, Shahrilnizar Nordin, peralatan menghisap dadah dan ganja ditemui dan pelbagai alasan diberikan oleh penuntut untuk melepaskan diri.


“Mereka yang melanjutkan pengajian pada peringkat diploma dan ijazah sarjana muda memberi alasan perlu menghisap ganja sebelum belajar kononnya untuk mudah faham dan mengingati apa yang dipelajari." 

Tambahnya, hasil pemeriksaan ke atas semua individu berusia 19 tahun hingga 23 tahun itu mendapati mereka positif ganja. 

Semua penuntut itu dibawa ke pejabat AADK Petaling untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.
 
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lokasi penagihan dadah boleh menghubungi mana-mana pejabat AADK terdekat untuk tindakan lanjut.- CARI


10

Bagus
18

Marah
24

Terkejut
27

Sedih
22

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 28-8-2017 10:20 AM
Otak bengap mcm2 alasan
Quote ayahmasihkuad 28-8-2017 10:25 AM
hisap tetek baik untuk mengira math
Quote mrsLucky 28-8-2017 10:44 AM
Ramai yah pemuda pemudi ambil ganja...sedap ker smoke ganja tuh?
Quote chinta89 28-8-2017 10:56 AM
pandai reka alasan
Quote Penglipurtales 28-8-2017 11:02 AM
Bodoh, aku belajar dulu jarang isap ni sbb nnt belajar kelaut.
Quote nobito 28-8-2017 11:06 AM
Org arab hafal.Al-Quran tak.payah pakai ganja.....otak kau kena.pakai ganja
Quote moonbug 28-8-2017 11:37 AM
Lame nya excuse korang. Adik2 tahfiz hafal 30 juz quran tak payah hisap ganja pun
Quote MH3707 28-8-2017 11:40 AM
Penglipurtales replied at 28-8-2017 11:02 AM
Bodoh, aku belajar dulu jarang isap ni sbb nnt belajar kelaut.

kau tak isap ganja,,,tp syabu kan,,,sbb syabu kalu isap tak kelaut
Quote Penglipurtales 28-8-2017 11:45 AM
MH3707 replied at 28-8-2017 11:40 AM
kau tak isap ganja,,,tp syabu kan,,,sbb syabu kalu isap tak kelaut

Syabu?? haha.. lg aku xleh belajar. Arini excellence esok satu subjek pun x igt. Sakit belakng isap benda tu
Quote Penglipurtales 28-8-2017 11:45 AM
MH3707 replied at 28-8-2017 11:40 AM
kau tak isap ganja,,,tp syabu kan,,,sbb syabu kalu isap tak kelaut

Syabu?? haha.. lg aku xleh belajar. Arini excellence esok satu subjek pun x igt. Sakit belakng isap benda tu
Quote cikmanggabatu 28-8-2017 01:46 PM

alasan bengap untuk lepaskan diri. banyak lagi cara lain korang boleh buat. huh
Quote nur_blur 29-8-2017 08:06 AM
macam2 hal
Quote LoveSungmin 29-8-2017 08:10 AM
unisel?
Quote Ninjamommy 21-10-2017 01:01 AM
Alasan! {:dot
Quote FOTHER-MUCKER 21-10-2017 03:21 AM
Lobai sebelah berharap sangat kerajaan halalkan ganja. Saya cukup hairan kenapa mereka kata hisap ganja tak haram tapi mereka takut sangat dengan beer dan wine.
Quote saladin780 21-10-2017 07:47 AM
FOTHER-MUCKER replied at 21-10-2017 03:21 AM
Lobai sebelah berharap sangat kerajaan halalkan ganja. Saya cukup hairan kenapa mereka kata hisap ga ...

Lobai sebelah ?
Quote Pink_Purple 21-10-2017 07:52 AM
dah bodoh, ikut petua orang bodoh..

U swasta ni tempat membiak mcm2 bo*oh
Quote lululun 21-10-2017 07:53 AM
Lah... cek je transkrip semasa. Klu 4 flat sah la.
Quote FOTHER-MUCKER 21-10-2017 10:17 AM

Forum sebelah.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.062231 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top