CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sindiket Dadah Campak Ganja RM1.8 Juta Ke Dalam Laut

4-6-2017 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3152| Komen: 10

Description: Gara-gara terkejut dengan kehadiran seumpulan pemancing tempatan di perairan Pulau Cupu, Langkawi, tiga lelaki yang dipercayai anggota sindiket dadah antarabangsa membuang 629 ketul ganja mampat ke da ...
Gara-gara terkejut dengan kehadiran seumpulan pemancing tempatan di perairan Pulau Cupu, Langkawi, tiga lelaki yang dipercayai anggota sindiket dadah antarabangsa membuang 629 ketul ganja mampat ke dalam laut.


Dadah yang dianggarkan bernilai RM1.8 juta itu ditemui terapung  kira-kira 6.5 batu nautika di Barat Daya Pulau Cepu, oleh sepasukan anggota Anggota Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang sedang melaksanakan Ops Satria.

Memetik laporan Harian Metro, ketulan ganja mampat tersebut diikat berbentuk kotak dan dibalut kemas dengan plastik hitam.

Foto: Berita Harian
Ketua Pengarah Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd Omar, berkata, “Terdahulu, tiga penjenayah yang menaiki bot nelayan kelas B tanpa nombor pendaftaran dilaporkan mencampak bungkusan plastik hitam ke dalam laut selepas terserempak dengan sekumpulan pemancing.


"Berdasarkan maklumat awam itu, sepasukan anggota APMM menaiki bot Petir 81 dihantar ke lokasi untuk menyiasat dan menemui bungkusan mengandungi ketulan mampat daun kering yang disyaki ganja."

Rampasan ganja itu adalah yang terbesar bagi APMM Wilayah Utara sejak dua tahun lalu dan dipercayai cuba diseludup dari negara jiran untuk untuk pasaran di negara ini. 

“Bagaimanapun, motif penjenayah mencampak bungkusan ganja ke laut masih disiasat dan tiada tangkapan dibuat kerana penjenayah sudah melarikan diri sebelum ketibaan anggota APMM," katanya. -CARI
12

Bagus
10

Marah
9

Terkejut
8

Sedih
9

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ayda89 4-6-2017 09:35 PM
Lol rugi3, mesti seumur hidup menyesal
Quote taikor 4-6-2017 09:53 PM
banyaknye orang makan ganja di malaya
Quote alinone78 5-6-2017 05:33 AM
fuyoh 10 tahun punya bekalan tu
Quote bangcak 5-6-2017 05:35 AM
patut la ikan naik harga
Quote chinta89 5-6-2017 08:52 AM
cari la deols sampai dapat! lagikan mayat dh jd debu polis boleh jumpa kat banting? inikan pula org hidup.
Quote harrypoter 5-6-2017 09:33 AM
wow ruginye
bak mai sepeket
Quote -electrifying- 5-6-2017 09:38 AM
lebih baik rugi dr kena tgkap
Quote cheergirlz 5-6-2017 10:14 AM
bole dieorg tinggalkn mcm tue jer...bgs laa...
Quote haikalkah 10-6-2017 02:08 AM
Diorg sebenarnya taknak seludup ganja tu tapi kena paksa. Tu pasal diorg campak dlm laut. (bersangka baik... hihihi)
Quote Ninjamommy 21-10-2017 01:01 AM
Pejam mata je la time jatuh tgh laut tu yer {:thief

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.058932 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top