CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wabak Anjing Gila 'Mengganas', Mangsa Kelima Maut Di Sarawak

24-7-2017 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2005| Komen: 9

Description: Mangsa kelima wabak anjing gila atau rabies dilaporkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Mangsa kelima wabak anjing gila atau rabies dilaporkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mangsa yang dikenali sebagai Tinding Lambang, 52, daripada Kampung Remun, Serian meninggal hari Ahad, pada pukul 10:43 malam.


“Penyebab kematian adalah ‘rabies with underlying pulmonary tuberculosis',” katanya.

Menurut laporan mStar Online, kematian terbaharu itu merupakan kes kelima dalam kalangan manusia  yang telah disahkan positif rabies di mana semuanya meninggal dunia.

Foto: The Borneo Post
“Kesemuanya adalah dilaporkan di Serian, Sarawak. Tiada kes baru dilaporkan buat masa ini,” tambahnya.


Sebelum ini Tinding mempunyai sejarah digigit anjing pada awal Mei lalu. Dia kemudiannya mendapatkan rawatan setelah mengalami lemah anggota kaki, kebas, sakit belakang serta kebingungan dan dimasukkan ke HUS pada 11 Julai untuk rawatan lanjut.

20 kawasan di dalam tiga bahagian iaitu Bahagian Serian, Bahagian Sri Aman dan Bahagian Kuching telah diisytiharkan kawasan jangkitan rabies dalam kalangan haiwan oleh kerajaan negeri.

"Sehubungan itu aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk pengesanan kes gigitan anjing mengikut prosedur sedia ada telah dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Pejabat Kesihatan Bahagian yang terlibat,” katanya. -CARI
16

Bagus
8

Marah
28

Terkejut
9

Sedih
17

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote caprut 24-7-2017 12:21 PM
so dia ada tb pastu rabies faktor utama dia maut ek?
Quote moonbug 24-7-2017 12:23 PM
Lama jgk dia bertahan since kena gigit
Quote nisako 24-7-2017 01:28 PM
takutnye................
Quote ice_sky92 24-7-2017 02:04 PM
moonbug replied at 24-7-2017 12:23 PM
Lama jgk dia bertahan since kena gigit

Setiap orang berbeza. Cepat atau lambat...
Quote redapple10 24-7-2017 03:06 PM
harap dpt dibendung.. sbb iols dah seramssss.. teringat cita zombie
Quote ShiningStars 24-7-2017 06:21 PM
Takziah kpd keluarga mangsa
Quote jlo 25-7-2017 11:52 AM
salam takziah
Quote dodolgemok 25-7-2017 11:53 AM
caprut replied at 24-7-2017 12:21 PM
so dia ada tb pastu rabies faktor utama dia maut ek?

Rabies pastu kena tb?
Quote caprut 25-7-2017 12:40 PM
dodolgemok replied at 25-7-2017 11:53 AM
Rabies pastu kena tb?

ini kot dia msok spital sbb rabies tp ad the same time dia mmg ada tibi atau dkt spital bru dpt tau dia ada tb

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.073628 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top