CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mufti Perlis Ceritakan 5 Jam Tunggu Rawatan Di Hus!

19-8-2013 10:25 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11657| Komen: 112

17/08/2013


KUCHING 17 Ogos - Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya hari ini menceritakan bagaimana beliau yang menjadi mangsa rompak di rumahnya di Samariang di sini awal pagi semalam, terpaksa menunggu berjam-jam untuk menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).


"Perkhidmatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) harus dipertingkatkan kerana ramai pesakit yang terpaksa menunggu hingga  berjam-jam bagi mendapatkan rawatan.


"Saya sendiri terpaksa menunggu hampir lima jam di Bahagian Kecemasan hospital berkenaan untuk  mendapatkan rawatan dan akhirnya hanya  menerima panadol serta ubat luka," katanya  dalam sidang akhbar di kediamannya di sini hari  ini.


Pada sidang akhbar itu, Dr. Juanda meminta kerajaan menempatkan lebih ramai anggota polis di Balai  Polis Gita di sini bersesuaian dengan peningkatan  jumlah penduduk dan keluasan kawasan  kawalan.


Dalam kejadian semalam, beliau mengalami  detik-detik cemas apabila kediamannya di  Samariang dirompak dua lelaki  bersenjatakan pedang samurai, awal pagi  semalam.


Beliau kerugian kira-kira RM50,000 selepas wang tunai serta pelbagai barangan kemas termasuk cincin perkahwinan dilarikan perompak. - UTUSAN ONLINE





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 18-8-2013 01:55 AM
perompak makin pandai memilih
Quote sigila 18-8-2013 02:05 AM
Nak layanan istimewa ke,.. .
Quote mikasa 18-8-2013 02:26 AM
walaupun taraf Dr..nampaknya dia masih tak faham camana kecemasan tu berfungsi...

kecuali laa dia ditetak nak putus tangan baru laa diberi layanan tak sampai 5 minit
Quote cmf_blingblings 18-8-2013 02:30 AM
Kalau di hospital Langkawi kena tunggu sejam dah ada yg kena hambur, siap maki hamun lagi. Yg lawaknya pelancong boleh pulak sabar berjam2, local aja yg tak sabar2, agaknya kalau ada jutawan nak buka Pvt Hospital mmg lakulah di Langkawi ni
Quote SulurBidar 18-8-2013 03:14 AM
Bagus jugak apa yg berlaku...

Kadar kelembapan tidak memilih bulu....

Quote Omong 18-8-2013 05:09 AM
eleh. . .  HUKL tu pun daftar kol 9.00pm kol4.00am baru dapat rawatan. . . apadehal. . .
Quote defeduck 18-8-2013 07:00 AM
ada beberapa hospital swasta di kuching.... kalau kat area samariang tu, yg paling dekat ialah normah medical specialist centre... tak ada lah mahal sangat pun nak bayar rawatan dia... kalau masuk ikut pintu emergency...
Quote zehra2 18-8-2013 07:02 AM
demc.. 9.30am antar kad. 12.30pm baru dpt jumpa doktor.. itu hospital swasta tu..
buat dressing mcm hampeh.. membebel mulut masa cuci luka.. rasa nak tuang aje democyn dlm mulut dia.
klu kita cakap nanti, org kata kita riak.. tp kita byr cash.. beribu-ribu.. bukannya pakai cc atau panel insuran!

Quote Omong 18-8-2013 07:11 AM
p/s hakikat terbongkar dimasa yg sama, tiada hospital swasta di kuching?

kebodohan melarat. . .

belambak je hospital swasta kat kuching nun. . .  tengok poket dulu la bai. . .
antara mampu bayar atau tidak. . . .

takat nak harapkan caj RM2.00 kat hosp gomen tu. . . blah la




Quote Al-Patih 18-8-2013 07:27 AM
cmf_blingblings posted on 18-8-2013 02:30 AM
Kalau di hospital Langkawi kena tunggu sejam dah ada yg kena hambur, siap maki hamun lagi. Yg lawakn ...
Kalau di hospital Langkawi kena tunggu sejam dah ada yg kena hambur, siap maki hamun lagi.


agak nya ...cara perubatan alternative kot ...
Quote AHMADVW 18-8-2013 07:30 AM
xde improvement ever dh lobih 50 thn perintah
Quote sitihawa 18-8-2013 07:36 AM
ingatkan negeri BN bagus sangat
Quote Al-Patih 18-8-2013 08:12 AM
lain kali nak cepat ...pakai touch & go ...



Quote batmana 18-8-2013 08:15 AM
cuba tanya taib mahmud plak, time dia klu emergency, bape jam tunggu?...
Quote vespa_oren 18-8-2013 08:17 AM
Naper dia xgie klinik kesihatan biasa jer, bukan ada on call 24jam kan... Hari tu hantar kawan aku klinik kesihatan biasa jer, siap ada doktor, nurse, ambulance ready 24jam
Quote vespa_oren 18-8-2013 08:17 AM
Masa tu pukul 1 pagi
Quote tongkatwaran75 18-8-2013 08:33 AM
klu aku 1/2 jam dok tunggu je pun, dah blah ke private hospital...
bini luka darah menjejer tuh...
Quote tobby 18-8-2013 09:00 AM
mufti baru tau kot rakyat marhaen kena tunggu berjam2 utk dpt rawatan. lepas ni semua mufti & menteri kena pegi hospital kerajaan, jgn pi swasta. baru tau keperitan rakyat.
Quote lonely_surina 18-8-2013 09:48 AM
kaya raya nak jugak bertunggu tangga yg perkhidmatan tak smp rm5..
nak tunggu, bersabar lahh..
kdg2 rasa pelik sbb yg digelar mufti bagai harus lebih bersabar..
mcm TERbalik pulak..

Lihat semua komen(112)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.045845 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top