CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Chong Wei Terima Bayaran Lebih Rm400,000 Di Satu Kejohanan !

16-8-2013 05:26 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3622| Komen: 15

Description: New Delhi, 16 Ogos - Jaguh Badminton Negara Datuk Lee Chong Wei Menerima Bayaran Sebanyak Us$135,000 (Rm442,381) Untuk Beraksi Dengan Pasukan Mumbai Masters Pada
NEW DELHI, 16 Ogos - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menerima bayaran sebanyak US$135,000 (RM442,381) untuk beraksi dengan pasukan Mumbai Masters pada Kejohanan Badminton Liga India (IBL).
       
Bagaimanapun, pemain nombor satu dunia itu, tidak beraksi pada pusingan pertama di sini dan akan bermain pada pusingan kedua di Lucknow, Uttar Pradesh.
       
Mumbai Masters membuka kempen liga dengan menentang Banga Beats di Kompleks Sukan Siri Fort di sini hari ini.
       
Chong Wei, 30, dijangka tiba pada Rabu depan untuk perlawanan kedua pasukan itu menentang Pune Pistons, 24 Ogos ini.
       
Pasukan Mumbai Masters dibimbing oleh jurulatih peribadi Chong Wei, Tey Seu Bock.
       
Selain Chong Wei, beregu negara Goh V Shem/Lim Khim Wah turut beraksi untuk pasukan Hyderabad Hotshots dan pemain peseorangan negara Chong Wei Fei untuk pasukan Awadhe Warriors.
       
Liga IBL selama lebih dua minggu itu menampilkan enam pasukan.
       
Sementara itu, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkata sistem penghawa dingin di Gimnasium Tianhe, Guangzhou, China, tidak ditutup pada perlawanan akhir Chong Wei menentang Lin Dan pada Kejohanan Dunia 2013, Sabtu lepas.
       
Menyangkal dakwaan Seu Bock bahawa sistem penghawa dingin ditutup pada perlawanan akhir itu, BWF dalam kenyataan hari ini berkata sistem penghawa dingin tidak ditutup sebaliknya suhunya direndahkan sepanjang kejohanan itu.
       
"Semasa final, suhu dalam venue meningkat pada sebelah petang berikutan peningkatan jumlah penonton untuk perlawanan akhir perseorangan lelaki," katanya.
       
BWF berkata pihaknya tidak meminta sebarang perubahan dilakukan untuk mengawal suhu sistem penghawa dingin manakala Jawatankuasa Penganjur Tempatan dan Persatuan Badminton China tidak mengumumkan kepada media mengenai keadaan itu.
       
Sebelum ini, Sue Bock mendakwa sistem penghawa dingin ditutup pada perlawanan Chong Wei-Lin Dan sehingga menyebabkan Chong Wei mengalami kekejangan otot dan terpaksa menarik diri pada set penentuan.
       
Pada final itu, Chong Wei menghadiahkan musuh tradisinya dari China gelaran juara dunia kelima dengan keputusan 21-16, 13-21, 17-20. - Bernama




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 16-8-2013 03:03 PM
cina tua pancit
Quote little_sis 16-8-2013 03:06 PM
kaya...
sesatu benda yg kita minat kalo dibuat secara bersungguh2 mmg boleh buatkan kita jd kaya..
Quote totokreturn 16-8-2013 03:14 PM
Idopppp cina dap....hahahaa
Quote tongkatwaran75 16-8-2013 03:15 PM
little_sis posted on 16-8-2013 03:06 PM
kaya...
sesatu benda yg kita minat kalo dibuat secara bersungguh2 mmg boleh buatkan kita jd kaya..  ...

bersungguh2 betul...
bakat pun ader...
ada gak yg bersungguh2...
tapi bakat tiada...




gambar hiasan semata-mata

Quote tupaiterbang 16-8-2013 03:26 PM
tu tak termasuk duit bookie utk kalah..
berjutas jgk tu..
Quote nurfariezza 16-8-2013 03:29 PM
pergghh...b'kepok duit LCW dlm bank...
Quote nurfariezza 16-8-2013 03:29 PM
pergghh...b'kepok duit LCW dlm bank...
Quote tongkatwaran75 16-8-2013 03:32 PM
nurfariezza posted on 16-8-2013 03:29 PM
pergghh...b'kepok duit LCW dlm bank...

musim tembak menembak...
LCW kena pasang bodygat nmpknya...

Quote cikatilia 16-8-2013 03:44 PM
tongkatwaran75 posted on 16-8-2013 03:15 PM
bersungguh2 betul...
bakat pun ader...
ada gak yg bersungguh2...


bersungguh2 mengepit mengemot?
Quote plamsat 16-8-2013 09:09 PM
Quote axl_bach 16-8-2013 09:16 PM
jgn plak nnt ada ummat kata xyah ngaji btol2 main badminton pun leh kaya.......nak kaya main badminton kena ada bakat,kesungguhan, dan passion........

kalo xder jadi laa cam yg reramai di akademi tu.......main takat Grand Prix kebangsaan jer laa tu pun terkial2 nak kalahkan si kuda tua Hafiz Hashim....

apapun Latuk memang berhak pun dpt bayaran camtu sbb dia antara crowd puller dunia badminton selain LD.......
Quote taikor 16-8-2013 09:30 PM
Bawalah wang balek ke tanahair... Itu pun jasa kepada negara....
Quote roblucci 16-8-2013 09:33 PM
berkat usaha
Quote rina0602 16-8-2013 10:02 PM
Berbaloi la dgn usaha dia nak menaikkan nama malaysia..klu x cramp
Quote Nokiaman 16-8-2013 10:29 PM
Dedula masa aku gigih main bapak waa rejam plak asik suwoo blaja jerr
Katanyer main badminton tu takkan kemana kehendaknyer..
Balik balik waa skrg main tang bedminton jer laa
syukur jugak ader pekerjaan gaji beribu ribu tapi tak sebanyak LCW

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.054123 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top