View: 2270|Reply: 14
|
[Tempatan]
{8}Chong Wei terima bayaran lebih RM400,000 di satu kejohanan !
[Copy link]
|
|
NEW DELHI, 16 Ogos - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menerima bayaran sebanyak US$135,000 (RM442,381) untuk beraksi dengan pasukan Mumbai Masters pada Kejohanan Badminton Liga India (IBL).
Bagaimanapun, pemain nombor satu dunia itu, tidak beraksi pada pusingan pertama di sini dan akan bermain pada pusingan kedua di Lucknow, Uttar Pradesh.
Mumbai Masters membuka kempen liga dengan menentang Banga Beats di Kompleks Sukan Siri Fort di sini hari ini.
Chong Wei, 30, dijangka tiba pada Rabu depan untuk perlawanan kedua pasukan itu menentang Pune Pistons, 24 Ogos ini.
Pasukan Mumbai Masters dibimbing oleh jurulatih peribadi Chong Wei, Tey Seu Bock.
Selain Chong Wei, beregu negara Goh V Shem/Lim Khim Wah turut beraksi untuk pasukan Hyderabad Hotshots dan pemain peseorangan negara Chong Wei Fei untuk pasukan Awadhe Warriors.
Liga IBL selama lebih dua minggu itu menampilkan enam pasukan.
Sementara itu, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkata sistem penghawa dingin di Gimnasium Tianhe, Guangzhou, China, tidak ditutup pada perlawanan akhir Chong Wei menentang Lin Dan pada Kejohanan Dunia 2013, Sabtu lepas.
Menyangkal dakwaan Seu Bock bahawa sistem penghawa dingin ditutup pada perlawanan akhir itu, BWF dalam kenyataan hari ini berkata sistem penghawa dingin tidak ditutup sebaliknya suhunya direndahkan sepanjang kejohanan itu.
"Semasa final, suhu dalam venue meningkat pada sebelah petang berikutan peningkatan jumlah penonton untuk perlawanan akhir perseorangan lelaki," katanya.
BWF berkata pihaknya tidak meminta sebarang perubahan dilakukan untuk mengawal suhu sistem penghawa dingin manakala Jawatankuasa Penganjur Tempatan dan Persatuan Badminton China tidak mengumumkan kepada media mengenai keadaan itu.
Sebelum ini, Sue Bock mendakwa sistem penghawa dingin ditutup pada perlawanan Chong Wei-Lin Dan sehingga menyebabkan Chong Wei mengalami kekejangan otot dan terpaksa menarik diri pada set penentuan.
Pada final itu, Chong Wei menghadiahkan musuh tradisinya dari China gelaran juara dunia kelima dengan keputusan 21-16, 13-21, 17-20. - Bernama
p/s kaya giler apek nie...
|
|
|
|
|
|
|
|
kaya...
sesatu benda yg kita minat kalo dibuat secara bersungguh2 mmg boleh buatkan kita jd kaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Idopppp cina dap....hahahaa |
|
|
|
|
|
|
|
little_sis posted on 16-8-2013 03:06 PM
kaya...
sesatu benda yg kita minat kalo dibuat secara bersungguh2 mmg boleh buatkan kita jd kaya.. ...
bersungguh2 betul...
bakat pun ader...
ada gak yg bersungguh2...
tapi bakat tiada...
gambar hiasan semata-mata
|
|
|
|
|
|
|
|
tu tak termasuk duit bookie utk kalah..
berjutas jgk tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
pergghh...b'kepok duit LCW dlm bank... |
|
|
|
|
|
|
|
pergghh...b'kepok duit LCW dlm bank... |
|
|
|
|
|
|
|
nurfariezza posted on 16-8-2013 03:29 PM
pergghh...b'kepok duit LCW dlm bank...
musim tembak menembak...
LCW kena pasang bodygat nmpknya...
|
|
|
|
|
|
|
|
tongkatwaran75 posted on 16-8-2013 03:15 PM
bersungguh2 betul...
bakat pun ader...
ada gak yg bersungguh2...
bersungguh2 mengepit mengemot?
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn plak nnt ada ummat kata xyah ngaji btol2 main badminton pun leh kaya.......nak kaya main badminton kena ada bakat,kesungguhan, dan passion........
kalo xder jadi laa cam yg reramai di akademi tu.......main takat Grand Prix kebangsaan jer laa tu pun terkial2 nak kalahkan si kuda tua Hafiz Hashim....
apapun Latuk memang berhak pun dpt bayaran camtu sbb dia antara crowd puller dunia badminton selain LD....... |
|
|
|
|
|
|
|
Bawalah wang balek ke tanahair... Itu pun jasa kepada negara.... |
|
|
|
|
|
|
|
Berbaloi la dgn usaha dia nak menaikkan nama malaysia..klu x cramp |
|
|
|
|
|
|
| |
|