CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penumpang Disengat Kala Jengking, United Airlines Sekali Lagi Jadi Tumpuan

17-4-2017 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3321| Komen: 17

Description: Syarikat penerbangan Amerika Syarikat, United Airlines sekali lagi berdepan isu apabila seorang penumpang dilaporkan disengat kala jengking.
Baru saja berdepan kontroversi penumpang diheret keluar pesawat, syarikat penerbangan Amerika Syarikat, United Airlines sekali lagi menjadi perhatian media apabila seorang penumpang disengat seekor kala jengking ketika dalam penerbangan baru-baru ini.


Memetik laporan portal The Mirror, mangsa yang dikenali sebagai Richard Bell, disengat ketika sedang menikmati makan tengah hari semasa penerbangan dari Houston ke Calgary, Kanada apabila dia menyedari sesuatu ‘objek’ jatuh di atas kepalanya.

“Saya mengambil objek tersebut dan tidak menyangka ia merupakan seekor kala jengking.Kebetulan saya memegang ekornya, jadi haiwan itu tidak dapat menyengat saya sepenuhnya,” kata Richard Bell.

Seorang penumpang lain yang menyedari kejadian itu memberi amaran kepada Bell bahawa serangga yang dipegangnya adalah kala jengking dan mangsa terus melepaskan haiwan itu.

Namun apabila dia cuba memegangnya semula, kala jengking terbabit terus menyengatnya.


Tetapi Bell berjaya menterbalikkan serangga tersebut sebelum seorang krew pesawat mencekup haiwan itu dengan cawan.

Seorang pegawai perubatan yang ditugaskan dalam penerbangan itu kemudiannya merawat Bell sebelum mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut apabila tiba di destinasi.

Pihak syarikat United masih menyiasat insiden itu dan kebingungan bagaimana kala jengking tersebut boleh berada di dalam pesawat berkenaan.

Syarikat itu memberi baucer penerbangan kepada Bell dan isterinya sebagai pampasan.

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas dunia digemparkan dengan kejadian seorang penumpang dihalau daripada pesawat United gara-gara syarikat itu terlebih mengambil penumpang.- CARI

sumber foto: sina.com.cn


6

Bagus
18

Marah
8

Terkejut
9

Sedih
11

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote terpaku 17-4-2017 12:00 PM
cash la united airlines ni
Quote nisako 17-4-2017 12:02 PM
kala jengking le pulak
Quote nisako 17-4-2017 12:02 PM
kala jengking le pulak
Quote hanakikan 17-4-2017 12:05 PM
saje je divert issue hari tu. since hari tu mmg byk pages kat socmed troll united airlines
Quote miemiecha 17-4-2017 12:19 PM
PASNI

ulau atas plane...
Quote shi_jewel 17-4-2017 12:21 PM
sapela yg seludup kala jengking dlm kapal terbang ni...
Quote sikatkutu 17-4-2017 12:21 PM

tuhan bayar cash sis..

Quote Artemesiaa 17-4-2017 12:25 PM
Nanti ada le pilem hollywood pasal incident dalam flight ni dia orang buat
Quote cheergirlz 17-4-2017 12:50 PM
ker united airlines pon sejenis attention seekers
Quote paz 17-4-2017 01:12 PM
Kena mandi bunga ni UA.
Quote pocongkiutss 17-4-2017 01:15 PM
Cashhhh
Quote prettyuglybabe 17-4-2017 02:29 PM
boleh buat movie baru..
scorpions on a plane..
Quote EncikRhoma 17-4-2017 02:43 PM
kes cam ni kalau jadi kat US boleh saman jota jota kan?? huntong la
Quote ultramantujuh 17-4-2017 04:07 PM
Padan muka dan kira bala buat United Airlines, saya tengok syarikta penerbangan ini memang banyak hal lah kebelakangan ini.
Quote mirandanicky1 17-4-2017 09:13 PM
Dari mana dtgnya scorpion tu..ada sabotaj ke. Apapun serve u right UA
Quote CiliPadiSedap 18-4-2017 12:16 AM
Rayani airlines xsempat ada kala jengking dh lingkup..
Quote faraway1 18-4-2017 12:19 AM
jangan cam movie snake in the plane sudah ..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.046101 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top