CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Santokh Singh Imbau Kenangan Pahit Pembabitannya Dalam Dunia Bola sepak

17-4-2017 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2304| Komen: 9

Description: Legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh yang sememangnya tidak perlu diperkenalkan kepada rakyat Malaysia.
“Dulu, kami main pakai kasut sekolah sahaja sebab nak beli but agak mahal. Walaupun harga but dulu RM19, tapi bagi kami orang dulu-dulu, harga tersebut agak mahal.” 


Demikian imbasan legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh tentang penglibatannya dalam sukan bola sepak, padang bola sepak di Kampung Baru Ayer Panas, Kuala Lumpur, menjadi medan pertamanya mengasah skil dalam sukan yang dicintainya.

Memetik laporan Sinar Harian, Santokh berkata, beliau akan memastikan dirinya berada di padang setiap petang untuk bermain bola sepak bersama rakan-rakan.

Menceritakan suasana arena bola sepak ketika itu, jelas Santokh, kepelbagaian bangsa dan warna kulit bukanlah isu besar dalam sukan nombor satu Malaysia. 

“Saya main dengan kawan pelbagai bangsa dan waktu main, kita tidak pernah diskriminasi sesama sendiri. Tidak ada masalah untuk kita main campur-campur dalam satu pasukan."

Tambah beliau, bahkan semasa latihan, para pemain menggunakan bahasa masing-masing ketika mengusik rakan-rakan walaupun kawan mereka tidak memahami apa yang diperkatakan.

“Tapi dalam perlawanan sebenar, kami akan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia dan Inggeris supaya masing-masing faham arahan diberikan,” selorohnya.

Apa yang lebih menarik, semasa menghadiri kem latihan pusat pasukan kebangsaan, kesemua pemain akan tinggal sebilik di dalam asrama yang ditempatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Walaupun tinggal bersama rakan-rakan berbeza agama, katanya, semua pemain tidak mengalami masalah untuk tinggal sebumbung.

Santokh mengakui masih melihat orang Cina, India, Melayu dan kaum lain boleh bersembang di mana-mana tempat yang ditujuinya, ini membuktikan hubungan sesama kaum di negara ini masih utuh dan akrab.- CARI

sumber foto: Sinar Harian

9

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
10

Sedih
15

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheergirlz 17-4-2017 11:26 AM
bila otai dan legend berbicara..banyak ilmu dan tips yang diberi..jauh beza dgn skrg..terbaik dari dato santokh singh..semangat bola, kesukanan, persahabatan dan tentang negara perlu dicontohi...
Quote OmJualGas 17-4-2017 11:51 AM
Edited by OmJualGas at 17-4-2017 11:52 AM

sekarang itu ketuanan saja yang pandai main bola ni.  c mungu mau jadi wakil pun tida dapat....
Quote lolita737 17-4-2017 02:40 PM
DULU main bola untuk negara

SEKARANG main bola untuk glamour
Quote Fienomenology 17-4-2017 02:42 PM
The Iron 5ingh!
Quote PEPPERMAN 17-4-2017 02:44 PM
Bersabar Datuk. Itu semua bakal berubah sebab TMJ dah memimpin FAM.
Cumanya, TMJ janganlah hati tisu cepat sangat becerita nk step down bila ada isu.
Quote grouper 17-4-2017 03:04 PM
Tmj patut wat polisi br utk player kebangsaan..amik player yg volunteer nak main team kebangsaan tapi sanggup kena peraturan yg strict gile cth elaun bagi ciput je bagi cukup2 mkn je..hostel kalu boleh cari yg dorm yg boleh muat ramai2 tu..penggunaan smartphone sgt terhad, merokok,clubbing n aktvt x sihat diharamkan xde peluang kedua klau kena tangkap..tgk sape yg sanggup
Quote Simunggu 17-4-2017 04:57 PM
OmJualGas replied at 17-4-2017 11:51 AM
sekarang itu ketuanan saja yang pandai main bola ni.  c mungu mau jadi wakil pun tida dapat....{:1_5 ...

OM...ada jual gas?? kau pandai main bola OM?..langsung tendeng??
Quote Simunggu 17-4-2017 04:58 PM
grouper replied at 17-4-2017 03:04 PM
Tmj patut wat polisi br utk player kebangsaan..amik player yg volunteer nak main team kebangsaan tap ...

tmj buat banyak perubahan..harap harap berbalui...tapi tukar nama team tu team harimau malay saya nampak salah...sbb org borneo mcm tak ada tempat langsung..
Quote lalala22389 17-4-2017 05:00 PM
Tapi sayang anak dia kaki bangku..satu sekolah dengan aku anak dia ni

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.050402 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top