CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cari Jalan Banteras Jenayah, Bukan Hidupkan Eo

15-8-2013 06:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2562| Komen: 13

Description: Kuala Lumpur: Kementerian Dalam Negeri (Kdn) Dinasihatkan Lebih Banyak Menghabiskan Masa Untuk Memikirkan Cara Untuk Membanteras Jenayah Daripada Mengambil Peluang Setiap Kali Berlakunya Jenayah Temba ...
Cari jalan banteras jenayah, bukan hidupkan EO
14 Ogs 2013

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dinasihatkan lebih banyak menghabiskan masa untuk memikirkan cara untuk membanteras jenayah daripada mengambil peluang setiap kali berlakunya jenayah tembakan sebagai alasan untuk menghidupkan kembali Ordinan Darurat (EO).

Jumlah pengikut penjenayah EO yang telah dibebaskan pada 2011 telah meningkat kepada 260,000 orang mengikut perkiraan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Jika betul statistik yang dikemukakan beliau, apakah gunanya EO dalam membanteras jenayah tembakan?” tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Beliau juga mempersoalkan apakah kerajaan bercadang hendak menahan 260,000 orang ini tanpa bicara sebagai langkah penyelesaian kepada jenayah tembakan yang semakin berleluasa kini.

Menurutnya, menahan suspek tanpa bicara tidak membantu menjawab persoalan bagaimana senjata api kini mudah dimiliki oleh para penjenayah di Malaysia.

“Masalah sekarang ialah tidak diketahui berapa orang yang memiliki senjata api haram di dalam negara,” katanya lagi.

Justeru, kata beliau PAS berpendapat KDN perlu menfokuskan kerja kepada mematahkan saluran bekalan senjata api haram ke dalam negara.

“Gunalah segala perisikan yang ada dan bantuan daripada Unit Khas (Special Branch) untuk mengesan kebocoran senjata api ke tangan orang yang tidak berlesen,” ujarnya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menambah, KDN juga harus mengaturkan semula keutamaan kerja polis supaya fokus utamanya adalah untuk membanteras jenayah dan membuat rondaan di jalan-jalan.

“Biarlah sekurang-kurangnya 60 peratus polis ditugaskan membanteras jenayah,” katanya.


2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dasatgiler 15-8-2013 11:09 AM
lobai pis dan jalan berpisah teda..


Quote itikgemuk 15-8-2013 12:05 PM
ade dengar kesah conspirasy theory dalam sebuah negara tak jauh dr bumi kita tercinta, Malaysia.. pihak ketua paling atas telah mengarahkan pihak polis and military utk mengambil tindakan drastik menangani masalah jenayah berat di negaranya.. seek & destroy lebih kurang maksudnya..  mayat2 penjenayah2 itu dibiarkan bergelimpangan di tepi-tepi jalan, kadang-kala ada yang tanpa kepala juga sebagai tanda amarah kepada wannabe penjenayah2 berat yg masih idup....  sehingga penjenayah2 ni lari jauh masuk ke hutan.. masalah jenayah berat 'selesai' dlm tempoh 2 tahun sahaja... sehingga kini tiada pengesahan atas theory tersebut..
Quote annehuda 15-8-2013 12:08 PM
itikgemuk posted on 15-8-2013 12:05 PM
ade dengar kesah conspirasy theory dalam sebuah negara tak jauh dr bumi kita tercinta, Malaysia.. pi ...

thailand?
Quote SulurBidar 15-8-2013 12:17 PM
Cadangan yg bagus..
Tapi EO still kena laksanakan jugak..
Pendek kat semua kena jalan serentak..
Dan aku setuju polis tembak mati semua perompak @ penjahat..
Quote itikgemuk 15-8-2013 12:19 PM
annehuda posted on 15-8-2013 12:08 PM
thailand?

bukan.....

cucu-cicit keturunan penyamun dan penjenayah berat yg duduk dalam hutan di negara tersebut sgt bermaharajalela di Malaysia sekarang

Quote akughi 15-8-2013 12:48 PM
masalah skrg ni PAS tak setuju Eo dilaksanakan.....aku harap PAS faham ape fungsi EO ni....

jgn dia ingat EO hanye tuk tangkap pesalah politik je....
Quote Bell 15-8-2013 01:08 PM
EO boleh bypass saksi membuat statement di mahkamah. Video sudah mencukupi. Tertuduh di kalangan kongsi gelap dan gangster mempunyai begitu ramai pengikut dan penyokong yg setia. Anytime saksi boleh dibunuh.
Quote MengkuduMasam 15-8-2013 01:11 PM
EO ni masih perlu...

especially dlm menangani geng2 yg berkumpulan/pengikut nih...
sbb saksi pun boleh jd mangsa.... apatah lg yg nak menjalankan kerja
Quote lkick2113 15-8-2013 01:20 PM
akughi posted on 15-8-2013 12:48 PM
masalah skrg ni PAS tak setuju Eo dilaksanakan.....aku harap PAS faham ape fungsi EO ni....

jgn d ...

lobai bodo tak paham ke apa EO tu???
Quote lkick2113 15-8-2013 01:25 PM
lobai bodo ni kalau cakap mengalahkan polis....cer suruh unit anal tu benteras jenayah...
Quote dasatgiler 15-8-2013 01:26 PM
akughi posted on 15-8-2013 12:48 PM
masalah skrg ni PAS tak setuju Eo dilaksanakan.....aku harap PAS faham ape fungsi EO ni....

jgn d ...

tatau kenapa PAS tak setuju.. mungkin kah disebabkan oleh:


Quote undark 15-8-2013 01:29 PM
dia bukan kata tak perlu.. dia suruh KDN lebih fokus kepada root cause senjata api tak berlesen, pergi buat rondaan..

"Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menambah, KDN juga harus mengaturkan semula keutamaan kerja polis supaya fokus utamanya adalah untuk membanteras jenayah dan membuat rondaan di jalan-jalan."

tu cadangan dia.. takde pulak dia bantah EO.. mencegah lebih baik daripada mengubat..

takkan semua pembangkang kita nak bantah.. ambil yg baik.. jgn duk pk politaik je.. !!
Quote akughi 15-8-2013 04:29 PM
undark posted on 15-8-2013 01:29 PM
dia bukan kata tak perlu.. dia suruh KDN lebih fokus kepada root cause senjata api tak berlesen, per ...




baca artikel tu biar smp abis, pah tu paham selain mengikuti perkembangan, ko tak tau ke PAS jugak yg bantah perlaksanaan EO dulu...dia bersama2 PKR n DAP berjuang tuk penghapusan EO.....bace sejarah bro....

pah tu mcm cakap mcm org tak reti buat keje pulak....pandai la KDN nak benteras jenayah, dah tanggungjawab dia....PAS pulak nak tunjuk hero, mcm la pihak berkuasa tu hanya duk diam sokmo.....

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.254336 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top