CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dikesan Sejak 10 Tahun Lalu, Buaya Gergasi Akhirnya Berjaya Diburu

24-3-2017 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6471| Komen: 23|Original author: FOTHER-MUCKER

Description: Seekor buaya jenis air masin berukuran 10 kaki panjang dipercayai datang dari sungai berhampiran dan naik ke tebing sungai Kampung Sungai Semilang, Kuala Juru untuk mencari makanan pada jam kira-kira ...

Seekor buaya jenis air masin berukuran 10 kaki panjang dipercayai datang dari sungai berhampiran dan naik ke tebing sungai Kampung Sungai Semilang, Kuala Juru untuk mencari makanan pada jam kira-kira 10.17 pagi kelmarin.


Setelah menyedari kehadiran buaya gergasi itu, penduduk di kawasan tersebut segera menghubungi pihak bomba untuk menangkapnya sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Memetik laporan Bernama, Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang Mohd Azman Hussin berkata, pihaknya dengan bantuan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Perhilitan dan Pasukan Bomba Sukarela Juru menggunakan penjerut serta tali berjaya menangkap buaya berkenaan pada 1 tengah hari.

Menurut penduduk Mohd Hasani Mohd Dain, terdapat antara empat dan lima ekor buaya spesies sama di kawasan berkenanan dan penduduk kampung sering terserempak sejak 10 tahun lepas. 

"Sudah beberapa kali cuba menangkapnya, namun reptilia terbabit melarikan diri sebaik menyedari kehadiran orang ramai."

"Buaya itu tidak mengganggu orang kampung dan hanya makan monyet serta hidupan liar di kawasan paya bakau di sini, kadangkala timbul kebimbangan juga akan berlaku kejadian tidak diingini." - CARI




sumber foto: mstar



15

Bagus
10

Marah
14

Terkejut
15

Sedih
4

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aldilla_zahraa 23-3-2017 04:59 PM
Oo tak besar sgt la
Quote CiliPadiSedap 23-3-2017 05:18 PM
besar ikan haruan
Quote harrypoter 23-3-2017 05:21 PM
muka masing2 kemain @kebangga lagi
kurus buayanya... tak ckup mkn
Quote felinecat 23-3-2017 05:28 PM
xmengganggu tp kene tangkap, ish xpaham
Quote aHoi83 23-3-2017 05:48 PM
Adekah mereka menyasarkan sifar buaya di sungai2 ?
Quote rayray28 23-3-2017 05:59 PM
felinecat replied at 23-3-2017 05:28 PM
xmengganggu tp kene tangkap, ish xpaham

Sebenarnya manusia tu yg dh menganggu habitat buaya tu..jadiknya kne laa dipindahkan..kesiann
Quote ronapink 23-3-2017 07:41 PM
buaya kena berhijrah..


Quote fox. 23-3-2017 08:48 PM
Kemain ko dik.sekali buaya libas ekor tercabut kasut but ko tu
Quote nikola.tesla 23-3-2017 09:34 PM
Buaya tak menggangu tapi ditangkap.baguslah buaya tu makan monyet.tak la monyet mengganggu kebun org kampung.
Quote cupu 23-3-2017 09:51 PM
sebagaimana ada hutan simpan,nant kn ada sungai simpan plk..kesian jgk kt hewan ni..xkacau org pun kena pindah jgk..
Quote samasam90 23-3-2017 09:51 PM
semoga selepas penangkapan buaya itu, tiada benda mistik yang terjadi kat kampung tu yach. semua eksen bangga kemain.

btw, kau yakin ke tu buaya yg kau cari?
Quote dody_farid 24-3-2017 01:17 AM
Yang pelik buaya kat semenanjung memang tak makan orang berbanding buaya sarawak... sedangkan spesis sama jer... melainkan tahun 70an dulu dengar cite buaya sungai perak mengganas, ramai yang menjadi korban..
Quote Nt-ViruS 24-3-2017 03:49 PM
"gergasi" abah kau
Quote dauswq 24-3-2017 04:05 PM
dody_farid replied at 24-3-2017 01:17 AM
Yang pelik buaya kat semenanjung memang tak makan orang berbanding buaya sarawak... sedangkan spesis ...

mgkn ade mitos di kalangan 'rakyat' buaya di Borneo
iaitu makan daging manusia lebih berkhasiat dan panjang umur
Quote rospinki 24-3-2017 05:12 PM
dody_farid replied at 24-3-2017 01:17 AM
Yang pelik buaya kat semenanjung memang tak makan orang berbanding buaya sarawak... sedangkan spesis ...

legend cerita boya swak..kisahnya lelaki yg teraniaya bersumpah akan membaham keturuanan yg menghina dia.
tapi..boya sana kalu dari segi habitat dia memang berpotensi ganas sebab faktor sungai yg panjang dan sumber yg terhad utk boya makan..maka manusia antara sumber yg mudah didapati sebab manusia juga menghuni tebingan sungai dan menjadikan sungai sumber kehidupan mereka juga..oleh itu..pertembungan dua spesis hidupan mungkin terjadinya konflik pemangsaan utk survive.

hahaha..apa aku ckp tah
Quote grouper 24-3-2017 05:14 PM
Buaya ni sakit patutla x melawan langsung bila kena tangkap
Quote cm_matjawasp 24-3-2017 05:29 PM
dody_farid replied at 24-3-2017 01:17 AM
Yang pelik buaya kat semenanjung memang tak makan orang berbanding buaya sarawak... sedangkan spesis ...

Dulu buaya kat sg perak ganas juga tapi dah kena penampar dgn sorang tu..itu yg diam x kaco orang sampai la ni
Quote mejaputih 24-3-2017 05:31 PM
cm_matjawasp replied at 24-3-2017 05:29 PM
Dulu buaya kat sg perak ganas juga tapi dah kena penampar dgn sorang tu..itu yg diam x kaco orang  ...

Sape yg tampar?
Quote kukukatablog 24-3-2017 06:11 PM
dlu kawan sarawak aku kata,
laluan sungai rajang tu dia selalu jer seberang,
petua utk dielak dimakan buaya katanya,
jgn tangguh niat sebelum semberang sungai,
contohnya ko kata nak makan tapi ko kata sat lagi lah ko g seberang pastu ko kna makan dek buaya....

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.063322 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top