CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buaya Ganas Beralih Makan Pelet

10-4-2014 05:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4935| Komen: 12

Description: Syarikat Berkenaan Mempunyai 164,000 Buaya Secara Keseluruhannya Dan Memberi Makanan Palet Sayur-Sayuran Sejak 2006 Ketika Krisis Melanda Zimbabwe Hingga Menyebabkan Daging Sukar Didapati Dan Harganya ...
Afrika: Buaya haiwan paling digeruni di Afrika, reptilia yang terkenal dengan membaham sebelum menelan mangsanya hidup-hidup.

Masalah timbul di ladang buaya Butat Nyanyana di pesisiran pantai Pulau Kariba, Zimbabwe kerana haiwan berkenaan jemu dengan makanan pelet berasaskan sayur-sayuran.

Penternak di ladang berkenaan memilih makanan itu kerana harganya yang murah berbanding daging, berprotein bermineral dan bervitamin yang dikatakan dapat meningkatkan kualiti kulit reptilia itu untuk dijadikan beg tangan atau kasut dalam pentas peragaan fesyen di New York, Paris, London atau Milan.

“Kami tidak lagi memberi daging kepada buaya di sini,” kata Pengarah Kewangan, Oliver Kanmundimu, pemilik ladang Padenga Holdings.

“Kualiti kulit dapat ditingkatkan kerana kami mengukur semua nutrien yang diberikan yang tidak boleh didapati hanya dengan memakan daging,” katanya semalam.

Nyanyana yang terletak 400 kilometer ke barat laut Harare menempatkan 50,000 buaya Nil dan satu daripada tiga Ladang Padenga di Kariba. Ia adalah tasik buatan manusia terbesar di Afrika.

Syarikat berkenaan mempunyai 164,000 buaya secara keseluruhannya dan memberi makanan palet sayur-sayuran sejak 2006 ketika krisis melanda Zimbabwe hingga menyebabkan daging sukar didapati dan harganya yang terlalu mahal.

Pada mulanya, pelet itu mengandungi 50 peratus daging tetapi dikurangkan secara beransur-ansur kepada diet sayur-sayuran keseluruhannya.

“Kami berada di satu tahap hingga mengurangkan daging daripada 15 peratus kepada tujuh peratus dan sekarang kepada sifar daging dan ikan,” katanya.

Operasi lebih senang, dan buaya berkenaan mendapat segala nutrien daripada makanan seumpama itu.

Makanan diberi dua hari sekali, menjadikan buaya itu jinak dan hanya berbaring ketika pekerja menjalankan operasi pembersihan.

Buaya berkenaan disembelih ketika berusia 30 bulan dan berukuran 1.5 meter panjang. Kulitnya ketika itu lembut dan mudah dilentur.

Tahun lalu, Padenga Harare menjual 42,000 kulit ke Eropah terutama di Perancis. Harga puratanya setiap kulit itu boleh mencapai sehingga (AS550) RM2,277.

Sebanyak 90 peratus kulit buaya itu dijadikan beg tangan berkualiti tinggi, kata Kamundi, manakala lebihan kulit dijadikan tali pinggang, kasut dan tali jam bagi beberapa jenama terkenal dalam dunia fesyen.



7

Bagus
24

Marah
15

Terkejut
6

Sedih
15

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (80 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 10-4-2014 02:14 AM
Quote tongkatwaran75 10-4-2014 02:14 AM
cukup ker dgn pelet...?
jgn pekerja kena rembat dek buaya nnt...
Quote Kassim_Patalon 10-4-2014 02:16 AM
Awang Butat               
Quote pembawabeca 10-4-2014 02:28 AM
Dunia ni memang penuh dengan keajaiban.
Kira buaya ni dah tukar full-fledged vegetarian la ni?
Wow..

Quote ais_kosong 10-4-2014 08:52 AM
buaya makan sayur?
Quote mrseller 10-4-2014 08:56 AM
Kalau buaya mkn pelet, penampau kokedai jadi gayah sket lah.
Quote clarizsa 10-4-2014 08:56 AM
daging boya yg dh kna sembelih tu, x recycle ke bg boya lain mkn... ke dorang jual kt restoran..

humban je perogol, pencabul, peliwat, terutama paedophiles, kasik boya makan...

penagih dadah pun ramai.. bg boya baham sume..
Quote manehnya 10-4-2014 09:27 AM
di ternak untuk kulit nyer ajer... ohoh kejam nya dunia
Quote -electrifying- 10-4-2014 09:35 AM
vegetarian boye deyolls
Quote chaoyunjie 10-4-2014 09:46 AM
lama2 fed up sang bedal tu...
jangan di ngap penjaga buaya sudah la...

makan tuan
Quote boyagombak 10-4-2014 09:54 AM
Boya pun dah banyak diet sayur dan buah2an, takut perut muncitlah katakan
Quote Qi_L 10-4-2014 10:08 AM
vegetarian buaya

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.277251 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top