CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buaya Gergasi Terlepas Dari Kurungan Akibat Banjir Teruk Di Thailand

11-1-2017 12:54 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2540| Komen: 5

Description: Terbaru, susulan banyak kampung di selatan Thailand terjejas teruk akibat banjir yang disifatkan sebagai yang paling buruk dalam tempoh 50 tahun, seekor buaya sepanjang lima meter dikatakan terlepas d ...

Sebelum ini pernah terjadi insiden singa, harimau, beruang dan haiwan liar lain terlepas daripada zoo di ibu negara Georgia pada tahun 2015 akibat banjir yang menyebabkan sekurang-kurangnya lapan terbunuh.


Terbaru, susulan banyak kampung di selatan Thailand terjejas teruk akibat banjir yang disifatkan sebagai yang paling buruk dalam tempoh 50 tahun, seekor buaya sepanjang lima meter dikatakan terlepas dari kurungannya apabila tempat kurungannya dinaiki air Selasa lalu.

Dilaporkan reptilia seberat 300kg dipercayai milik sebuah ladang swasta atau individu yang bertempat di Chumphon, selatan Thailand.

"Seorang penduduk kampung menemukan buaya itu pada kira-kira 12 tengah hari ini dan menghubungi kami. Dengan bantuan orang ramai, kami berjaya menangkap semula reptilia itu," kata pegawai penyelamat di Wisainua, Paisarn Kaewprasert."

Tambah Paisarn, buaya itu kini ditempatkan di sebuah ladang ternakan ikan sementara menunggu dituntut pemiliknya.


Difahamkan, media tempatan memberi amaran tentang kemungkinan terdapat buaya yang terlepas dari zoo berkenaan setelah mereka ternampak reptilia itu berenang berhampiran tempat tersebut ketika mereka merakam gambar dari udara.

Orang ramai yang tinggal di sekitar zoo berkenaan dinasihati berwaspada dengan kemungkinan terdapat buaya yang bergerak bebas di tempat mereka.- CARI

sumber foto: http://i41.servimg.com/

4

Bagus
4

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • boobam


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Loxlaxman 11-1-2017 04:06 PM
Kecik jaaaaaa...
Quote otomatic_prince 11-1-2017 05:40 PM
huhuhu ngeri lak..tak kisah la kecik ke...
Quote boobam 11-1-2017 05:55 PM
huh ngeri nya sekali dia ngap..
Quote jofizo 11-1-2017 06:56 PM
5 meter.... besar gak tu kepala 1m badan 2m....ekor2m
Quote ReginaGeorge 13-1-2017 05:57 PM
Buaya pon nak bersiar2

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.226841 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top