CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Comel Tapi Ajar Anak-Anak Jadi Biadap - Wanita Kritik Kartun Keluaran Malaysia

20-3-2017 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 17877| Komen: 74|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Dialog bahasa memang salah. Kenapa perlu ayat kasar. Beri pengaruh buruk dari segi adab bercakap anak-anak."

Tidak dapat dinafikan lagi bagaimana terujanya anak-anak bila menonton rancangan kartun kegemaran mereka. Sifat kanak-kanak yang penuh tanda tanya dalam diri mereka dan juga sentiasa mahu belajar perkara baru, semuanya ada dalam rancangan kartun.


Namun begitu, alangkah malangnya masa yang dibiarkan untuk anak-anak belajar dan juga berseronok dengan kartun kesayangan mereka bertukar sesuatu yang negatif dan ia bercambah dengan cepat dalam diri mereka. 


Itulah yang diluahkan oleh seorang ibu berkenaan kartun tempatan yang dikatakan mengajar anak-anak bercakap dengan kasar dan juga biadap. 

"Mungkin ada yang tidak setuju dengan saya.

"Tapi saya sangat kesal betullah dengan kartun cantik dan comel tetapi tiada penekanan adab dan bercakap biadap," ujar ibu ini menerusi laman Facebook miliknya. 

Katanya, watak dalam kartun itu serba tidak kena, misalnya seorang kakak bercakap kasar dan menengking adik-adiknya. Manakala seorang nenek hanya 'memenangkan' cucunya walaupun buat silap.

Bagi watak si kecil pula, mereka dibiarkan melawan cakap orang tua malah suka mengejek. 

"Kartun ini cantik dan menarik dari segi gambar dan suasana kampung yang mengimbau kenangan zaman kanak-kanak kita. 

"Tapi dialog bahasa memang salah. Kenapa perlu ayat kasar. Beri pengaruh buruk dari segi adab bercakap anak-anak."

Justeru, wanita ini mengajak semua ibu bapa agar berhati-hati emilih rancangan kartun untuk anak-anak. Yang dipilih bukannya kartun comel namun sebaliknya kualiti. 

Hal ini dipersetujui ramai netizen lain yang katanya bukan satu dua kartun sebegini, sebaliknya banyak lagi rancangan seumpamanya mengajar anak-anak jadi biadap.



Kesimpulannya, jagalah 'rebung' anak-anak ini selagi boleh. Jangan sudah menjadi 'buluh' yang penuh sikap melawan, bercakap kasar dan biadap, barulah hendak dilentur. - CARI 
25

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
6

Sedih
10

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 20-3-2017 05:21 PM
kartun yang tengok beberapa kali pulak disalahkan bila anak jadi kurang ajar..
yang communication mak ayah or family tu tak tengok pulak..
Quote dinopower 20-3-2017 05:40 PM
prettyuglybabe replied at 20-3-2017 05:21 PM
kartun yang tengok beberapa kali pulak disalahkan bila anak jadi kurang ajar..
yang communication m ...

btul sgt2... tgk positif sudah... kak ros tu garang tp syg adik2 die.... iols tak nmpk mana silap upin ipin....
yg patut dipantau... katun shin chan tu... utk org2 tua je sesuai..... kecik2 dok tunjuk nak kahwin... ade anak bagai
Quote belilies 20-3-2017 05:44 PM
Now i can relate napa lpf nak tapis babak gay dlm beauty and the beast.
Quote AbukRokok 20-3-2017 05:52 PM
belilies replied at 20-3-2017 05:44 PM
Now i can relate napa lpf nak tapis babak gay dlm beauty and the beast.

no wonder la drama malaysia dari dulu kemain sucikan pondan bapuk
la ni ramai terikut lembik bernoks noks beriols iols
Quote mrseller 20-3-2017 06:02 PM
Betul betul betul !
Quote allhaillll 20-3-2017 06:03 PM
tp aku tak bekenan kartun awang kenit. upin ipin ok je.
Quote WajibulGhunah 20-3-2017 06:09 PM
Motip??
semua benda nk pndg negatif like seriously??
Quote matchstick 20-3-2017 06:11 PM
mcm bodo je pompuan ni..setakat dialog mcm tu boleh jd kurang ajar ke anak ko.
Quote matchstick 20-3-2017 06:18 PM
dinopower replied at 20-3-2017 05:40 PM
btul sgt2... tgk positif sudah... kak ros tu garang tp syg adik2 die.... iols tak nmpk mana silap  ...

mungkin anak2 dia sejenis kurang cerdik..ambik bulat2 je apa yg kartun tu buat. kalau anak kecik sgt lg x paham mesej yg nk disampaikan patut mak pak duk sama2 dgn anak tu ajar dia mana yg patut jadi contoh mana yg jangan ikut.. bila masa lg nk didik anak2. kt umah biar budak2 tu tgk kartun dari siang ke malam. bila hantar ke sekolah serah ke cikgu 100% utk didik anak
Quote tricomonas 20-3-2017 06:33 PM
Cuba akak cuba hantar skrip upin ipin versi sopan santun kat penerbitnya..kami nak tengok budak2 malaysia akan bertukar jadi penuh adap sopan
Quote dinopower 20-3-2017 06:35 PM
matchstick replied at 20-3-2017 06:18 PM
mungkin anak2 dia sejenis kurang cerdik..ambik bulat2 je apa yg kartun tu buat. kalau anak kecik s ...

dialog upin ipin takde kasar pun.... tgk opah tu layan cucu mcm mana... ckp elok2....
bbdk ni kena ade rasa hormat.... baru nak dgr ckp.... lg marah tak jln....
tp btul perckp mak ayah sendiri main peranan....

Quote Super-M 20-3-2017 06:48 PM
upin ipin ok je. tp kdg2 mmg mcm keterlaluan salah sikit kena lempang dgn kak ros?budak kecik salah lempang?? wow sgt..

aku tak nafikan dlm upin ipin kdg2 mmg nmpk biadap.. tp mak pak kena dok sama lah.. mcm anak aku tanya boleh ke lempang gitu? qku terangkanlah tak boleh. jgn ikut. tp kalau pilih upin ipin dgn peppa pig.. aku pilih peppa pig kot.. tp ada je part peppa pig si george tu nak minta benda ngaruk.. tp kena terangkan balik. pucuk pangkal mak pak.

kartun jepun?? sori.. aku mmg xdedahkan anak aku doraemon ke sebarang kartun jepun. doraeomon kecik2 ngendap sizukq mandi?? ajar gatal?jatuh nampak spender putih mata kartun tbeliak. so jauhi kartun jepun. aku dh nampak apa jadi kat anak sedara yg mmg terdedah kartun dan komik japan yg konon lawak tu. lagi2 jenis mak pak xperiksa apa semua. sampai skrg ingat anak baik ok je.. hakikatnya aku,suami ngn ipar lain je tahu apa anak dia buat.
Quote merrissa 20-3-2017 06:58 PM
tapi memang betul...kalo dpt kan mak pak yg duk kasi anak hadap upin ipin...camtuh la nanti perangai nya..

tapi tiada statistik yg mengatakan anak2 jdik biadap sebab tgk upin ipin....

but apa2 kartun pon boleh bawak kesan buruk
Quote joeyss 20-3-2017 07:26 PM
Kalau anak2 sidek macam mana pula. Bapaknya lagi garang. Siap kena kurung dalam reban ayam

Apa pun.. Jgn biar budak2 kecil tgk apa2 cerita tanpa pengawasan..
Quote mirebus 20-3-2017 07:54 PM
mmg betul apa yg dia cakap. tapi cuba tengok diri sendiri dulu. kalau kat rumah pun salu cakap kasar2, budak2 mmg lagi mudah ikut.
Quote gigahertz 20-3-2017 08:19 PM
allhaillll replied at 20-3-2017 10:03 AM
tp aku tak bekenan kartun awang kenit. upin ipin ok je.

awang kening mengajar budak budak jenayah.
Quote dewimalam78 20-3-2017 08:47 PM
Kalau kita compare kartun2 di Malaysia spt upin ipin dan boboboi dengan kartun di CBeebies sangat la jauh berbeza. Mmg pernah dgr sorg budak ckp perkataan 'tak guna' di shopping mall. Lenggok dia mcm boboboi.
Quote kukukatablog 20-3-2017 08:52 PM
aku plak rasa kartun upin ipin tu cam skema sangat sampai bosan nak tengok....
Quote RatuDunia94 20-3-2017 09:07 PM
Haiyooo.. Anak jd kurang ajo disalahkan upin ipin plak.. Iols rasa xde la biadap mana.. Dialog2 mcm tu cuma rencah utk jadikan upin ipin x terlalu formal and org dewasa pon boleh layan.. Mcm cite boboiboy jugak.. Akak kepam ni kena ingat cite kartun upin ipin tu sah2 bukan kartun utk pendidikan.. Ko suruh la anak ko tgok education cartoon kt youtube tu berlambak.. Lg 1 apa peranan ko sbg ibu bapa? Ke ko letak tggujawab mendidik tu kt upin ipin semata?

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.070632 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top