CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nugget Tempe Tiada Tandingannya, Rugi Tak Cuba!

6-3-2017 03:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5384| Komen: 14|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Peminat tempe sekalian! Anda selalu makan sambal tempe, tempe goreng, tempe goreng sambal dengan ikan bilis dan macam-macam lagi. Tapi pernah tak anda makan nugget tempe?
Peminat tempe sekalian! Anda selalu makan sambal tempe, tempe goreng, tempe goreng sambal dengan ikan bilis dan macam-macam lagi. Tapi pernah tak anda makan nugget tempe?

Ha, resipi yang satu ini sesuai sangat untuk anak-anak atau sesiapa saja yang tak menggemari tempe. Selepas menjalani sedikit ubah suai, sesiapa pun akan jatuh cinta dengan nugget tempe ini. 


Foto: Youtube

Macam mana nak buat nugget tempe ni? Jom tengok!


Bahan-bahan
2 bungkus atau 250g tempe 
1/2 genggam udang kering (direndam)
150g udang atau ayam (opsyenal - dicincang kasar)

1 labu bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
2 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu teh serbuk perasa
2 biji telur
2 sudu besar tepung gandum @ pelbagai guna
Garam secukupnya


Bahan saduran
1 cawan tepung gandum
1 biji telur (dipukul dengan sedikit garam)
Serbuk roti warna oren (untuk menyalut nugget)


Cara-caranya
1. Tumbuk atau kisar tempe dan udang kering


2. Gaulkan bawang merah, bawang putih, lada sulah, secukup rasa, garam, telur dan tepung sehingga sebati (boleh tambah ayam atau udang kisar untuk lebih berperisa) 



3. Panaskan pengukus dan ratakan adunan tempe dalam loyang (ratakan adunan mengikut ketebalan diingini)

4. Kukus dalam masa 10 hingga 15 minit supaya telur dan tepung melekat sebati dengan adunan. Angkat dan sejukkan

5. Potong adunan tempe mengikut cita rasa, sadurkan dengan tepung gandum sebelum dicelup ke dalam telur, kemudian golekkan pada serbuk roti


Foto: Blog Diah Didi

6. Sejukkan seketika dalam peti ais lebih kurang 1o minit supaya serbuk roti melekat sempurna

7. Goreng dengan api sederhana sehingga warnanya menjadi coklat keemasan

8. Siap! Boleh dimakan dengan nasi atau dimakan begitu saja dengan sos 


Sekali cuba, pasti mahu buat lagi. Cubalah nikmatinya bersama keluarga. Selamat mencuba! - CARI


Kredit resipi: tong-gas79/MyResipi
32

Bagus
32

Marah
22

Terkejut
25

Sedih
35

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (176 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seramado 6-3-2017 03:40 PM
Wow sedapnya tq tt
Quote dubuk 6-3-2017 04:52 PM
sedapnyaaa ada udang kering
Quote siskepoh 6-3-2017 06:42 PM
sedap btol tgoknya
Quote mieymiey 6-3-2017 06:50 PM
Sedapnya, terliur nengoknya.
Quote emelia1509 6-3-2017 11:26 PM
i loike tempe very much..mesti sedap ni sbb ada udang kering n ayam..
Quote chinta89 7-3-2017 11:44 AM
yumm yumm tetiba lapar!
Quote Fiqfiqfiq 7-3-2017 11:48 PM
Nampak sedap je..  Tapi kalau i yg buat entah jd ke tak..  Humm.
Quote Fiqfiqfiq 7-3-2017 11:49 PM
Tgk je dah boleh buat telan air liur.
Quote WhiskeyScotch 7-3-2017 11:54 PM
Nugget tempe memang sedapppp!!!!
Quote dyana612 8-3-2017 08:08 AM
wow kena cuba ni
Quote cik-jaja 8-3-2017 09:08 AM
nk tambah ayam!! msti sdp..goring celup tepung biasa garing, cicah sambal kicap pun sdp dah..
Quote EvieWanKenobi 8-3-2017 12:38 PM
yang frozen takde ke?
malas nak buat sendiri..
Quote Suheila 8-3-2017 03:27 PM
Alhamdulillah. dah cuba. satu family suka. tapi tak guna serbuk kuning tu. saya tukar dengan biskut petak je.
Quote drivethru 9-3-2017 07:14 AM
Kenapa goreng tempe kat rumah x sedap. Tapi bila makan kat ayam penyet wong solo, sedap giler tempe dia. Siap order extra tempe lagi.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.104388 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top