CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Yang Direman Bukan Ibu Kandung Kanak-Kanak Terbiar- PDRM

9-1-2017 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9827| Komen: 78

Description: Wanita ditahan reman yang dipercayai ibu kepada Muhammad Adam, kanak-kanak lelaki tiga tahun yang ditemui bersendirian di sebuah rumah di Gemencheh, Tampin, Jumaat lepas didapati bukan ibu kandung kan ...
Wanita ditahan reman yang dipercayai ibu kepada Muhammad Adam, kanak-kanak lelaki tiga tahun yang ditemui bersendirian di sebuah rumah di Gemencheh, Tampin, Jumaat lepas didapati bukan ibu kandung kanak-kanak malang itu.


Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Tampin, Suprintendan Hamazah Ab Razak berkata, penemuan berkenaan diperoleh hasil soal siasat pihak polis terhadap wanita berusia 36 tahun itu.

Tambahnya, penemuan terbaharu hasil siasatan itu juga menunjukkan wanita itu berkemungkinan mengambil upah menjaga kanak-kanak berkenaan.

"Berdasarkan siasatan, wanita itu mendakwa Muhammad Adam bukanlah anaknya sebaliknya anak rakannya. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengesahkan perkara itu dan wanita terbabit masih ditahan reman sehingga esok."

"Setakat ini, kita belum kenal pasti identiti ibu kandung mangsa. Kita perlu memanggil beberapa saksi untuk diambil keterangan." 


Pihak polis mungkin akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas berjaya mengesan ibu kandung Muhammad Adam.

Muhammad Adam ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, dekat Tampin kira-kira 1 pagi Jumaat lepas, dalam keadaan lapar dan menangis ketakutan.

Dia dipercayai ditinggalkan seorang diri oleh ibunya sejak 6 petang, Khamis lalu sebelum ditemui sehari kemudian apabila sepasukan polis dan orang kampung memecah masuk ke rumah tersebut.- CARI

sumber foto: Grafik CARI


23

Bagus
18

Marah
20

Terkejut
7

Sedih
17

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 9-1-2017 10:02 AM
aikk...dah lain pulak dah...
Quote buahcinta 9-1-2017 10:05 AM
aritu siap kluo sokkabo kata anak luar nikah. hasil hubungan dgn mat indon.
nanti dah sihat, lps kuo spital toknya nak jaga.
so, acane tu?
Quote CrowneGlory 9-1-2017 10:14 AM
semlm tgk berita pun ayah pompuan ni cakap surat beranak budak ni pun ada dlm tangan dia...kompom bukan anak dia punya anak kandung...

apapun comel pulak bdk ni
Quote Nenasketum 9-1-2017 10:15 AM
Kok ye pun yang ko tinggalkan dia dalam rumah penuh sampah kenapa. Macam dah tak nak balik dah ke situ.
Quote stilla 9-1-2017 10:18 AM
Aik macamana boleh silap org?
Quote GhostWalking 9-1-2017 10:32 AM
Anak rakan ke anak jin ke patut kah ko buat macam tu pada budak kecik.poen sungguh
Quote bambimo 9-1-2017 10:32 AM
tp kata lah ibu kandung dah suruh jaga dan amik upah
mana amanah perempuan ni bila dia tinggalkan budak ni dalam keadaan begitu dan bilik serba daif???
Quote myakayina 9-1-2017 10:35 AM
punyalah cantik comel budak adam ni kan.. tergamak nya tinggalkan mcm tu..
Quote rosasa 9-1-2017 10:35 AM
hensem budak tu
Quote leylapple 9-1-2017 10:38 AM
sungguh pun mcm tu, it is not humane tinggalkan budak 3 thn dalam keadaan kotor tak berbaju mcm tu...

kalau taknak budak tu, serahkan jer dgn org yang sudi...

Quote budaktua 9-1-2017 10:45 AM
klu dia yg tolong bela , mesti dia kenal mak budk yg sebenar....


ke dia jumpa ni tepi jln..?
Quote fishcracker 9-1-2017 10:48 AM
tak kira la anak sapa pun,dah budak tu bawah jagaan dia,bole pulak tinggal tinggalkan...
Quote nipskacang 9-1-2017 10:49 AM
kalau bukan anak skalipon, sgup ke tinggal camtu je budak tu? 3 tahun kot, seram nye manusia zaman skrg ni...
Quote sukesuke 9-1-2017 10:58 AM
bambimo replied at 9-1-2017 10:32 AM
tp kata lah ibu kandung dah suruh jaga dan amik upah
mana amanah perempuan ni bila dia tinggalkan b ...

Mungkin mula2 jer mak kandung dia bayor,pastu tetiba menghilang kut.nafkah hapa pon x bg..tu yg makcik nie kira membalas dendam la tinggai budak lagu tu..itu pon kalo betui la budak tu mmg anak org lain.kalo betui anak dia tp xnak ngaku,maknenye ponpuan tu dah mewarisi ciri2 mental yg kronik.
Quote Mizlyn 9-1-2017 11:01 AM
kalau bukan anak sendiri pun dah kenapa bior budak tu mcm tu... sian la bdk tu
Quote Joannalee 9-1-2017 11:03 AM
Hello x kesah la bukan anak Kandung ke ape ke tp budak tu 3 thn kan... ape kebendenye nak tingal budak tu sorg2.... x kesian ke
Quote Apai90 9-1-2017 11:18 AM
Edited by Apai90 at 9-1-2017 11:21 AM

Ni apa ni?  Nak justify tindakan kejam kau tu ke ?? Sebab dia bukan anak kandung so it's ok camtu kau tinggalkan budak tu??  

In future kalau kau kena ragut ke,  accident tepi jalan ke org ramai tak pyhla tolong kau cmtu sebab kau bukannya family dorang pun.. :
Quote sabar_sabariah 9-1-2017 11:33 AM
aku sebenarnya tak bape faham citer ni
even aku follow kat berita pun masih konfius
1st day citer ni kuar berita
budak ni ditinggalkan ibu dlm keadaan tak terurus
pastu dah hantar ke spital
pastu atuk dia datang cakap tu cucu dia
ok.. fine..
semalam plak kuar berita lagi, atuk tu kata bukan cucu dia plak
ok~~~~
harini aku baca kat forum yg ditahan tu bukan mak dia,
so budak tu bukan anak dia
tapi anak kawan dia..



serius..
sel2 otak aku dah banyak terputus lepas beranak
so, banyak yg aku tak faham
dan takleh hadam
Quote bulan_gerhana 9-1-2017 11:42 AM
x pe nak.. now.. ko dah dijumpai.. Tuhan maha adil.. dianiaya.. ditinggalkan la ni dijumpai... malaikat menjaga mu nak.. moga mak pak or penjaga mu dilaknat nak... dok la ko dlm umah anak yatim.. sekurang2nye makan pakai terjaga... moga ko jadi kanak2 yang sehat dan dapat memberi sumbangan pada masyarakat nnti nak  lantak la org dewasa dok bertelagah x mau ngaku ko anak depa ke cucu depa ke... moga allah merahmati mu nak
terganggu lagi emosi aku dari benang sebelah lagi

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.063072 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top