CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Cuak' Jadi Pengacara Lawak Solo Tanpa Zizan - Johan

18-10-2016 04:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8355| Komen: 34

Description: Pelawak bersahaja dan penyampai radio terkenal, Johan yang sering digandingkan bersama Zizan Razak sebagai pengacara bersama dalam rancangan realiti Raja Lawak, akui gementar mengacara program realiti ...
Pelawak bersahaja dan penyampai radio terkenal, Johan yang sering digandingkan bersama Zizan Razak sebagai pengacara bersama dalam rancangan realiti Raja Lawak, akui gementar mengacara program realiti baru, Lawak Solo.




“Program Lawak Solo merupakan program realiti pertama yang menampilkan saya sebagai pengacara tunggal. Sebelum ini, saya bersama Zizan mengendalikan Raja Lawak selama beberapa musim.

“Saya akui saya rasa gementar tanpa kehadiran rakan pengacara lain seperti Zizan tetapi saya akan mencuba untuk menggalas tanggungjawab tersebut sebaik mungkin,” kata Johan kepada Astro Awani di sidang media Lawak Solo baru-baru ini.


Sumber foto: jozanfc_official

Komedi solo ataupun stand-up comedy kini semakin mendapat perhatian peminat komedi tanah air. Untuk itu, program realiti komedi baru, Lawak Solo dijadikan platform bagi Astro Warna mencari pelapis untuk memeriahkan lagi dunia komedi solo.

Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad, menyatakan bahawa program baru itu berbeza jika dibandingkan dengan program komedi terdahulu seperti Raja Lawak dan sebagainya.

“Peserta Lawak Solo akan dibimbing barisan pelawak terkenal seperti Nabil Ahmad, Ebby Yus dan Douglas Lim.

“Mereka bertiga bakal bertindak sebagai penasihat komedi dan akan bersama peserta mengasah kemahiran berlawak masing-masing menerusi sesi pembelajaran khas yang diadakan pada setiap minggu,” katanya.

Selain Johan, Fad Bocey turut bertindak selaku hos dibelakang tabir bersama dua lagi pelawak baru laman sosial iaitu Jamal dan Zukiee. 

10 peserta Lawak Solo akan diadili dua juri tetap, Datuk AC Mizal bersama Saiful Apek dan seorang juri jemputan setiap minggu.

Lawak Solo akan menemui penonton secara langsung dari Studio Finas, Kompleks Merdeka FINAS setiap hari Jumaat, bermula 21 Oktober 2016, jam 10.00 malam, dibawa secara eksklusif menerusi Astro Warna (Saluran 132) dan tayangan serentak di Mustika HD (Saluran 134). - CARI
23

Bagus
8

Marah
11

Terkejut
11

Sedih
23

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (93 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rainrein 18-10-2016 06:09 PM
X abis abis lagi ke program lawak nih? Lepas satu satu. Kualiti x seberapa. Penonton malaysia ni hauk betul la. X bosan bosan dengan benda sama.
Quote Lolalala 18-10-2016 06:15 PM
Lawak pun recycle je. bosan la wei.
Quote Rhyno 18-10-2016 07:05 PM
Bosan.
Quote melinda_kerr 18-10-2016 07:34 PM
bosannnnnnnnnnnn
Quote Orix 18-10-2016 07:59 PM
Diorg ni semua dh kering idea agaknya... rncgan lawak yg iols suka, karoot komedia X je.. awat tak sambung
Quote af_mania 18-10-2016 08:06 PM
Balik2 pelawak dgn lawak yg sama..
Balik2 bagi job/hadiah kepada pelawak yg sama..

Dah tiba masanya cari pelapis pelawak yg baru. Apa cerita raja lawak? Dah tamat terus ke? Orang nak something fresh out of the oven.
Quote deathacker 18-10-2016 08:44 PM
no komen. btw comey nya kucing johan
Quote Mary_jane 18-10-2016 08:51 PM
I pun nak cakap, comey kucing tu.

Quote she 18-10-2016 08:57 PM
Uolssss ni kemain puji miau Johan..mentang heols retis

Miau macik 10 kilo berat jalan seret perot..macik kuciwa dgn uolsss

Oklah macik nk p merantau ke doniaaa kucing..gudbai
Quote drivethru 19-10-2016 12:16 AM
We want masterchef n masterchef selebriti.
Quote Princess_Na 19-10-2016 06:43 AM
Jamal & zukiee pun ada? Msuk super spontan terus dikira sbg pelawak la tu?

Quote caramel_cloud9 19-10-2016 06:50 AM
Orix replied at 18-10-2016 07:59 PM
Diorg ni semua dh kering idea agaknya... rncgan lawak yg iols suka, karoot komedia X je.. awat tak s ...

Btol tu...karoot komedia x best...kenapala.tak cont je rncgn tu
Quote RatuDunia94 19-10-2016 11:07 PM
Tp johan dh kurus sikit skrg after dikerah oleh ozlyn.. Kalo x before this perut nmpak boyot je..
Quote zie_indah 21-10-2016 12:39 AM
Laku beno deme kan..
Quote Jagendas 21-10-2016 04:10 AM
lawak solo ni untuk newbies

name2 besar tu jadi pengacara dan juri ..

they olls nak lahirkan pelawak berdiri
Quote socket 21-10-2016 10:39 PM
merepek si johan atas stage sensorang, menampakkan sisi bodohnya
Quote RatuDunia94 21-10-2016 10:44 PM
Apek tu knp? Is he hiding something? Dgn berspek mata hitam. Bertopi nk tutup muka.. Ada gaya2 penagih..
Quote RatuDunia94 21-10-2016 10:47 PM
Edited by RatuDunia94 at 21-10-2016 10:57 PM

Wah fikri ni ada pakej.. Helok muka.. Walopun kadang mcm bangla ja.. Mohon makin ramai pelawak helok2 dlm industri.. Xde la asyik muka penyamun je..
Quote delisha09 21-10-2016 10:53 PM
astrokk ni xabis2 program mcm ni...cuba kreatif sikit bg org bayar tu berbaloii dgn rancangan

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-6-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.056403 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top