CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyamun Berusia 17 Tahun Yang Menjadi Viral Akhirnya Berjaya Ditahan Polis

12-10-2016 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 14237| Komen: 126

Description: Remaja berusia 17 tahun yang disyaki terlibat dalam kes samun bersenjatakan parang di hadapan pos pengawal kawasan perumahan di Ara Damansara, Rabu lalu akhirnya telah berjaya diberkas oleh pihak poli ...

sumber foto: Cari 


Remaja berusia 17 tahun yang disyaki terlibat dalam kes samun bersenjatakan parang di hadapan pos pengawal kawasan perumahan di Ara Damansara, Rabu lalu akhirnya telah berjaya diberkas oleh pihak polis. 

Suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang yang melakukan serbuan di sebuah rumah di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara Puchong kira-kira pukul 10 pagi kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asistem Komisioner Mohd. Zani Che Din, pihak polis akan mendapatkan perintah tahanan reman dari mahkamah esok bagi menjalankan siasatan terperinci mengenai kes ini.

Polis percaya suspek melakukan rompakan secara berkumpulan, saki-baki kumpulannya sedang diburu. 


Pada 6 Oktober lalu, akhbar melaporkan dua wanita berdepan detik mencemaskan apabila kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka didatangi oleh seorang remaja yang bersenjatakan parang.- CARI
16

Bagus
20

Marah
24

Terkejut
18

Sedih
13

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (112 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 12-10-2016 11:54 AM
Yes!!! Ini berita paling baik buat dekad ini sis!
Quote Changa 12-10-2016 11:55 AM
mereput la kat neraka adik sunni maksom dan sempurna ini.
Quote kornea 12-10-2016 12:00 PM
Kasi hajar cukup cukup
Quote dizzzek 12-10-2016 12:01 PM
dna kebanggaan sejenis jamal
Quote Syd 12-10-2016 12:03 PM
adik, pehhhh!!


Quote ChildrenOfBodom 12-10-2016 12:05 PM
ingtkan polis nk tembak mati si bangsat ni...bangga la ummah jdt
Quote Syd 12-10-2016 12:06 PM
Salam Sejahtera YDH Dato / Tuan

*Makluman Tangkapan Kes Samun & Cubaan Bunuh Sek 392/397/307 KK Viral di FB Oleh Task Force IPD Serdang*.

*Kelana Jaya Report* : 10712/16
*Petaling Jaya Report* : 13680 - 13681/16

*Ringkasan Kes*

Pengadu 1 perempuan Cina pada 05/10/2016 @ 0340 hrs semasa hendak balik ke rumah telah di samun oleh suspek 1 lelaki Melayu dengan bersenjatakan Parang dengan menaiki sebuah m/kar warna Putih telah melarikan diri kemana tidak pasti, dalam pada masa yang sama telah berlaku *kejar mengejar antara MPV* Petaling Jaya yang mana suspek telah dapat meloloskan diri dari pihak Polis.

*Siasatan & Tindakan Tangkapan oleh Task Force IPD Serdang*

*Bandar Kinrara Report* : 9138/16. Pada 11/10/2016 @ 1000 hrs, bertindak atas maklumat, *G17020 Asp Hailmi Zil Azam Bin Haji Nordin* & *G18275 Insp Nor Aisyah Binti Shasriman* mengetuai sepasukan *Task Force IPD Serdang* telah pergi ke alamat No 21 Tingkat 6 Blok D Pangsapuri Enggang Jalan BK 6 Bandar Kinrara 47100 Puchong Selangor. Telah membuat pemeriksaan dan tahan 1 lelaki melayu. Butir pengenalan :

*B1*
Nama : Muhammad Nur Aman Bin Ibrahim @ Aman (Akuan Lisan)
No Kpt :
Alamat : No 209 Blok Tingkat 1 Taman Desa Ria PJS 5/11 Petaling Jaya

*Wanted*
1. Kelana Jaya Report : 10248/16
Seksyen : 395/397 KK
2. Kelana Jaya Report : 10712/16
Seksyen : 392/397 KK
3. Petaling Jaya Report : 13668/16
Seksyen : 307 KK

*Rekod Jenayah*
• Bandar Sunway Report : 3609/14
Seksyen : 148 KK
• Sg way Report : 5253/14
Seksyen : 395/397 KK
• Sg Way Report : 8614/14
Seksyen : 393 KK
• Petaling Jaya Report : 15442/14
Seksyen : 395 KK
• Bandar Kinrara Report : 5353/15
Seksyen : 379A KK
• Sg Way Report : 6941/15
Seksyen : 394 KK
• Petaling Jaya Report : 7274/15
Seksyen : 395/397 KK
• Sg Way Report : 7330/15
Seksyen : 393 KK

*Rampasan*
• M/kar
1. Honda Accord (Curi)
Brickfield Report : 12706/16
Seksyen : 379A KK
2. Proton Persona (Curi)
Bandar Sunway Report : 5943/16
Seksyen : 379A KK
3. Perodua Myvi (Curi)
Bandar Kinrara Report : 4275/16
Seksyen : 379A KK

• Barang
1. Kad Pengenalan Mangsa (Samun)
Bandar Kinrara Report : 9074/16
Seksyen : 392/397 KK
2. Sebilah Parang (Samun)
Bandar Kinrara Report : 4275/16
Seksyen : 394 KK

• *B1* dikenal pasti sebagai suspek kes samun Petaling Jaya yang telah *diviralkan rakaman Cctv Pos Pengawal di dalam FB dan Youtube* kebelakangan ini.

• *B1* mengaku bersembunyi di Pangsapuri Enggang di bawah pentadbiran Ipd Serdang setelah kesnya diviralkan tetapi pada masa yang sama telah melakukan jenayah samun juga di sekitar Kawasan Kinrara dan Puchong.

• *B1* ditahan bersabit Bdr Kinrara Rpt 9074/16 Kes Samun pengadu seorang perempuan Cina *dihadapan rumah* pada 10/10/2016 (Kejadian Semalam)

• *B1* dipercayai ahli kongsi gelap geng 21

*Terima Kasih YDH Dato / Tuan*
Quote oppol 12-10-2016 12:08 PM
Harap polis acah2 dia dengan parang masa siasatan...
Quote zulka 12-10-2016 12:13 PM
bagus2...syabas inspektor saab
Quote prettyuglybabe 12-10-2016 12:18 PM
punya banyak rekod jenayah masih boleh bebas bergembira jadi penyamun
Quote Syd 12-10-2016 12:21 PM
budak neh mmg pailang sejak budak lagi nehh

dah masuk geng bagai, bagak ye dik
Quote Star_el 12-10-2016 12:23 PM
Sedihnya, umur baru 17 thn kot. Tak ambik SPM ke?
Quote ekong 12-10-2016 12:24 PM
Time ni la ptut kuar hukum potong tgn pakai parang die balik
Quote ekong 12-10-2016 12:24 PM
Time ni la ptut kuar hukum potong tgn pakai parang die balik
Quote nexusys 12-10-2016 12:31 PM
Kompom pondan ni kena rembat kaw kaw dalam lokap utk abam pulis korek saki baki orang2 bawahan camnih
Quote shamsadis 12-10-2016 12:34 PM
esok lusa dia keluar penjara, dia samun korang plak, siap tetak bagai....jalan penyelesaian dia, tembak kasik mati, selesai.
Quote pooh~key 12-10-2016 12:36 PM
shamsadis replied at 12-10-2016 12:34 PM
esok lusa dia keluar penjara, dia samun korang plak, siap tetak bagai....jalan penyelesaian dia, tem ...

Kan sis? Dah keluar penjara nanti kompom2 tak ada orang nak ambik bekerja. Last resort mesti merampok balik. So penyelesaiannya tembak sampai mati.
Quote Syd 12-10-2016 12:46 PM
ni dalam penjara pung rasanya dia pailang gak neh

tah tah jadik chief kalu masuk. haha
Quote fleurdelis 12-10-2016 12:46 PM
Syd replied at 12-10-2016 12:21 PM
budak neh mmg pailang sejak budak lagi nehh

dah masuk geng bagai, bagak ye dik

Kata abang nya dia lari dari tunas bakti kan? Memang bermasalah lah dia. Kesian family

Lihat semua komen(126)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.101039 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top