CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selepas Muhyiddin, Shafie Apdal Pula Daftar Parti Baharu

22-9-2016 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4757| Komen: 23

Description: Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dipercayai akan mendaftar ..

Oleh : Dean BZ

Kredit foto - sinarharian.com.my



Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dipercayai akan mendaftar parti politik baharu di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini.

Ahli Parlimen Semporna itu tiba di ROS pada jam 9.35 pagi tadi bersama beberapa penyokongnya, dipercayai untuk menghantar borang permohonan parti tersebut.

Terdahulu, Shafie dilaporkan berkata parti baharu itu bakal berpengkalan di Sabah dan akan disertai ramai orang selepas ia dilancarkan. Namun nama parti baharu tersebut masih belum diumumkan.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Semporna itu pada 4 Julai lalu mengumumkan keluar parti selepas keahliannya digantung Jawatankuasa Disiplin parti sejak 24 Jun lalu. Pengumuman dibuat beberapa hari selepas Majlis Tertinggi memecat Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.


Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah mendaftar parti politik baru Ogos lalu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang turut disertai oleh bekas perdana menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Parti itu menyasarkan sokongan anggota Umno yang tidak puas hati dengan kepimpinan presidennya Datuk Seri Najib Razak. - CARI




Sumber - BeritaHarian/AstroAwani



9

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote roy3 22-9-2016 12:01 PM
Ape kata mo1?
Quote teen_angelJB 22-9-2016 12:11 PM
Ni saja nk pecah undi je
Quote dodolgemok 22-9-2016 12:13 PM
Cacai suluk pasti bersedih kerna umngok sabah sudah dihina @Simunggu
Quote OmJualGas 22-9-2016 12:47 PM
Edited by OmJualGas at 23-9-2016 12:12 PM

parti sampolna balsatu na kau...
Quote oppol 22-9-2016 12:51 PM
teen_angelJB replied at 22-9-2016 12:11 PM
Ni saja nk pecah undi je

Betullah tu....

Kekonon berpakat nak menumbangkan bn tapi last2  bertempur sesama sendiri...
Quote boyagombak 22-9-2016 02:22 PM
Parti Semporna Semua Bedal
Quote MissMamamia75 22-9-2016 03:11 PM


mcm2 parti..
mcm2 ketua..
mcm2 agenda..
sapa yg untung...?
sapa yg rugi...?

dari rakyat untuk rakyat ke?

negara makin berpecah belah..

Quote AbukRokok 22-9-2016 03:47 PM
MissMamamia75 replied at 22-9-2016 03:11 PM
mcm2 parti..
mcm2 ketua..
mcm2 agenda..

akak undi je umno
jgn undi pkr ke pas ke

umno saja tempat bergantung
Quote the_killer 22-9-2016 03:49 PM
Naib Ppesiden PKR Darell Leiking meninggalkan parti itu untuk bekerjasama dengan bekas naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal membentuk pertubuhan baru untuk Sabah.

"Peletakan jawatan saya tidak perlu menjadi perhatian. Tumpuan sebenar ialah kita kini membentuk sebuah parti bagi mengubah Sabah," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Darell yang kini berkhidmat sebagai anggota parlimen Penampang dilihat hadir bersama Shafie di pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya pagi tadi.

Mereka hadir dalam usaha mengambil alih sebuah parti sedia ada dan mengemukakan cadangan perubahan nama, logo dan dasar parti untuk didaftarkan ROS.

Sebelum ini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengambil alih sebuah parti dan membentuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam usaha mereka menghadapi BN dalam pilihan raya.

Dr Mahathir dan Muhyiddin berada dalam kem sama dengan Shafie dalam usaha mereka menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak ketika mereka masih berada dalam Umno.

Muhyiddin dipecat daripada parti itu pada Jun lalu bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir, manakala Shafie digantung keahliannya. Beliau kemudian mengumumkan keluar dari parti itu pada Julai 2016.

Dr Mahathir lebih awal mengumumkan keluar dari parti yang pernah diketuainya.

Beliau yang menjadi peguam sejak 1994 memenangi kerusi Penampang pada pilihan raya umum ke-13 lalu mengalahkan dua calon lain, Tan Sri Bernard Dompok (BN) dan Melania Annol (STAR) dengan majoriti 10,216 undi.

Darell juga menjadi satu-satunya anggota parlimen PKR mewakili Sabah.

Ditanya mengenai parti baru itu Darell, 45, enggan memberikan sebarang maklumat mengenainya.
Beliau juga tidak menjelaskan sama ada parti itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan walaupun menegaskan perjuangannya menentang BN akan diteruskan.

"Sesiapa yang melawan kerajaan (BN) boleh menjadi sekutu," katanya.
Quote rosasa 22-9-2016 04:13 PM
ada nama 'bersatu' tak nanti parti baru tu?
Quote -electrifying- 22-9-2016 05:24 PM
Parti apa plak ni, aku tetap dgn umNO









Quote oppol 22-9-2016 06:35 PM
-electrifying- replied at 22-9-2016 05:24 PM
Parti apa plak ni, aku tetap dgn umNO

Buat nama parti SEKS pun boleh...
   Sabah Etnik Kekal Sejiwa...
      
Quote Sayaaa 23-9-2016 08:34 AM
AbukRokok replied at 22-9-2016 03:47 PM
akak undi je umno
jgn undi pkr ke pas ke


"umno saja tempat bergantung"  
Quote -electrifying- 23-9-2016 08:55 AM
oppol replied at 22-9-2016 06:35 PM
Buat nama parti SEKS pun boleh...
   Sabah Etnik Kekal Sejiwa...

Hahahaha... Hrmjdh, terguris hti org sabah bah
Quote finesse 23-9-2016 09:34 AM
Senyum sinis jah pak jib..
Quote xpdckelate 23-9-2016 09:39 AM
nk jatuhkan bn kena tawan sabah dan sarawak,klu dua negeri ni masih majoriti bn,payah nak tumbangkan bn
Quote Simunggu 23-9-2016 12:10 PM
parti kosonongon do kosodopon ringkasnya PATI
Quote Simunggu 23-9-2016 02:26 PM
dodolgemok replied at 22-9-2016 12:13 PM
Cacai suluk pasti bersedih kerna umngok sabah sudah dihina  @Simunggu

apa lagi tunggu dodol..daftarlah jadi ahli yg pertama......
Quote Sayaaa 23-9-2016 06:16 PM
Harapan aku biarlah dorang semua ni ikhlas buat utk rakyat. Bukan utk kepentingan diri ja

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.220855 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top