CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis Tertua Asia Kelihatan Usia 136 Tahun Meninggal Dunia Selepas 15 Tahun Hidup

22-8-2016 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 10920| Komen: 43

Description: 'Gadis tertua di Asia' meninggal dunia pada umur 19 tahun minggu lalu
Oleh Izzah Abbasy

Ana Rocella remaja yang digelar 'gadis tertua di Asia' meninggal dunia pada umur 19 tahun minggu lalu di Manila Filipina.

Ana yang mengidap penyakit ganjil, sindrom Hutchinson-Gilford yang menyebabkan badannya kelihatan berumur lapan kali lebih cepat daripada biasa.

Menurut badan amal yang berkempen mengenai penyakit genetik berpengkalan di Amerika Syarikat, Progeria Research Foundation mengesahkan Ana Rocella meninggal dunia minggu lalu.

Memetik Daily Mail, dua tahun sebelum kematiannya, doktor menyifatkan Ana kelihatan seperti berusia 136 tahun dengan kedutan ketara di muka serta kakinya.

Namun di sebalik kesukaran hidupnya, Ana menikmatai kehidupan normal sepenuhnya. Malah dia baru-baru ini dilihat menyambut ulang tahun kelahiran ke-18 yang turut diraikan oleh idolanya iaitu penyanyi Filipina, pelakon dan personaliti televisyen, Sarah Geronimo.

Kebiasaanya, kematian pesakit yang mengidap sindrom ini adalah disebabkan serangan jantung atau strok. Ketika ditemuramah CNN iReport pada tahun 2011, Ana memberitahu dia bukanlah seorang wanita sempurna.

"Doktor berkata, saya mengalami penuaan terlalu cepat malah jangka hidup saya pendek, selepas 15 tahun saya akan mati," ujarnya.

Sementara itu, menurut Yayasan Penyelidikan Progeria, terdapat 80 kanak-kanak di seluruh dunia yang mengidap penyakit ganjil ini dan dua kes dilaporkan di Filipina.

Pakar bedah Dr. Pierre R. Clero yang merawat Anna berkata, dia menyediakan diet khas dan krim untuk kulitnya. - CARI

Foto : www.catsfm.my






8

Bagus
2

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 20-8-2016 05:52 AM
kesian, penyakit yg tiada ubat dan penawarnya. RIP Ana
Quote edee_91 20-8-2016 09:07 AM
al-fatihah...
Quote asyriqa 20-8-2016 09:13 AM
Kesiannya...RIP ana
Quote DeeHanania 20-8-2016 10:51 AM
Kesian nya...penyakit nya tiada penawar...RIP Ana
Quote Emperor95 20-8-2016 10:56 AM
Simpati dengan nasibnya. Kadang kala terfikir bagaimana hidupan yang memiliki jangka hayat yang begitu pendek.
Quote purpledesire 20-8-2016 11:10 AM
Kesiannya..
Quote Cyempaka 20-8-2016 11:32 AM
walopun kulit dia berkedut tapi muka dia cantik
Quote dauswq 20-8-2016 11:42 AM
teringat filem curious case of benjamin buton
Quote Acik2kepam 20-8-2016 12:15 PM
Sian.. umur muda tp fizikal dah terlalu tua plak. Tp dia comel lah
Quote Decaffeinated 20-8-2016 07:18 PM
Ana Rocella mengidap penyakit ganjil, sindrom Hutchinson-Gilford
kenapa kata penyakit ganjil sedangkan ia ada nama? maknanya ia bukan misteri lah

kalau rare baru betul...



Quote Modngengade 20-8-2016 07:36 PM
Forumer kat sini pun ramai yg mengidap sakit ni antaranya stingger dan lava
Quote mesmerize 20-8-2016 07:54 PM
Cyempaka replied at 20-8-2016 11:32 AM
walopun kulit dia berkedut tapi muka dia cantik

avy uols tu raja ema masa muda2 ke?
comelnya dia
Quote Cyempaka 20-8-2016 08:13 PM
mesmerize replied at 20-8-2016 07:54 PM
avy uols tu raja ema masa muda2 ke?
comelnya dia

A ah tu acik raja ema  
Quote Idelgo 20-8-2016 09:23 PM
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
Quote FOTHER-MUCKER 20-8-2016 09:29 PM
Cyempaka replied at 20-8-2016 03:32 AM
walopun kulit dia berkedut tapi muka dia cantik

Senyuman dia sangat manis.
Quote MekArchana 20-8-2016 11:01 PM
Kesiannya. RIP.
Quote bukutulis 20-8-2016 11:11 PM
Dia comel juga kn
Quote naina 20-8-2016 11:48 PM
C0mel..teringin nk tgk gambar2 dia yg lain
Quote Star_el 21-8-2016 12:39 AM
Dia meninggal sbb apa? Tak mention pun, just ckp generally pesakit penyakit ni meninggal sbb strok.
Btw, motip aku terbyg kisah andarmas paling tua meninggal?

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.056144 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top