CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Model Poster Iklan Tidak Bertudung, Peniaga Di Kelantan Kena Kompaun

11-8-2016 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7214| Komen: 45

Description: Kelmarin, seorang peniaga di sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu, Kelantan dikenakan kompaun berikutan masalah poster iklan.
Oleh: TS LOO




Kelmarin, seorang peniaga di sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu, Kelantan dikenakan kompaun berikutan masalah poster iklan. 

Menurut pekerja kedai terbabit, pada 26hb Julai, pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu mengenakan kompaun sebanyak RM150 dengan alasan model yang ditunjukkan dalam poster iklan yang dipaparkan dalam kedai tidak memakai tudung.

Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Bharu turut mengesahkan tindakan mengenakan kompaun ke atas kedai terbabit, sekaligus menegaskan pihak MPKB akan membuat pemantauan yang ketat berhubung garis panduan yang ditetapkan dalam penggunaan poster iklan. 

Pada bulan lepas, dalam pusat membeli belah yang sama terdapat juga sebuah kedai jam yang turut dikenakan kompaun akibat wanita yang muncul dalam poster iklan dikatakan kelihatan seksi.


Sehubungan itu, menurut Setiausaha MCA Kelantan, Datuk Lua Choon Hann yang dipetik The Star Online tindakan MPKB itu adalah bukti undang-undang syariah turut memberi kesan kepada orang bukan Islam.

Tambah beliau, dakwaan PAS selama ini kononnya undang-undang syariah tidak akan dikuatkuasakan ke atas golongan bukan Islam tidak benar.- CARI




sumber info: mstar
29

Bagus
17

Marah
34

Terkejut
18

Sedih
37

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (152 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dizzzek 10-8-2016 08:08 AM
PETALING JAYA: Seorang peniaga di Kelantan didenda Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerana poster iklan yang dipamerkan di premisnya melanggar syarat wanita Islam perlu bertudung.

Kes itu berlaku di pusat beli-belah Aeon di Kota Bharu pada 26 Julai lalu, lapor China Press semalam.

Ia memetik peniaga itu sebagai berkata, kompaun dikeluarkan bukan kerana model dalam poster iklan itu berpakaian seksi, sebaliknya tidak mematuhi garis panduan cara berpakaian wanita Islam, iaitu tidak “menutup aurat”.

“Iklan promosi itu untuk pasaran antarabangsa, saman dikeluarkan hanya kerana model dalam poster itu tidak bertudung.

“Majlis perbandaran berkata, disebabkan ini kesalahan pertama, mereka memberikan diskaun dan saya hanya perlu bayar denda RM150,” katanya yang terpaksa menurunkan poster itu.
Katanya MPKB tidak pernah menjalankan pemeriksaan di pusat beli-belah itu atau memberi sebarang amaran mahupun nasihat.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana hendak menonjolkan gaya rambut terkini jika model dalam iklan atau poster salun rambut perlu bertudung.

Pada 25 Julai lalu, seorang peniaga jam tangan di sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu turut didenda kerana melanggar Seksyen 107 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 menerusi paparan dua keping poster iklan wanita yang dikatakan “seksi” dalam premisnya.

Peniaga mendakwa, ia bukan kali pertama beliau didenda kerana kira-kira 10 saman diterimanya sejak mula menjalankan perniagaan pada 1990.

Jelasnya, beliau hanya boleh memohon lesen perniagaan bagi premis baharunya selepas membayar semua denda berjumlah RM2,000 yang akhirnya diberikan potongan harga sehingga RM400.
Quote gaara_X 10-8-2016 08:38 AM
lain kali...taruk taruk iklan kartun je.....
Quote gaara_X 10-8-2016 08:41 AM
lepas nie kalau tak nak kena saman..korang guna iklan kartun plak....
Quote kucen_miang 10-8-2016 08:46 AM
susah la internasonal model bini pekinmon nak cari mkn kat klate lps kawen tahun depan
Quote binatang 10-8-2016 09:42 AM
Iklan tak tutup aurat ibrani pun mau denda. Kelantan darul murtad
Quote zameyla 10-8-2016 09:47 AM
nie semua salah scha sebab tak pakai tudung...

Quote drvn182 10-8-2016 10:02 AM
Aurat ke hulu Aurat ke hilir
Quote cak! 10-8-2016 10:06 AM
rasainloh
Quote Mr_Beruk 10-8-2016 10:12 AM
Apa nak diharapkan dari pemikiran dan tindakan lobai taliban? Sarban mereka torlalu besar dan ketat sa-hinggakan otak mereka mengecut dongan sondiri-nya. Daripada-nya, tiada apa yang waras dan rasional akan keluar.
Quote cmf_WonBin 10-8-2016 10:55 AM
this is Islamist terrorist
We have to do something to stop this act of terrorism ...
Quote shi_jewel 10-8-2016 11:04 AM
kadang2 manusia saja je menyusahkan diri sendiri ttg hal agama.
agama itu kan memudahkan, tp tidak bagi diorang yg fanatik, benda kecik pun kena pusing satu isu utk cari kelemahan...euww..yuck
Quote cmf_WonBin 10-8-2016 11:08 AM
Where are DAP and other NGOs?

We must protect our CONSTITUTION (perlembagaan Malaysia)

The is no such shit that it is mandatory to display tudung clad woman in advertisement
Quote dizzzek 10-8-2016 11:12 AM
Quote abangbeca 10-8-2016 11:19 AM
Arap kerajaan kelantan haramkan tv lak pasni.. Banyak iklan haramjadah kuar dari menatang tu..
Quote cmf_WonBin 10-8-2016 11:20 AM
Iyaaa ... kasi haram itu Asstro ... tutup semua TV .. Block all Social Media ....
Quote Artemesiaa 10-8-2016 11:50 AM
Ni sapa yang lupa nak colour guna black marker pen part leher cam selalu dia orang buat tu
Quote -electrifying- 11-8-2016 10:49 AM
masuk air btul
Quote Ah_Kwan 11-8-2016 11:02 AM
keh keh keh

baru kena saman sudah mengamuk...
belum kena sula kaa..potong tangan ka...

kalau kena potong tangan..wa ingat ini puak leberal wanabe pasti ishtihar perang berdarah sama lobai pak aji..

keh keh keh
Quote Ah_Kwan 11-8-2016 11:05 AM
shi_jewel replied at 10-8-2016 11:04 AM
kadang2 manusia saja je menyusahkan diri sendiri ttg hal agama.
agama itu kan memudahkan, tp tidak  ...

keh keh keh

agama itu memudah kan?

kan kalau lu tiada agama lebih mudah?
kan tiada payah buat segala macam syariat..
kan bila tiada agama itu tiada payah ada rasa bertuhan?

so mudah celah mana lu orang liberal wanabe cerita ni?

keh keh keh

Lihat semua komen(45)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-2-2023 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.087684 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top