CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

'Siapa Tiada Jiwa Bermain Untuk Kelantan, Bebas Keluar Pasukan' - Popov

23-5-2016 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 5571| Komen: 23

Description: "Sesiapa yang tidak memiliki jiwa bermain untuk Kelantan, anda bebas untuk keluar daripada pasukan"
Oleh Izzah Abbasy

Dua pengendali baharu Kelantan, Velizar Popov memberi amaran kepada mana-mana pemain yang tidak lagi berminat membantu pasukannya mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. “Kalau tak minat, sila keluar dari Kelantan,” katanya.

Jurulatih kelahiran Bulgaria itu jelas tidak dapat menyembunyikan kekecewaan apabila pasukan kendaliannya terpaksa beraksi dengan 10 pemain gara-gara layangan kad merah ke atas Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-61 ketika menentang Selangor dalam aksi Liga Super di Kota Bharu, malam kelmarin.                      


“Pasukan ini boleh beraksi tanpa pemain atau mana-mana jurulatih sekali pun. Sesiapa yang tidak memiliki jiwa bermain untuk Kelantan, anda bebas untuk keluar daripada pasukan ini dengan segera,” katanya dalam sidang media sejurus perlawanan itu.

Dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad IV itu, Kelantan diaibkan kekalahan terburuk 2-5 kepada Selangor sambil Wan Zaharulnizam menjadi pemain kedua mengutip kad merah selepas Wan Zack Haikal Wan Nor dibuang padang di Shah Alam, minggu lalu. 

“Di Eropah, apabila perkara seperti ini berlaku, saya tidak teragak-agak potong gaji (pemain). Setiap pemain harus faham, tiada sesiapa yang lebih besar dalam pasukan ini kerana pasukan ini sebenarnya lebih besar daripada mereka.

“Sudah tentu saya akan mengambil tindakan kerana pasukan ini menderita akibat dua kad merah itu sedangkan kami beraksi lebih baik dan mampu menewaskan Selangor dalam dua perlawanan itu,” katanya lagi. - CARI Infonet

38

Bagus
34

Marah
32

Terkejut
21

Sedih
29

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (179 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mr.kacang 23-5-2016 08:33 AM
orang kelate memang camtu dah la pengotor
Quote ifanonline 23-5-2016 08:36 AM
“Di Eropah, apabila perkara seperti ini berlaku, saya tidak teragak-agak potong gaji (pemain). Setiap pemain harus faham, tiada sesiapa yang lebih besar dalam pasukan ini kerana pasukan ini sebenarnya lebih besar daripada mereka.


sebenarnya setiap pasukan di malaysia perlu kpd jurulatih asing sebab jurulatih tempatan kurang bagus dan kurang disiplin..malaysian football players lacks discipline
Quote duri_durians 23-5-2016 08:36 AM
cantik ayat jurulatih ni.. harap dia mampu membentuk semula pasukan kelantan.
Quote Star_el 23-5-2016 08:51 AM
Wah, dah macam dia pulak leluhur Kelantan. Komited dgn team kan haha.


Pecking order - Mr. Popo
Quote jengkoil 23-5-2016 08:57 AM
Kedua dua wan ni kekadang punca kemenangan..tapi kebanyakan nye punca melingkup...cer main tanpa keduadua wan ni..
Quote axl_bach 23-5-2016 08:58 AM
jengkoil replied at 23-5-2016 08:57 AM
Kedua dua wan ni kekadang punca kemenangan..tapi kebanyakan nye punca melingkup...cer main tanpa ked ...

Kalo xmo bagi the small ONE to Kedah..... hehehehe
Quote tagas 23-5-2016 09:04 AM
mr.kacang replied at 23-5-2016 08:33 AM
orang kelate memang camtu dah la pengotor

Kan

caprut & sakai lak tu
Quote nikaido 23-5-2016 09:10 AM
Selangor 5gol semua player local. JDT 6gol semua player import.
Quote batman_2007 23-5-2016 09:19 AM
Gaji diorang dh settle ke blom?? Vida mana vida?
Quote ifanonline 23-5-2016 09:37 AM
nikaido replied at 23-5-2016 09:10 AM
Selangor 5gol semua player local. JDT 6gol semua player import.

jdt boleh lah beli player import...banyak tanah2 melayu sudah di jual kpd china...
Quote axl_bach 23-5-2016 09:39 AM
nikaido replied at 23-5-2016 09:10 AM
Selangor 5gol semua player local. JDT 6gol semua player import.

Nnt batak JDT bbnu tanya ko,  yg skor utk STRG smlm h Julang AFC Cup blom...... lol
Quote jengkoil 23-5-2016 09:42 AM
axl_bach replied at 23-5-2016 08:58 AM
Kalo xmo bagi the small ONE to Kedah..... hehehehe

Dah dapat pakri saarani tu kira ok la tu..  
Quote axl_bach 23-5-2016 09:46 AM
jengkoil replied at 23-5-2016 09:42 AM
Dah dapat pakri saarani tu kira ok la tu..

Yg tu kedah offer team ko nk?  beli Kahe free Fakri+Amar
Quote Manhitam 23-5-2016 10:16 AM
garang betul popov tak lama la tu
Quote ifanonline 23-5-2016 10:24 AM
Manhitam replied at 23-5-2016 10:16 AM
garang betul popov tak lama la tu

sepatutnya popov ni berkhidmat di selangor, antar zainal abidin ke kelantan...
Quote ikmanurz 23-5-2016 11:28 AM
wahh..bagus popov ni
kalau boleh tingkatkan semula kelantan, bolehlah aku enjoy semula arena bola sepak Malaysia..
Quote mdhelmi 23-5-2016 11:57 AM
betul jugak tu
seseorang pemain layak dijual bila dia sendiri xde hati nak main untuk pasukannya
bila ditambah dgn masalah attitude maka menyemburlah coach tersebut dgn ayat2 mcm kat atas
atas padang xbole baran bakal mengundang masalah pada team sendiri
Quote sarahmirza 23-5-2016 12:18 PM
Tak main tak dapat duit.. Main untuk siapa, negeri mana, itu nombor 3 kot..
Quote FARRAZOOL 24-5-2016 08:48 AM
Amboiii garangnya

Lihat semua komen(23)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-2-2023 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.117592 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top