CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wajib Cuba Makan Di 'The Farm Satay & Grill' Sate Lain Daripada Lain

20-7-2016 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 9895| Komen: 23

Description: Hidangan sate ini amat istimewa kerana ia diletakkan di atas
Oleh Izzah Abbasy

Tak sabarnya nak meluangkan masa dengan rakan dan keluarga apabila tiba malam minggu. Betul tak?

Kalau anda ingin berkumpul makan-makan pada malam minggu, cubalah ke The Farm Satay & Grill di Alam Damai, Cheras. Kepada peminat makanan Western, anda jangan lepaskan peluang untuk ke restoran ini.

Salah satu tarikan di sini ialah layar gergasi untuk tontonan pelanggan yang mana anda boleh menikmati makanan sambil menonton siaran yang disediakan.

Hiasan dalaman restoran ini menarik dengan menampilkan citarasa kampung. Gambar yang dihiasi di dinding restoran ini penuh dengan gambar kambing. Kenapa kambing?

Daging kambing merupakan signature food restoran ini. Menu istimewa adalah sate kambing berharga RM17.90 untuk 10 batang. Hidangan sate ini amat istimewa kerana ia diletakkan di atas 'hot plate' dengan kuah yang panas menggelegak. Rasa kuah di atas hot plate seakan seperti gula melaka pekat.

Kuah kacang dihiasi bawang goreng dan kuah kicap bercili serta diperah limau turut dihidangkan. Kombinasi dua kuah ini agak 'rare' namun rasanya sangat sedap apabila dimakan bersama sate kambing. Untuk pengetahuan anda nasi himpit tidak dihidang bersama. Jika anda inginkan, sila buat pesanan lain dari pihak restoran.

Nama restoran : The Farm Satay & Grill
Lokasi : No.45, Jalan Niaga 1, Alam Damai, Cheras, 56000 Kuala Lumpur
Waktu beroperasi : Isnin – Ahad 5:00 petang – 2:00 pagi (Cuti Isnin minggu ketiga)










10

Bagus
16

Marah
40

Terkejut
13

Sedih
9

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 20-7-2016 12:12 PM
mahal nya 10cucuk pun...
Quote si-buta 20-7-2016 12:33 PM
"Wajib" kepala bana lu
Quote nuyunnisa 20-7-2016 02:02 PM
Ala2 satay Madura...makan dengan kicap.
Quote Artemesiaa 20-7-2016 03:19 PM
Bezanya guna hot plate tu je rasa belum tahu sebab tak pernah lagi gi sana
Quote Jajabeans 20-7-2016 03:44 PM
sate kambing ni uolss.. kalau sate ayam atau daging haruslah dihencap mahal.
Quote CrowneGlory 20-7-2016 10:56 PM
Kambing mmg mahal...nanti akak try kalau x sedap..aku hencap dlm ni
Quote bawalputih 21-7-2016 12:18 AM
Cam menarik la plak
Quote munchkin 21-7-2016 02:48 AM
Sedap ye? Nantik cubalah
Quote -electrifying- 21-7-2016 09:25 AM
sbtg 1.79
Quote MissVixen 21-7-2016 10:19 AM
mahalnya. baik makan sate yang besar dekat tanjung karang tu. makan 8 pon dah nak termuntah. sate dekat puchong dan sate willy pon sodap
Quote CrowneGlory 21-7-2016 10:30 AM
MissVixen replied at 21-7-2016 10:19 AM
mahalnya. baik makan sate yang besar dekat tanjung karang tu. makan 8 pon dah nak termuntah. sate de ...

dah kata sedap tu share skit nama resto sate puchong dgn tg karang tu...
Quote MissVixen 21-7-2016 10:47 AM
CrowneGlory replied at 21-7-2016 10:30 AM
dah kata sedap tu share skit nama resto sate puchong dgn tg karang tu...

sate hut (tanjung karang)

besar dan juicy.

lokasi : Satay Hut

https://goo.gl/maps/zzYTiss2MD42

yang satu lagi... aku letak kejap lagi.

Quote MissVixen 21-7-2016 10:53 AM
CrowneGlory replied at 21-7-2016 10:30 AM
dah kata sedap tu share skit nama resto sate puchong dgn tg karang tu...

Satay Carjunk

MAKLUMAT LOKASI

Lokasi :
Puchong

Alamat :
di hadapan Restoran Hasbuna, Jalan Wawasan 2/21, Taman Wawasan, 47100 Puchong, Selangor ( dia gerai kecik )

Koordinat :
Latitude: 3.02913 | Longitude: 101.6259

Waktu Operasi :
5.00 pm  - 11.00 pm


ULASAN

Rupa dan bentuk :
Saiz yang agak besar dengan harga yang berpatutan.

Rasa :
Terasa perapannya dan daging yang sangat lembut senang dikunyah. Kuah kacang yang lembut.

Harga :
Harga yang berpatutan RM0.80 secucuk

credits : http://foodtasticmy.blogspot.my/ ... ay-carjunk.html?m=1



ps : sate kambing dia manthop. selalu pukul 8 lebih dah habis. cina pun ramai makan sini.

Quote CrowneGlory 21-7-2016 11:03 AM
MissVixen replied at 21-7-2016 10:53 AM
Satay Carjunk

MAKLUMAT LOKASI

TQ nanti akak g satay hunting gituh...aritu g satay station bdr tasik permaisuri x sedap sungguh...mcm ayam lumur kunyit garam jah...satay dkt restoran bisik2 shah alam pun sedap esp satay tembusu dia..
Quote MissVixen 21-7-2016 11:07 AM
CrowneGlory replied at 21-7-2016 11:03 AM
TQ nanti akak g satay hunting gituh...aritu g satay station bdr tasik permaisuri x sedap sungguh.. ...

tq juga. boleh la nak cuba resto bisik2 pula weekend ni.  
satey station banyak review tak elok. berat hati nak cuba.    
Quote melekaifc 21-7-2016 11:36 AM
bagi saya sate sedap area Kajang dekat gerai satay king sg kantan

masa berniaga 5pm smpi malam
lokasi: 3.002273,101.789314
Kampung Sungai Kantan, 43000 Kajang, Selangor  
Quote Usa.Gi 21-7-2016 10:11 PM
MissVixen replied at 21-7-2016 10:53 AM
Satay Carjunk

MAKLUMAT LOKASI

Untuk satay kambing dia charge brapa ya?
Quote MissVixen 21-7-2016 10:43 PM
Usa.Gi replied at 21-7-2016 10:11 PM
Untuk satay kambing dia charge brapa ya?

rm 1 kalau tak silap.
Quote Usa.Gi 22-7-2016 08:20 AM
MissVixen replied at 21-7-2016 10:43 PM
rm 1 kalau tak silap.

Murahnya. Ada masa nnti nak g lah. Thank u @MissVixen

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.268176 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top