|
KUALA LUMPUR - Satu peratus daripada keseluruhan 28.3 juta penduduk Malaysia menghadapi penyakit mental manakala 20 peratus lagi menghadapi masalah kesihatan mental seperti murung, tekanan dan keresahan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya. Menyedari tidak mudah untuk mengenal pasti masalah emosi dan tekanan mental seseorang, Kementerian Kesihatan menyediakan kemudahan saringan bagi mengenal pasti penyakit dan tekanan emosi individu. Ini dilakukan di 806 buah klinik kesihatan, 40 buah hospital dan empat hospital mental di seluruh negara, katanya. "Terdapat 224 pakar psikiatri dan 100 pakar psikiatri klinikal di seluruh negara,” kata Dr Hilmi ketika menjawab soalan tambahan Senator S.Bagiam Ayem Perumal pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini. Kepada soalan asal Bagiam yang bertanyakan langkah Kementerian Kesihatan untuk memberi kesedaran mengenai masalah stres kepada rakyat, beliau berkata ia termasuk mewujudkan satu portal mengenai perkara itu dan mempertingkat program dan latihan kemahiran menangani stres dalam kalangan komuniti.
|
albedah posted on 23-7-2013 11:25 PM
Tapiiiiiii!!!
1 peratus tu ialah 283,000 orang yang sakit mental. Kau ingat tu sikit? Kalau sikit ...


albedah posted on 23-7-2013 11:25 PM
Tapiiiiiii!!!
1 peratus tu ialah 283,000 orang yang sakit mental. Kau ingat tu sikit? Kalau sikit ...


Last edited by Bedah.Cun on 23-7-2013 04:32 AM albedah posted on 23-7-2013 11:25 PM
Tapiiiiiii!!!
1 peratus tu ialah 283,000 orang yang sakit mental. Kau ingat tu sikit? Kalau sikit ...

laxmanall posted on 24-7-2013 12:22 AM
adakah termasuk kategori2 gila kuasa, gila judi, gila perempuan/lelaki, gila arak dsb.

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-3-2026 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.095877 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.