KUALA LUMPUR - Satu peratus daripada keseluruhan 28.3 juta penduduk Malaysia menghadapi penyakit mental manakala 20 peratus lagi menghadapi masalah kesihatan mental seperti murung, tekanan dan keresahan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.
Menyedari tidak mudah untuk mengenal pasti masalah emosi dan tekanan mental seseorang, Kementerian Kesihatan menyediakan kemudahan saringan bagi mengenal pasti penyakit dan tekanan emosi individu.
Ini dilakukan di 806 buah klinik kesihatan, 40 buah hospital dan empat hospital mental di seluruh negara, katanya.
"Terdapat 224 pakar psikiatri dan 100 pakar psikiatri klinikal di seluruh negara,” kata Dr Hilmi ketika menjawab soalan tambahan Senator S.Bagiam Ayem Perumal pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.
Kepada soalan asal Bagiam yang bertanyakan langkah Kementerian Kesihatan untuk memberi kesedaran mengenai masalah stres kepada rakyat, beliau berkata ia termasuk mewujudkan satu portal mengenai perkara itu dan mempertingkat program dan latihan kemahiran menangani stres dalam kalangan komuniti. - Bernama
1 peratus tu ialah 283,000 orang yang sakit mental. Kau ingat tu sikit? Kalau sikit, apa kata kalau terbunuh semua 1 peratus itu sebab tsunami kat Malaysia, angka itu sikit ke banyak?
Yang mereng sebab terlebih Islam daripada malaikat Jibril pun banyak, ade yang mengaku jadi imam Mahdi la, tuhan Harun, rasul Melayu dan macam2 lagi la. Yang Bedah tau, orang asli macam kitorang, kalau yang animis mane caya rasul2 ni sume. Kau ngaku jadi beruang madu atau nabi Isa pun kitorang tak heran melainkan kalau orang asli tu dah dapat angin Melayu celup tapi Bedah setakat masuk Islam ni nasib baik la tak terpengaruh Last edited by Bedah.Cun on 23-7-2013 04:32 AM
albedah posted on 23-7-2013 11:25 PM
Tapiiiiiii!!!
1 peratus tu ialah 283,000 orang yang sakit mental. Kau ingat tu sikit? Kalau sikit ...
Bg aku tu angka yg membahayakan, itu yg kira confirmed, yg belum confirm entahkah dah masuk jota. Actually yg suka belasah bini dan sedara mara ni pun boleh juga nak masukkan dlm kategory mental. Biasalah lelaki mana nak ngaku..Ego!