CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sultan Ahmad Shah muak layan kritikan negatif

23-7-2013 09:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4843| Komen: 44

Description: PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah seakan sudah muak melayan kritikan negatif terhadap skuad Harimau Malaya terutama membabitkan kedudukan mereka dalam ranking dunia.
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah seakan sudah muak melayan kritikan negatif terhadap skuad Harimau Malaya terutama membabitkan kedudukan mereka dalam ranking dunia.

Menurut baginda, FAM sudah lali dengan pandangan-pandangan negatif itu, justeru baginda berharap Harimau Malaya menjadikan kritikan tersebut sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

Baginda juga bertitah bahawa beliau tidak pernah berputus asa dalam usaha menaikkan ranking negara bagaimanapun semua pihak yang berkepentingan dalam bola sepak negara perlu melipatgandakan usaha bagi memastikan ranking skuad Harimau Malaya tidak mengalami kemerosotan mendadak.

"Soal ranking, saya tahu ramai kecewa, marah dan berikan pelbagai komen. Namun, kita tidak boleh cepat berputus asa dalam usaha menaikkan ranking.

"Janganlah disebabkan ranking kita tidak begitu membanggakan, kita hendak berputus asa, sebaliknya kita perlulah berusaha keras.

"Saya sentiasa berpandangan positif pandangan segelintir pihak mengenai pasukan kita tetapi kita akan terus berjuang teguh di belakang pasukan kebangsaan," kata  baginda pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa FAM bersama media di Hotel Hilton, Petaling Jaya, malam tadi.

Dalam laporan media tempatan semalam, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata ranking bola sepak dunia memainkan peranan penting bagi sesebuah pasukan kerana ia menjadi penanda aras terhadap kekuatan pasukan berkenaan.

Menteri itu turut menggesa FAM mencari pendekatan seimbang untuk memperbaiki ranking skuad Harimau Malaya termasuk memperbanyakkan perlawanan berstatus 'A' selain mengurangkan perlawanan persahabatan dengan pasukan kelab yang dilihat tidak begitu membantu menaikkan ranking skuad Harimau Malaya.

Mengulas lanjut, baginda memberitahu semua pihak bebas memberikan sebarang pendapat tanpa sebarang halangan.

"Saya tidak pernah melarang mana-mana individu untuk bersuara...Walaupun kadang-kala saya agak terasa, tetapi itu hak mereka. Apa pun, saya akan terus bertanggungjawab dan bekerja keras demi kebaikan bola sepak negara," jelasnya.

Berdasarkan ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) awal bulan ini, skuad Harimau Malaya kekal di tangga ke-159, sama seperti kedudukan bulan lalu.

Sebagai rekod, pada Januari 2013, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-158, Februari (159) Mac (164), April (163) dan Mei (161).

10

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
12

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gogo2 23-7-2013 08:38 AM
Kalau sudah muak, patutnya jawatan presiden diberi kepada mereka yg belum muak kan?
Quote the_killer 23-7-2013 08:39 AM
gogo2 posted on 23-7-2013 08:38 AM
Kalau sudah muak, patutnya jawatan presiden diberi kepada mereka yg belum muak kan?

kritik FAM ibarat kritik bayangan tuhan
Quote gogo2 23-7-2013 08:41 AM
the_killer posted on 23-7-2013 08:39 AM
kritik FAM ibarat kritik bayangan tuhan

kena jaga2... nanti SEMUT repot kat polis
Quote c===8 23-7-2013 08:41 AM
rakyat pun sudah muak sama pengurusan fam
Quote dino 23-7-2013 08:41 AM
dah muak tu blah la....
Quote DeMax 23-7-2013 08:46 AM
Bagi peluang DSAI jadi pengerusi FAM pulo
Quote lipans 23-7-2013 08:59 AM
muak tapi tak buat papepun....
Quote singajantan 23-7-2013 09:02 AM
muak dengan pengurusan FAM yang tak reti nak step down

anak beranak nak kongker hoki dgn bola ... cukup laa tuh
Quote snipersnake 23-7-2013 09:02 AM
kami pon sudah muak tgk algojo kat tmpt vvip fam
Quote Cakkkk....aaaa 23-7-2013 09:06 AM
kenapa pulak bila di sebut pasal ranking dikait dengan berputus asa?

umpama tegur anak dapat markah rendah, no corot...  

yg tak tegur langsung tu lah yg berputus asa tuanku oiii...
Quote razzmat 23-7-2013 09:18 AM
dah muak , tak lama lagi lah tu
Quote RVP20 23-7-2013 09:21 AM
Kami peminat pun muak dgn FAM
Quote kenarikelabu 23-7-2013 09:28 AM
blah lah...bayangan tohan konon....podahhhh!!!
Quote blackred99 23-7-2013 09:33 AM
aku nak komen gak, tapi takut kena tindakan, so ini jela komen aku.
Quote md.jie 23-7-2013 10:05 AM
FAM la ponca bolasepak negara pada tahap sekarang
Quote pakwetizzaqyah 23-7-2013 10:11 AM
aku pun muak dengan orang2 yg tk leh terima kritikan dan idea bernas forumer2 CARI ney..ni la masalahnya kalau nk tunjok hero selalu dan mengaku diri pandai..teros maki hamun orng bodo.. kah kah kah
Quote maxim 23-7-2013 10:12 AM
aku tgk muka die pn dah muak..
Quote mitnick 23-7-2013 11:22 AM
ape2 lah FAM... xkan xsdr lagi masuk stadium pon org bising kutuk...
Quote kazaraf 23-7-2013 11:24 AM
org pun muak kalau presiden fam ckp psl bola. hehe masing2 muak la ni

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.786076 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top