View: 4085|Reply: 44
|
[Tempatan]
Sultan Ahmad Shah muak layan kritikan negatif
[Copy link]
|
|
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah seakan sudah muak melayan kritikan negatif terhadap skuad Harimau Malaya terutama membabitkan kedudukan mereka dalam ranking dunia.
Menurut baginda, FAM sudah lali dengan pandangan-pandangan negatif itu, justeru baginda berharap Harimau Malaya menjadikan kritikan tersebut sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya pada masa akan datang.
Baginda juga bertitah bahawa beliau tidak pernah berputus asa dalam usaha menaikkan ranking negara bagaimanapun semua pihak yang berkepentingan dalam bola sepak negara perlu melipatgandakan usaha bagi memastikan ranking skuad Harimau Malaya tidak mengalami kemerosotan mendadak.
"Soal ranking, saya tahu ramai kecewa, marah dan berikan pelbagai komen. Namun, kita tidak boleh cepat berputus asa dalam usaha menaikkan ranking.
"Janganlah disebabkan ranking kita tidak begitu membanggakan, kita hendak berputus asa, sebaliknya kita perlulah berusaha keras.
"Saya sentiasa berpandangan positif pandangan segelintir pihak mengenai pasukan kita tetapi kita akan terus berjuang teguh di belakang pasukan kebangsaan," kata baginda pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa FAM bersama media di Hotel Hilton, Petaling Jaya, malam tadi.
Dalam laporan media tempatan semalam, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata ranking bola sepak dunia memainkan peranan penting bagi sesebuah pasukan kerana ia menjadi penanda aras terhadap kekuatan pasukan berkenaan.
Menteri itu turut menggesa FAM mencari pendekatan seimbang untuk memperbaiki ranking skuad Harimau Malaya termasuk memperbanyakkan perlawanan berstatus 'A' selain mengurangkan perlawanan persahabatan dengan pasukan kelab yang dilihat tidak begitu membantu menaikkan ranking skuad Harimau Malaya.
Mengulas lanjut, baginda memberitahu semua pihak bebas memberikan sebarang pendapat tanpa sebarang halangan.
"Saya tidak pernah melarang mana-mana individu untuk bersuara...Walaupun kadang-kala saya agak terasa, tetapi itu hak mereka. Apa pun, saya akan terus bertanggungjawab dan bekerja keras demi kebaikan bola sepak negara," jelasnya.
Berdasarkan ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) awal bulan ini, skuad Harimau Malaya kekal di tangga ke-159, sama seperti kedudukan bulan lalu.
Sebagai rekod, pada Januari 2013, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-158, Februari (159) Mac (164), April (163) dan Mei (161).
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sudah muak, patutnya jawatan presiden diberi kepada mereka yg belum muak kan? |
|
|
|
|
|
|
|
the_killer posted on 23-7-2013 08:39 AM
kritik FAM ibarat kritik bayangan tuhan
kena jaga2... nanti SEMUT repot kat polis |
|
|
|
|
|
|
|
rakyat pun sudah muak sama pengurusan fam |
|
|
|
|
|
|
|
dah muak tu blah la.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi peluang DSAI jadi pengerusi FAM pulo |
|
|
|
|
|
|
|
muak tapi tak buat papepun.... |
|
|
|
|
|
|
|
muak dengan pengurusan FAM yang tak reti nak step down
anak beranak nak kongker hoki dgn bola ... cukup laa tuh |
|
|
|
|
|
|
|
kami pon sudah muak tgk algojo kat tmpt vvip fam |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa pulak bila di sebut pasal ranking dikait dengan berputus asa?
umpama tegur anak dapat markah rendah, no corot...
yg tak tegur langsung tu lah yg berputus asa tuanku oiii... |
|
|
|
|
|
|
|
dah muak , tak lama lagi lah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kami peminat pun muak dgn FAM |
|
|
|
|
|
|
|
blah lah...bayangan tohan konon....podahhhh!!! |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak komen gak, tapi takut kena tindakan, so ini jela komen aku. |
|
|
|
|
|
|
|
FAM la ponca bolasepak negara pada tahap sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun muak dengan orang2 yg tk leh terima kritikan dan idea bernas forumer2 CARI ney..ni la masalahnya kalau nk tunjok hero selalu dan mengaku diri pandai..teros maki hamun orng bodo.. kah kah kah
|
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk muka die pn dah muak.. |
|
|
|
|
|
|
|
ape2 lah FAM... xkan xsdr lagi masuk stadium pon org bising kutuk... |
|
|
|
|
|
|
|
org pun muak kalau presiden fam ckp psl bola. hehe masing2 muak la ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|