CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gazetkan juga ROKOK itu HARAM !

22-7-2013 11:15 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4686| Komen: 30

Description: KUALA LUMPUR - Kerajaan sepatutnya turut mengazetkan rokok sebagai haram kerana kandungannya turut berbahaya seperti shisha, kata Setiausaha Agong Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma ...
21 Julai 2013                    



KUALA LUMPUR - Kerajaan sepatutnya turut mengazetkan rokok sebagai haram kerana kandungannya turut berbahaya seperti shisha, kata Setiausaha Agong Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman.
        
Beliau berkata, rokok mempunyai lebih 4000 bahan kimia yang mana 40 daripadanya adalah penyebab kanser.
        
“Sememangnya ramai mengetahui bahawa rokok penyebab banyak penyakit termasuk mati pucuk. Semestinya juga rokok diharamkan kerana mendatangkan mudarat yang jelas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
        
Menurut Maamor,  muzakarah pada tahun 1995 sudah mengharamkan rokok, bagaimanapun tidak mendapat sambutan daripada negeri-negeri apabila tidak digazetkan.
        
“Keputusan itu perlu digazetkan bagi memudahkan tindakan diambil,” katanya.
        
Beliau berkata, masyarakat jangan cepat buruk sangka kerana segala keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan setelah mengambil kira banyak aspek.
        
“Bukan senang untuk buat keputusan, aspek kesihatan, perubatan, kajian ekonomi dan sosial dilakukan di samping sejajar dengan panduan al-Sunnah.
        
“Justeru, mereka perlu berazam untuk berhenti merokok kerana bukan sahaja membahayakan diri tetapi orang sekeliling dan juga alam sekitar,” katanya.
        
Jawatankuasa Fatwa Perlis pada 28 Jun lalu mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok.
        
Sebelum ini, kerajaan Melaka jadi negeri pertama mengharamkan aktiviti tersebut pada 2009.
      
Selain menghisap shisha, muzakarah yang bersidang pada Rabu lalu, turut melarang umat Islam daripada menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti berkaitan shisha.

3

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 21-7-2013 11:09 AM

rokok bayar cukai,,sisha tak..mane leh haram rokok!
Quote shahx 21-7-2013 11:27 AM
rokok adalah sumber pendapatan negara...
Quote tongkatwaran75 21-7-2013 11:39 AM
shahx posted on 21-7-2013 11:27 AM
rokok adalah sumber pendapatan negara...

...juga bebanan negara...

rakyat tak sihat, kos perubatan tinggi...

Quote brownstone 21-7-2013 11:51 AM
Gaji mufti pon dtg dr sumber2 yg kurang jelas kesuciannya...
Quote penyo 21-7-2013 11:53 AM
vapor haram tak?
Quote misshero 21-7-2013 12:10 PM
dah tahu rokok membahayakan kesihatan, masih ramai gak yang dok hisap rokok.....menyusahkan orang sekeliling jugak yang tak sengaja tersedut asap jahanam rokok tu.....
Quote md.jie 21-7-2013 12:15 PM
isap paip dan rokok dahun tak glamor ka
Quote True-X 21-7-2013 12:28 PM
aku pon pelik nape rokok x haram kan skali..
Quote ifanonline 21-7-2013 12:55 PM
mufti dan ulamak ramai hisap rokok...sebab tu takleh haram kan..
Quote kakikuDibibirmu 21-7-2013 01:00 PM
ifanonline posted on 21-7-2013 12:55 PM
mufti dan ulamak ramai hisap rokok...sebab tu takleh haram kan..

samalah macam kes tapai, disebabkan ularmak yang bermuzakarah tu pelahap tapai, tapai jadi special case, satu-satunya makanan haram yang terpaksa dihalalkan



http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/alkohol-menurut-pandangan-islam
Quote tobby 21-7-2013 01:04 PM
TuntungReturn posted on 21-7-2013 11:09 AM
rokok bayar cukai,,sisha tak..mane leh haram rokok!

biasa la tu. mana2 kerajaan di dunia pun, government logic as below



Quote tobby 21-7-2013 01:06 PM
tongkatwaran75 posted on 21-7-2013 11:39 AM
...juga bebanan negara...

rakyat tak sihat, kos perubatan tinggi...

sepatutnya buat pengharaman secara menyeluruh. dah tau rokok ni memang takda pekdah & berbahaya. buruk benor roper perokok ni merokok.
Quote pakwetizzaqyah 21-7-2013 01:10 PM
rokok ni adalah budaya..tak merokok tak budaya
Quote Anak_Nogori 21-7-2013 01:24 PM
Kelantan dah gajetkan belum pengharaman rokok oleh majlis fatwa tu?.
Quote Dzulqarnain 21-7-2013 01:49 PM
Minyak pn x bole haram, sbb sgt3 menguntungkan negara.
- yg merugikan tu haram x untung katanya
Quote mikasa 21-7-2013 01:51 PM
shahx posted on 21-7-2013 11:27 AM
rokok adalah sumber pendapatan negara...

so...kuatkuasa undang2 kawasan merokok..denda rm5k kalau merokok...dapat tangkap sehari 100 orang cukup laa..setahun dah berapa?

setakat letak signboard je pastu siap merokok bawah signboard buat apa. buang duit bagi projek kat kontraktor tu je

Quote melati_kesuma 21-7-2013 01:52 PM
X leh wat...nanti abis income negara
Quote Dzulqarnain 21-7-2013 01:55 PM
Bila yg jaga agama bias kpd majikannya...
Quote hyie 21-7-2013 02:12 PM
Menteri & rakyat yang merokok 2x5 bimbo

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.185826 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top