View: 3223|Reply: 30
|
[Tempatan]
{5} Takkan Shisha je...Gazetkan juga ROKOK itu HARAM !
[Copy link]
|
|
21 Julai 2013
KUALA LUMPUR - Kerajaan sepatutnya turut mengazetkan rokok sebagai haram kerana kandungannya turut berbahaya seperti shisha, kata Setiausaha Agong Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman.
Beliau berkata, rokok mempunyai lebih 4000 bahan kimia yang mana 40 daripadanya adalah penyebab kanser.
“Sememangnya ramai mengetahui bahawa rokok penyebab banyak penyakit termasuk mati pucuk. Semestinya juga rokok diharamkan kerana mendatangkan mudarat yang jelas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut Maamor, muzakarah pada tahun 1995 sudah mengharamkan rokok, bagaimanapun tidak mendapat sambutan daripada negeri-negeri apabila tidak digazetkan.
“Keputusan itu perlu digazetkan bagi memudahkan tindakan diambil,” katanya.
Beliau berkata, masyarakat jangan cepat buruk sangka kerana segala keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan setelah mengambil kira banyak aspek.
“Bukan senang untuk buat keputusan, aspek kesihatan, perubatan, kajian ekonomi dan sosial dilakukan di samping sejajar dengan panduan al-Sunnah.
“Justeru, mereka perlu berazam untuk berhenti merokok kerana bukan sahaja membahayakan diri tetapi orang sekeliling dan juga alam sekitar,” katanya.
Jawatankuasa Fatwa Perlis pada 28 Jun lalu mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok.
Sebelum ini, kerajaan Melaka jadi negeri pertama mengharamkan aktiviti tersebut pada 2009.
Selain menghisap shisha, muzakarah yang bersidang pada Rabu lalu, turut melarang umat Islam daripada menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti berkaitan shisha.
p/s like...
Last edited by tongkatwaran75 on 21-7-2013 11:09 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
rokok bayar cukai,,sisha tak..mane leh haram rokok! |
|
|
|
|
|
|
|
rokok adalah sumber pendapatan negara... |
|
|
|
|
|
|
|
shahx posted on 21-7-2013 11:27 AM
rokok adalah sumber pendapatan negara...
...juga bebanan negara...
rakyat tak sihat, kos perubatan tinggi...
|
|
|
|
|
|
|
|
Gaji mufti pon dtg dr sumber2 yg kurang jelas kesuciannya... |
|
|
|
|
|
|
|
vapor haram tak? |
|
|
|
|
|
|
|
dah tahu rokok membahayakan kesihatan, masih ramai gak yang dok hisap rokok.....menyusahkan orang sekeliling jugak yang tak sengaja tersedut asap jahanam rokok tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
isap paip dan rokok dahun tak glamor ka |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon pelik nape rokok x haram kan skali.. |
|
|
|
|
|
|
|
mufti dan ulamak ramai hisap rokok...sebab tu takleh haram kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
TuntungReturn posted on 21-7-2013 11:09 AM
rokok bayar cukai,,sisha tak..mane leh haram rokok!
biasa la tu. mana2 kerajaan di dunia pun, government logic as below
|
|
|
|
|
|
|
|
tongkatwaran75 posted on 21-7-2013 11:39 AM
...juga bebanan negara...
rakyat tak sihat, kos perubatan tinggi...
sepatutnya buat pengharaman secara menyeluruh. dah tau rokok ni memang takda pekdah & berbahaya. buruk benor roper perokok ni merokok. |
|
|
|
|
|
|
|
rokok ni adalah budaya..tak merokok tak budaya
|
|
|
|
|
|
|
|
Kelantan dah gajetkan belum pengharaman rokok oleh majlis fatwa tu?. |
|
|
|
|
|
|
|
Minyak pn x bole haram, sbb sgt3 menguntungkan negara.
- yg merugikan tu haram x untung katanya |
|
|
|
|
|
|
|
shahx posted on 21-7-2013 11:27 AM
rokok adalah sumber pendapatan negara...
so...kuatkuasa undang2 kawasan merokok..denda rm5k kalau merokok...dapat tangkap sehari 100 orang cukup laa..setahun dah berapa?
setakat letak signboard je pastu siap merokok bawah signboard buat apa. buang duit bagi projek kat kontraktor tu je
|
|
|
|
|
|
|
|
X leh wat...nanti abis income negara |
|
|
|
|
|
|
|
Bila yg jaga agama bias kpd majikannya... |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri & rakyat yang merokok 2x5 bimbo |
|
|
|
|
|
|
| |
|