CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

QARI JUNIOR [HAYATI BACAAN AL-QURAN SI KECIL]

19-7-2013 10:04 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5975| Komen: 3

Description: SEMPENA menghayati bulan Ramadan yang istimewa ini, Qari Junior: Evolusi Huffaz kembali untuk musim kedua. Program 30 minit yang berlangsung setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.30 petang di TV3 ini, ...


SEMPENA menghayati bulan Ramadan yang istimewa ini, Qari Junior: Evolusi Huffaz kembali untuk musim kedua.

Program 30 minit yang berlangsung setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.30 petang di TV3 ini, menampilkan finalis Da’i, Mohammad Tajdid Hadhari Romli sebagai pengacara.

Bertujuan untuk mencungkil dan mengembangkan bakat kemahiran kanak-kanak dari usia 7 hingga 12 tahun dalam menghafaz ayat suci al-Quran, program 19 episod ini, turut mengajak penonton mendekatkan diri dengan al-Quran.

Menurut Penerbitnya, Shukri Haji Ibrahim, kejayaan musim lalu memberi peluang kepada pihak produksi kembali dengan musim baru.

"Konsep dan pengisian lama masih dipraktikkan untuk musim ini dan segala kekurangan pada musim lepas akan diperbaiki pada tahun ini. Malah  peserta diberi pendedahan baru dengan mengikuti kelas tajwid selama lima hari sebelum bertanding.

“Selain dapat memberi peluang kepada peserta untuk menjadi Qari yang terunggul, kami yakin bakat yang ditonjolkan oleh peserta dan konsep program yang dibawa menerusi Qari Junior Evolusi Huffaz mampu melahirkan generasi baru sebagai pelapis Qari kelak”, kata Shukri.  

Qari Junior Evolusi Huffaz menyaksikan persaingan antara peserta Muhammad Amnan Muhammad Sani (10 Tahun), Muhammad Danish Iman Mohamad Azizi (11 Tahun), Mohd Aribfuddin Mohd Ali Ridza (11 Tahun), Nadiyya Muhammad Lukman (12 Tahun), Muhammad Hafiz Muhammad Lukman (10 Tahun), Mohd Yusof Johari (12 Tahun), Saiful Hadi Baharin (11 Tahun), Durrani Afiqah Kamarazaman (10 Tahun), Tuan Muaz Uzair Tuan Mazlan (7 Tahun) dan Nasrin Afrina Nizam Amiza (12 Tahun).

Kesemua peserta akan dinilai juri yang berpengetahuan luas dalam bidang keagamaan iaitu Ustaz Mohd Nazri Abdullah dan Ustazah Hajah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman.

Juara akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM10,000 berserta trofi, sijil dan baucar penginapan di Sibu Island Resort Johor selama tiga hari dua malam.

3

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eddlisa_uyuk 19-7-2013 01:41 AM
sejuk hati mak ayah tgk anak2 lancar baca al-quran...apatah lagi hafal al-quran

Quote setia00 19-7-2013 03:22 PM
anak setia suka tengok rancangan ni..
kalau tengok depan tv tu tak bergerak2..
kalau iklan je dia bergerak..hehe
Quote bianglala 20-7-2013 07:22 AM
best! sayangnya clash dengan rancangan Syahadah TV1.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.085905 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top