CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Lisa Surihani Berjaya Ubah Gaya Hidup Yusry

18-7-2013 10:24 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 30004| Komen: 183

Description: PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani berjaya mengubah gaya hidup dan menguruskan masa suaminya iaitu pengarah filem dan penyanyi Yusry Abdul Halim setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.
PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani berjaya mengubah gaya hidup dan menguruskan masa suaminya iaitu pengarah filem dan penyanyi Yusry Abdul Halim setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.

Lisa, 27, berkata, dia berjaya mengubah cara hidup suaminya itu agar menjadi lebih baik dan terurus.

"Setakat ini Alhamdulillahlah, kebanyakannya dia mengikut masa dan cara saya. Macam pada bulan puasa, kalau dulu dia tidak bangun sahur kerana dia lebih suka bersahur sebelum tidur.



"Tapi sekarang dia perlu ikut cara saya dengan tidur awal dan bangun untuk bersahur, kerana bagi saya masa berpuasa lebih panjang apabila bersahur," katanya ketika ditemui pada sidang media Madagascar 3:Europe's Most Wanted versi Bahasa Malaysia di sini, Selasa.

Tambah Lisa, dia juga kini menjaga dan menguruskan jadual harian Yusry bagi memudahkannya merancang aktiviti terluang.

"Kalau dulu kami letak jadual masing-masing pada papan tulis di rumah, tapi bila di luar masing-masing lupa, jadi saya ada aplikasi di telefon yang boleh isi jadual dia dan saya sekali.

"Sejak itu saya terus uruskan jadual kerja dia," katanya.



Bukan itu sahaja, tambah Lisa, suaminya juga sudah boleh menerima makanan pedas.

"Kalau dulu dia memang tidak boleh makan makanan yang pedas tapi sekarang dia sudah boleh terima. Dia paling suka kalau saya masak ayam pedas," katanya.

Bercerita pengalaman berpuasa sebelum ini Lisa berkata, dia pernah mengalami sakit perut akibat terlalu banyak makan cili.

"Dua tahun lepas saya mengalami sakit perut yang teruk kerana saya makan cili setiap kali berbuka puasa.

"Saya suka makan cili dengan menggigit sedikit-sedikit cili tersebut sehingga habis tapi selepas sakit perut saya berhenti daripada makan cili seperti itu.

"Namun tabiat makan makanan pedas memang tidak boleh dielakkan. Kalau tidak saya tidak akan berselera," katanya.


4

Bagus
9

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
9

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 18-7-2013 12:36 AM
bosan2 je cite ko lisa..jadik badak air lah..gigit2 cililah
Quote mesmerize 18-7-2013 12:38 AM
kita sama la lisa surirumah.. ai pun kalau takde cili padi tak selera
Quote Leonarzi 18-7-2013 12:39 AM
Tu je ker yg nk dibagitahu????? !!! Bosan nye citer lisa kayuhani ni...
Quote cmf_blingblings 18-7-2013 12:39 AM
emmmm, selain dari cerita dia pregnant yg lain-lain cerita tu macam angin yg bertiup jah...Semoga ada rezeki tak lama lagi.
Quote Leonarzi 18-7-2013 12:41 AM
Lepas ni retis mana pulak nk bagitau kat press berita sgt menarik yakni dia dan suami bangun sahur dan suka mkn pedas??
Quote azilamie2 18-7-2013 01:16 AM
syukurla memang isteri kena menguruskan suami
Quote RatuDunia94 18-7-2013 02:03 AM
kerana bagi saya masa berpuasa lebih panjang apabila bersahur
Pencerahan plisss!

Quote myariesa 18-7-2013 02:29 AM
bila citer ko nak ngandung anak yusry akan kuar lak
Quote dahliateck 18-7-2013 02:34 AM
dia nak bgtau yg yusry tu everything dia yg control, dia yg tentukan, aka QC, tu jer ekceli

cam yusry tu segalanya ikut cakap dia la, choynyer
Quote AniSani 18-7-2013 03:00 AM
alhamdullilah bahagia suami isteri
Quote ariellin 18-7-2013 07:16 AM
Lisa ni pakai apapun ttp nmpak selekeh
Bonus muka dia lawo...klu idok
Quote alieyrina 18-7-2013 08:01 AM
Sejak baca dia sombong kat insta aku x minat lah dia ni..bukan la seblum ni aku minat sgt kat dia..tp suka tgk dia ja cmtu..comeyy  
Quote chekshu 18-7-2013 08:03 AM
cerita bosan - sebosan lakonan sheols jua....
Quote sejuk 18-7-2013 08:20 AM
bosannya topik ni...
Quote pet_ayut 18-7-2013 08:29 AM
Ape ini berita...muntah baca

Lisa suka tunjuk cam.."aku ada yusry..ko hado?"
Quote mea 18-7-2013 08:31 AM
dulu kini dan selamanya tak penah minat...maaf...
Quote fida75 18-7-2013 08:31 AM
sombong ke minah nie??

kan dia retis yg plng ramai followers dlm fb... plastik sungguh klu g2...
Quote tomet05 18-7-2013 08:45 AM
gigit cili sangat sedap ke ?
Quote azie.dz 18-7-2013 08:49 AM
maxim posted on 18-7-2013 12:36 AM
bosan2 je cite ko lisa..jadik badak air lah..gigit2 cililah

kannnnnnnnnnnnnnn...merge je la cita si badak air ni...eh i mean cita si lisa surirumah jd badak air tuh

Lihat semua komen(183)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.274302 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top