Pemandu lori yang ditahan oleh pihak penguatkuasa Jaij setelah merokok di khayalak awam.
BATU PAHAT – Seorang pemandu lori memberi alasan tidak larat untuk berpuasa selepas ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) daerah Batu Pahat kerana merokok di khalayak ramai.
“Maaf tuan, saya mengaku tak puasa. Saya bawa lori, saya tak larat sebab itulah saya tidak berpuasa hari ini (semalam),” kata pemandu berkenaan yang ditahan Jaij dalam Operasi Mengesan Kaki Ponteng Puasa semalam. Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, operasi yang dilakukan itu menumpukan kawasan perindustrian dan kilang di daerah ini. Turut diberi tumpuan adalah pemandu lori yang memberhentikan kenderaan di bahu jalan di mana segelintirnya memberi alasan untuk berehat, tetapi sebaliknya menikmati juadah yang mereka beli di siang hari.
“Dalam operasi kali ini, pemandu lori berkenaan dengan tanpa segan silu merokok di khalayak awam sambil membersihkan bahagian hadapan kenderaan yang dipandunya. “Kami memerhatikan sahaja pemadu lori berkenaan dari jauh sebelum menyerbunya. Dia agak terkejut dengan kehadiran kami kerana tidak menyedari gerak-gerinya diperhatikan. “Sebaik ditahan, pemandu berkenaan memberikan pelbagai alasan termasuklah terlalu letih dan memandu dengan jarak yang agak jauh dari Johor Bahru,” katanya kepada Sinar Harian semalam Menurut Saiful, operasi berkenaan akan dilakukan secara berterusan dengan menumpukan beberapa lagi kawasan industri selain membuat pemantauan di beberapa kawasan di mana orang ramai membuat aduan sebagai ‘port’ ponteng puasa. Katanya, tidak ketinggalan beberapa restoran dan juga kedai makan yang didakwa sebagai tempat untuk mereka yang tidak berpuasa melepaskan hajat mereka itu. “Bagi mereka yang ditahan kerana tidak berpuasa, mereka akan disiasat di bawah Seksyen 15 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor. “Jika didapati bersalah, mereka yang ditahan ini akan dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM1,000 dan juga boleh dikenakan penjara tidak melebihi enam bulan,” katanya
|
10
Bagus |
5
Marah |
1
Terkejut |
8
Sedih |
8
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
denda tidak melebihi RM1,000 dan juga boleh dikenakan penjara tidak melebihi enam bulan,
azharuchan posted on 18-7-2013 08:45 AM
oh, kalo kene tangkap tak pose pon boleh kene penjara rupanya..ingt ke setakat kene kaunseling j ...
ADVERTISEMENT