CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11967|Reply: 119

[Tempatan] ‘Saya mengaku tak puasa’

[Copy link]
Post time 18-7-2013 08:29 AM | Show all posts |Read mode

Pemandu lori yang ditahan oleh pihak penguatkuasa Jaij setelah merokok di khayalak awam.



BATU PAHAT – Seorang pemandu lori memberi alasan tidak larat untuk berpuasa selepas ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) daerah Batu Pahat kerana merokok di khalayak ramai.

“Maaf tuan, saya mengaku tak puasa. Saya bawa lori, saya tak larat sebab itulah saya tidak berpuasa hari ini (semalam),” kata pemandu berkenaan yang ditahan Jaij dalam Operasi Mengesan Kaki Ponteng Puasa semalam.

Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, operasi yang dilakukan itu menumpukan kawasan perindustrian dan kilang di daerah ini.

Turut diberi tumpuan adalah pemandu lori yang memberhentikan kenderaan di bahu jalan di mana segelintirnya memberi alasan untuk berehat, tetapi sebaliknya menikmati juadah yang mereka beli di siang hari.

“Dalam operasi kali ini, pemandu lori berkenaan dengan tanpa segan silu merokok di khalayak awam sambil membersihkan bahagian hadapan kenderaan yang dipandunya.

“Kami memerhatikan sahaja pemadu lori berkenaan dari jauh sebelum menyerbunya. Dia agak terkejut dengan kehadiran kami kerana tidak menyedari gerak-gerinya diperhatikan.

“Sebaik ditahan, pemandu berkenaan memberikan pelbagai alasan termasuklah terlalu letih dan memandu dengan jarak yang agak jauh dari Johor Bahru,” katanya kepada Sinar Harian semalam

Menurut Saiful, operasi berkenaan akan dilakukan secara berterusan dengan menumpukan beberapa lagi kawasan industri selain membuat pemantauan di beberapa kawasan di mana orang ramai membuat aduan sebagai ‘port’ ponteng puasa.

Katanya, tidak ketinggalan beberapa restoran dan juga kedai makan yang didakwa sebagai tempat untuk mereka yang tidak berpuasa melepaskan hajat mereka itu.

“Bagi mereka yang ditahan kerana tidak berpuasa, mereka akan disiasat di bawah Seksyen 15 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor.

“Jika didapati bersalah, mereka yang ditahan ini akan dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM1,000 dan juga boleh dikenakan penjara tidak melebihi enam bulan,” katanya


Last edited by the_killer on 18-7-2013 12:25 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2013 08:37 AM | Show all posts
dah ler tak puasa, menunjuk2 plak tue......saman jerk....bagi iktibar buat mereka yang liat......
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 08:45 AM | Show all posts
denda tidak melebihi RM1,000 dan juga boleh dikenakan penjara tidak melebihi enam bulan,


oh, kalo kene tangkap tak pose pon boleh kene penjara rupanya..ingt ke setakat kene kaunseling je..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 08:46 AM | Show all posts
let say.. mmg betul die  kene drive jauh dari JB pi KL...  which is lebih dua marhalah....

ada hak jugak ke depa nak ambush?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
azharuchan posted on 18-7-2013 08:45 AM
oh, kalo kene tangkap tak pose pon boleh kene penjara rupanya..ingt ke setakat kene kaunseling j ...

johor kes khalwat, tak posa semua ni berat sikit....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada....
Klu dia mkn khalayak ramai.....
Mkn je la dlm lori.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2013 08:51 AM | Show all posts
ni le nak kata Bongok bertingkat2
nak buat jahat, pandai2 le simpan
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 08:53 AM | Show all posts
font yang kecik lagi tak ada ke? aku rasa besar sangatlah


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2013 08:54 AM | Show all posts
kenapa merokok? tak puasa pi la minum ayaq
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 08:57 AM | Show all posts
denda aje....
padan muka...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 08:57 AM | Show all posts
isap rokok boleh kenyang eh..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 08:58 AM | Show all posts
aku ingatkan askar td... hehehee sbb memula terpandang lori kaler ijau tuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 09:14 AM | Show all posts
saya tidak puasa sepanjang bulan ramadhan ni namun saya tidak mengambil advantage tersebut sebagai lesen utk saya melahap d khalayak ramai...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 09:22 AM | Show all posts
Kehebatan lelaki di bulan puasa...

Siapa leh celen.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 09:25 AM | Show all posts
kebanyakan driver lori mmg x posa selama je makan kat kantin ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 09:26 AM | Show all posts
klau iya pun x puasa
knpa nak menunjuk kat public..x malu ker..
x de akal per...
sorok ler sikit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2013 09:27 AM | Show all posts
kalau dah x larat sgt pon kot yer pun cover2 laa sket..nak p tayang kat seme org tu kenapa?igt sebab ko keje bwk lori jalan jauh2 tu lesen ko leh menayang x poser ke?org pompuan yg xleh puasa pon nak makan cover2.kdg2 ada yg x makan langsung sama mcm org boleh puasa..relek r..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 09:31 AM | Show all posts
Kat tompat mb kalo ade yang tak posa takder sape amik kesah. Itu adelah pilehan dia sundiri. Takder sape yang tergoris perasaan, takder sape nak marah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 09:33 AM | Show all posts
ade otak pklah sendiri.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 10:21 AM | Show all posts
agak-agak la sama nak cari nama pom geng lobai oiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.658759 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list