CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11555|Reply: 5

[Tempatan] Hirup sup keting lembu pakej bulu

[Copy link]
Post time 21-12-2024 07:29 AM | Show all posts |Read mode
Hirup sup keting lembu pakej bulu
Oleh NORISMA NAJWA CHE ISMAIL
20 Disember 2024, 5:45 pm

Tangkap layar video yang dimuat naik di TikTok.

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila hidangan sup yang diterimanya disertakan dengan keting lembu yang masih berbulu.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh Aiynaania, kelihatan keting lembu dalam hidangan tersebut masih terdapat bulu pada bahagian tertentu.

“Bila tanya peniaga, peniaga jawab keting memang datang berbulu seperti itu,” tulisnya dalam video berkenaan.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial, dengan ada yang turut berkongsi pengalaman serupa.

“Saya hari itu pernah beli urat keting masa bulan puasa. RM15 sebungkus. Tapi bila balik nak makan, setongkol keting itu penuh dengan bulu macam tidak cuci. Berbuka air jagung sahaja la saya hari itu,” ujar Kay.

“Keting memang berbulu, tapi yang mak saya jual, dia beli dan bersihkan dulu sebelum rebus dan buat sup. Kalau macam ini, nak makan pun tiada selera,” tulis Syuhada0.

“Keting kalau beli yang sejuk beku memang melekat bulu, sebab saya pernah beli yang sejuk beku. Peniaga tidak bersihkan betul-betul itu,” kata Neddyara90. -KOSMO! ONLINE



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2024 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Euwww. Nasib ler aku mmg x mkn yg mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Jarang jumpa keting berbulu.

Takpa la. Tu tanda keting tu fresh. Kat Sabah ni susah tau jumpa keting fresh. Biasa weol hadap yang frozen2 keting kerbau Alana tu ja. Rasa tak sesedap keting fresh lombu baru sembelih.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Yoonggi replied at 21-12-2024 12:18 AM
Euwww. Nasib ler aku mmg x mkn yg mcm ni

Sedap la. Gelatinous.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 10:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 12:21 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 21-12-2024 09:12 AM
Jarang jumpa keting berbulu.

Takpa la. Tu tanda keting tu fresh. Kat Sabah ni susah tau jumpa ketin ...

keting tu kan urat. Macamana boleh berbulu? Pelik pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.362037 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list