CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10991|Reply: 8

[Tempatan] Hidap radang paru-paru kerana didakwa sering beri makan merpati

[Copy link]
Post time 21-12-2024 07:19 AM | Show all posts |Read mode
Hidap radang paru-paru kerana didakwa sering beri makan merpati
ROSKHOIRAH YAHYAROSKHOIRAH YAHYA
20 Disember 2024 10:43am
Masa membaca: 2 minit

Perkongsian Mohanah di aplikasi TikTok mengenai ibunya disahkan menghidap radang paru-paru dan ia didakwa mempunya kaitan dengan rutin memberi makan kepada merpati.

SHAH ALAM - Seorang warga emas disahkan menghidap radang paru-paru dan ia didakwa mempunyai kaitan dengan rutinnya memberi makan kepada merpati.

Anaknya, Mohanah Raja Manikam, 44, mendakwa, ia berikutan spora kulat bawaan burung berkenaan berkemungkinan dihidu tanpa disedari wanita berumur 76 tahun itu.

Menurut Mohanah, ibunya memberi makan merpati di balkoni rumah mereka lebih tiga kali setiap hari.

"Ibu saya memang suka bagi makan kepada haiwan terutamanya burung sejak lima tahun lepas. Setiap kali ada nasi atau lebihan makanan di rumah dia akan beri kepada merpati.

"Namun baru-baru ini ibu tidak sihat dan selepas diperiksa doktor dia didapati mempunyai masalah paru-paru (radang paru-paru). Bila disiasat berkemungkinan penyakit itu diperoleh daripada kuman burung merpati memandangkan dari segi makanan dan sejarah keluarga sukar untuk dikaitkan," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Mohanah, tidak mustahil perkara itu berlaku kerana burung merpati terbang merata tempat.

Jelasnya, tidak diketahui kemungkinan burung merpati membawa bakteria memandangkan ia tidak nampak dengan mata kasar.

"Doktor kata bakteria itu sangat bahaya apatah lagi kepada anak-anak dan warga emas, kesannya bukan sekarang tetapi dalam jangka masa lama.

"Bagi orang muda mungkin kurang terkesan kerana antibodi mereka lebih kuat. Saya pernah tengok burung Merpati bawa ular kecil ke balkoni rumah, sangat terkejut masa itu.

"Diharapkan apa yang berlaku akan memberi pengajaran kepada orang ramai, nasib baik (penyakit) ibu saya dapat dikenal pasti awal. Jadi, jangan suka-suka memberi makan burung merpati," jelasnya.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2024 07:51 AM | Show all posts
Tak perlu pun beri makan kepada 'tikus bersayap' ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 20-12-2024 11:51 PM
Tak perlu pun beri makan kepada 'tikus bersayap' ni

When chuols put it that way tak semena2 menimbulkan kegelian meols.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg antara punca arwah Sharipah Aini dulu tu x silap.

Lagi 1 tahi burung ni kalau jatuh kat kereta, kalau x bersihkan, cat boleh terkupas. Power tak power tahi burung ni bwak bencana.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 10:10 AM | Show all posts
skrg mcm trend bg mkn kat merpati...boleh ke kita report kat PBT kalau jiran kita bg mkn kat merpati sehingga byk najis2 kat laman kita?
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Bese type I ske bg mkn burung merpati ni. Segala nasi semlm x abis die letak aje kat lua bg burung ni makan..
Kotor la ble die terbang2 tu ade habuk2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2024 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
MIL aku mmg setiap pagi bg makan burung... dah berbelas tahun lah amalan dia ni.. tp bukan merpati la.. mcm ada burung2 lain je aku tengok dtg menyinggah rumah...


mcm merbuk, tekukur, ni aku name a few je.... ada beberapa jenis lagi, tp aku tak tahu nama
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2024 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Adik queen hanis kepam bangga dapat bagi burung merpati makan kat turkiye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2024 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 21-12-2024 11:58 AM

Bagi makan burung mengundang burung berak kawasan jadi kotor byk kuman
Pokok2 besar tepi jalan port gagak balik tidur berak2 kena kereta parking bawah
Mekah madinah yg bg makan burung berak2 atas kepala org kasut pijak najis nak beribadah haruslah bersih dari najis
Sbb merpati dan gagak burung berkumpulan, lainlah burung spesis lain boleh jalan2 2-3 ekor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.072398 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list