CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Lisa Surihani jadi badak air

17-7-2013 01:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19997| Komen: 67

Description: BARISAN selebriti terkenal dari Malaysia, Singapura dan Brunei bakal memeriahkan hari raya Aidilfitri pertama melalui filem animasi popular, Madagascar 3: Europe's Most Wanted yang telah dialih suara ...

Lisa Surihani


BARISAN selebriti terkenal dari Malaysia, Singapura dan Brunei bakal memeriahkan hari raya Aidilfitri pertama melalui filem animasi popular, Madagascar 3: Europe's Most Wanted yang telah dialih suara kepada Bahasa Melayu.

Antara selebriti terlibat adalah Hafiz Suip (Alex the Lion), Lisa Surihani (Gloria the Hippo), Fahrin Ahmad (Melman the Giraffe), Taufik Batisah (Marty the Zebra) dan Najip Ali (Julien the Lemur).

Selain itu, beberapa artis lain turut memeriahkan Madagascar 3 seperti Jazz Hassan, Hazama, Didi Alias, Zahid, Ray, Adifashla, Farish Aziz dan Nabila Huda.

Madagascar 3 akan bersiaran di HBO saluran 411 atau HBO HD saluran 431 pada jam 8 malam.

Selebriti-selebriti terlibat mengakui teruja ketika dilamar untuk membawakan karakter tersebut.

"Saya teruja sebab saya suka Madagascar. Saya menonton filem itu berkali-kali untuk memahami jalan cerita sepenuhnya.

"Saya juga cuba untuk tidak meniru watak itu supaya bunyinya itu nanti sangat Malaysia dan tidak terlalu Inggeris," katanya pada sidang media, hari ini.

Ketika ditanya soal pemilihannya dalam watak itu, Lisa berkata, watak Gloria sinonim dengan dirinya.

"Mungkin kerana...sebenarnya saya dengan Gloria sama. Walaupun saiz tak sama tapi perwatakan sama. Dalaman saya selalu Gloria," katanya.

Bersempena dengan tayangan perdana filem tersebut, satu siri jelajah HBO Presents DreamWorks's Madagascar 3 akan diadakan di Sunway Piramid bermula 26 hingga 28 Julai ini.

Beberapa artis yang terlibat juga bakal memeriahkan siri jelajah itu.

Madagascar 3 mengisahkan tentang empat sekawan terkenal Alex the Lion, Marty the Zebra, Melman the Giraffe dan Gloria the Hippo cuba untuk pulang ke rumah di New York.

Perjalanan itu membawa mereka ke Eropah di mana mereka berhadapan dengan ugutan Pegawai Kawalan Haiwan Perancis, Kapten Chantel DuBois.

Dalam usaha melarikan diri dari pegawai tersebut, empat sekawan ini menyertai sarkas jalanan yang bermasalah.

Ikuti pengembaraan mereka dalam Madagscar 3: Europe's Most Wanted pada 8 Ogos ini.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote misspokoyo 17-7-2013 10:06 AM
apa2 jelah lisa...
Quote Kebabomb 17-7-2013 10:17 AM
Gossip bosan *menguap*
Quote jepp 17-7-2013 10:19 AM
Kebabomb posted on 17-7-2013 10:17 AM
Gossip bosan *menguap*

tumpang mnguap sama... **huwargh**
Quote bantal_busuk 17-7-2013 10:19 AM
                             
                                    







Quote starbee 17-7-2013 10:29 AM
wartawan nie takde cite lain dah ke? bosan tahap gajah tau asyik2 pasal Lisa Suriyusri tu...
Quote batman_2007 17-7-2013 10:30 AM
Elok lah. Sesuai dgn muka beliau
Quote maxim 17-7-2013 10:35 AM
bgusla..pencapaian terhebat beliau dalam arena perfileman..jadik badak air


Quote alinapple 17-7-2013 10:37 AM
elokla tu lakonan paling berkesan sebagai badan air
Quote miawpink 17-7-2013 10:39 AM
yang ni ke?










terkejut baca tajuk ni tau
Quote bantal_busuk 17-7-2013 10:39 AM
@maxim hehe, tak tahu nak komen, tu komen mcm tu..boring woo..
@teky sampai hati cantas credit saya
Quote bantal_busuk 17-7-2013 10:41 AM
miawpink posted on 17-7-2013 10:39 AM
yang ni ke?

hahaaa.. i pun ingat lisa gemuk disebabkan kuat minum air...
terkejut tadi,tapi bila baca artikel tu,lain pulak.

Quote maxim 17-7-2013 10:41 AM
bantal_busuk posted on 17-7-2013 10:39 AM
@maxim hehe, tak tahu nak komen, tu komen mcm tu..boring woo..
@teky sampai hati cantas credit saya ...

pi sini

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=forumdisplay&fid=139

sure ramai layan ko nanti
Quote miawpink 17-7-2013 10:43 AM
bantal_busuk posted on 17-7-2013 10:41 AM
hahaaa.. i pun ingat lisa gemuk disebabkan kuat minum air...
terkejut tadi,tapi bila baca artikel ...

adeh sangat terkejut
ngan apa kaitan lisa ngan badak air

ke lisa jadi duta air badak ke





Quote teky 17-7-2013 10:44 AM
bantal_busuk posted on 17-7-2013 10:39 AM
@maxim hehe, tak tahu nak komen, tu komen mcm tu..boring woo..
@teky sampai hati cantas credit saya ...

then my judgement wasnt wrong..

at least say something... not one but twice/mayb more posting emoticon..

so jadikan sempadan yeh... sorry terpaksa -25.. try posting something with full info then u will gain more kredits... (if any)
Quote bantal_busuk 17-7-2013 10:47 AM
maxim posted on 17-7-2013 10:41 AM
pi sini

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=forumdisplay&fid=139

marilah lepak sama sama kat sana, aritu masuk tak da nak layan..huhu


Quote bantal_busuk 17-7-2013 10:50 AM
miawpink posted on 17-7-2013 10:43 AM
adeh sangat terkejut
ngan apa kaitan lisa ngan badak air

tulah ingat apa tadi,
kalau betol gemuk air,bulan puasa nilah cuba turunkan berat badan tu.


Quote beldandy 17-7-2013 10:50 AM
suara gloria tu kene seksi...lisa boleh ke?
Quote bantal_busuk 17-7-2013 10:51 AM
teky posted on 17-7-2013 10:44 AM
then my judgement wasnt wrong..

at least say something... not one but twice/mayb more posting e ...

hehe owkey..
Quote amyainsamad 17-7-2013 10:53 AM
xsuka la cter yg dialih bahasa....xde feel lngsung. baik ltk subtitle je

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.059629 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top