CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Syakirin utama ilmu, pengalaman

17-7-2013 12:02 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7121| Komen: 24

Description: SIAPA sangka tuah menyebelahi perjalanan pengacara muda, Nur Syakirin Husnal Az’, 24, yang lebih selesa dengan panggilan Syakirin kini semakin bersinar dalam dunia seni hiburan.


SIAPA sangka tuah menyebelahi perjalanan pengacara muda, Nur Syakirin Husnal Az’, 24, yang lebih selesa dengan panggilan Syakirin kini semakin bersinar dalam dunia seni hiburan.

Bakat yang ada dalam dirinya mula terserlah apabila menyertai rancangan realiti TV, On Air di bawah kelolaan Datuk Aznil Haji Nawawi.

Sejak itu jugalah bakat yang ada dalam dirinya mula dinilai dan kini dilamar menjadi pengacara.

Menurut Syakirin, minat yang mendalam terhadap bidang pengacara membuatkan dia semakin aktif dalam mengacarakan beberapa program seperti K-Popnya Raya, Fashion dan Lifestyle Hijabista.

"Selain daripada itu, saya juga pernah menerbitkan beberapa laporan khas untuk Buletin Awani, Trending dan Gala TV.

"Selepas tersingkir daripada On Air, saya diberi tawaran sebagai pembaca berita dan wartawan penyiaran di Astro Awani," katanya yang amat meminati bidang ini sejak kecil.

Anak sulung daripada lima beradik ini juga mempunyai bakat tersendiri. Dia bukan sahaja boleh berbahasa Melayu dan Inggeris, malah mempunyai kebolehan dalam menguasai bahasa Korea dengan fasih.  

Tambah bekas graduan bidang Kejuruteraan Biokimia pengajian di Korea ini, dia tidak menyangka pengalaman belajar di Korea membuatkan dirinya mampu mengorak langkah dalam bidang ini.

"Atas semangat dan galakkan teman rapat dan keluarga juga saya memberanikan diri untuk terus menceburi bidang pengacaraan ini.

Tolak dunia kejuruteraan

Dalam menceburi bidang yang diminati pastinya anak kelahiran Kuantan, Pahang ini tiada halangan untuknya terus maju ke hadapan walaupun ada kalanya kenangan pahit manis mengusai diri.

Bagi Syakirin, pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan, walaupun belajar dalam bidang Kejuruteraan, ia bukan halangan untuknya menceburi bidang yang diminatinya sejak kecil.

“Walaupun penglibatan saya masih baru dalam bidang ini, sedikit sebanyak ia dapat membantu saya untuk terus mara dengan karier yang diceburi.

"Kenangan pahit yang paling sedih dalam hidup saya ketika tersingkir rancangan On Air, tapi saya tidak putus harapan bila dapat tawaran dari pihak Astro.

"Saya akui, sesungguhnya industri ini tidak mudah walaupun sudah setahun tapi belum sampai apa yang diimpikan kerana banyak lagi yang perlu saya pelajari," katanya.

Tambah Syakirin, mungkin segelintir masyarakat menganggap bidang pengacara ini glamor, tapi bagi gadis manis ini ia bukan apa yang disangka kerana persaingan dalam bidang ini semakin sengit.

"Bagi pendapat saya sendiri dalam bidang ini kita bukan hanya perlu cantik dan pandai bercakap, malah yang lebih penting adalah pengalaman dan banyakkan belajar untuk terus berjaya.

"Saya bersyukur kepada ALLAH SWT kerana minat dan impian saya telah termakbul. Selain daripada itu juga, tujuan saya menceburi bidang ini agar saya dapat berkhidmat dengan masyarakat," katanya.

Ingin program sendiri

Menyentuh mengenai perancangan dan impian pada masa akan datang, Syakirin memberitahu dia mempunyai sasaran untuk lima tahun akan datang.

Bagi Syakirin, jika diberi peluang dia ingin  mengacarakan program sendiri sama ada berbentuk bual bicara, majalah, dan travelog.

"Saya ingin menerbitkan dan menjadi pengacara dengan program yang padat dengan pengetahuan dan info isu semasa yang disampaikan dengan penuh santai.

"Bagi saya sendiri dengan cara ini juga ia mampu menjadi inspirasi kepada masyarakat dan ingin melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan," katanya yang bercita-cita ingin menjadi ahli motivasi khususnya untuk remaja dan wanita.

Dalam perkembangan yang lain, Syakirin berkata, dia ingin mencuba pelbagai bidang dan jika diberi peluang untuk menjinakkan diri dalam bidang lakonan, dia akan terima.

"Saya ingin menceburi pelbagai bidang, dengan cara ini juga kita dapat menimba pengalaman dengan lebih banyak tambahan usia kita yang masih muda banyak lagi yang perlu dipelajari..

3

Bagus

Marah
1

Terkejut
7

Sedih

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miawpink 17-7-2013 09:48 AM
tudung pesyen apa dia pakai tu?
Quote biozipstar 17-7-2013 10:07 AM
ooo jurutera tapi jadi pengacara... hohohoho
Quote vionna007 17-7-2013 10:35 AM
sape yang menang on air tu eik??? macam senyap jer....
Quote idril 17-7-2013 10:51 AM
mau sampai 3 jam dok dpn cermin nak pakai tudung pesen cenggini
Quote mitnick 17-7-2013 10:57 AM
baguihlaa wlupon tesingkir tapi ade rezeki ditpt lainn
Quote jepp 17-7-2013 10:59 AM
sapa pulok nih..
tudung tak menahan...
Quote jula7 17-7-2013 11:07 AM
pelik aku org pakai tudung cenggini...
nak solat pon payah,nak buka pastu pakai balik..semua makan masa..
Quote seroja11 17-7-2013 11:40 AM
rajin beno nak lilit tudung...
Quote tomet05 17-7-2013 11:46 AM
SAPE LAK BELIAU NIH ? PUASA KE X ?
Quote syanis4114 17-7-2013 12:56 PM
Dah macam benggali + arab da style tudung dia.
Quote starbee 17-7-2013 01:01 PM
pelik benau tudung  fesyen sekarang...
Quote nurfariezza 17-7-2013 01:18 PM
silap lilit mau t'cekik ni..pelik2 btol fesyen skng
Quote redliner 17-7-2013 01:22 PM
dia pakai utk photoshoot je kot uolls..
setakat ni aku tak penah lg jumpa org pakai cenggini kat luar.
tp kalo ada memang aku gelak la jawabnya.
Quote misspokoyo 17-7-2013 01:57 PM
tak kenal pong
Quote ais_kosong 17-7-2013 02:44 PM
rajin tui lilit noh
Quote PITTSBURGH 17-7-2013 02:56 PM
sapa ni..
mm..mcm bagos je ..
Quote tagas 17-7-2013 03:32 PM
Cantik tp garang dia ni..tgk style dia ckp via mengacara da taw..
Quote naganigi 17-7-2013 03:37 PM
idril posted on 17-7-2013 02:51 AM
mau sampai 3 jam dok dpn cermin nak pakai tudung pesen cenggini

hahahaha...lililit terbelit...


Quote R.A.M.A_mirror 17-7-2013 04:38 PM
jula7 posted on 17-7-2013 11:07 AM
pelik aku org pakai tudung cenggini...
nak solat pon payah,nak buka pastu pakai balik..semua makan  ...

the answer is simple..
dowang xsolat kalow berlilit camnie..LOL


Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.151394 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top