JOHOR BAHRU - Segelintir pemborong ikan terkejut apabila menerima larangan mengeksport lima jenis ikan ke Singapura selama dua bulan berkuat kuasa bermula 10 Julai lalu. Lim Ah Lik, 58, mengakui hanya mengetahui larangan itu selepas pekerjanya ditahan kastam pada 10 Julai lalu di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (KIK) ketika dalam perjalanan ke Singapura. Menurutnya, anggota kastam yang bertugas memberitahu larangan berkenaan dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membabitkan lima jenis ikan iaitu kembung, pelaling, cencaru, selayang dan selar. “Sepanjang 23 tahun menjadi pemborong ikan ke Singapura, ia pertama kali berlaku. Saya tidak faham kenapa ikan berkenaan dilarang untuk dieksport ke luar sedangkan semua jenis ikan itu tidak mengalami kekurangan bekalan. “Disebabkan larangan itu, kami mempunyai lebihan ikan purata antara 2,000 hingga 3,000 kilogram setiap hari. "Keadaan itu menyebabkan ia terpaksa dijual lebih murah kerana berlaku lebihan bekalan di pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di pejabat Adun Skudai, Dr Boo Cheng Hau di Taman Sri Orkid, di sini, semalam. Ah Lik turut memaklumkan Julai hingga September merupakan musim tangkapan yang banyak bagi lima jenis ikan itu. “Apabila ia tidak dapat dieksport maka pemborong terpaksa menjualnya lebih murah iaitu sebanyak RM2 lebih rendah daripada harga pasaran supaya tidak rugi besar. “Selain memperolehi bekalan ikan oleh nelayan tempatan termasuk dari Endau dan Mersing, bekalan juga didapati daripada luar iaitu Hutan Melintang dan Pulau Pangkor, Perak,” katanya. Bagi Pengusaha Logistik, Ko Tak Kwang, 56, dia terpaksa mengurangkan jumlah lori untuk menghantar ikan ke Singapura disebabkan larangan tersebut. “Sebelum ini sebanyak tiga lori akan masuk ke Singapura menghantar ikan, namun saya terpaksa kurangkan jumlah lori. “Untuk mengelakkan lori kosong saya terpaksa menambah jumlah ikan jenis lain seperti tongkol, mata besar dan selar kuning. “Kami turut merujuk isu larangan eksport lima jenis ini kepada Persatuan Pemborong Ikan Pasar Borong Pandan, tetapi pihak persatuan mengakui tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan larangan berkenaan dikeluarkan pihak berkuasa,” katanya. Sebagai langkah penyelesaian bagi masalah itu, Cheng Hau akan memaklumkan isu ini kepada Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang untuk diajukan kepada menteri bertanggungjawab pada Sidang Dewan Rakyat yang masih berlangsung. “Pihak bertanggungjawab perlu memaklumkan perkara ini lebih awal kepada pemborong. Berdasarkan Facebook LKIM, pemberitahuan itu hanya dibuat dua hari sebelum tarikh penguatkuasaan dijalankan. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Mohamed berkata, pihaknya akan merujuk isu berkenaan kepada LKIM berhubung larangan eksport lima jenis ikan tersebut ke Singapura.
|
schumacher posted on 15-7-2013 01:08 PM
bagus... sila buat aduan kat DAP LKS untuk tak bagi harga ikan tempatan lebih murah... ikan mahal se ...
Anak_Nogori posted on 15-7-2013 01:31 PM
ikan mahal bukan saja sebab dibenarkan export..kita pun import ikan beku dari Siam dan Indon..tapi ...
ADVERTISEMENT