CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3567|Reply: 37

[Tempatan] Lima jenis ikan dilarang eksport

[Copy link]
Post time 15-7-2013 12:38 PM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU - Segelintir pemborong ikan terkejut apabila menerima larangan mengeksport lima jenis ikan ke Singapura selama dua bulan berkuat kuasa bermula 10 Julai lalu.


Lim Ah Lik, 58, mengakui hanya mengetahui larangan itu selepas pekerjanya ditahan kastam pada 10 Julai lalu di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (KIK) ketika dalam perjalanan ke Singapura.


Menurutnya, anggota kastam yang bertugas memberitahu larangan berkenaan dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membabitkan lima jenis ikan iaitu kembung, pelaling, cencaru, selayang dan selar.


“Sepanjang 23 tahun menjadi pemborong ikan ke Singapura, ia pertama kali berlaku. Saya tidak faham kenapa ikan berkenaan dilarang untuk dieksport ke luar sedangkan semua jenis ikan itu tidak mengalami kekurangan bekalan.


“Disebabkan larangan itu, kami mempunyai lebihan ikan purata antara 2,000 hingga 3,000 kilogram setiap hari.


"Keadaan itu menyebabkan ia terpaksa dijual lebih murah kerana berlaku lebihan bekalan di pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di pejabat Adun Skudai, Dr Boo Cheng Hau di Taman Sri Orkid, di sini, semalam.


Ah Lik turut memaklumkan Julai hingga September merupakan musim tangkapan yang banyak bagi lima jenis ikan itu.


“Apabila ia tidak dapat dieksport maka pemborong terpaksa menjualnya lebih murah iaitu sebanyak RM2 lebih rendah daripada harga pasaran supaya tidak rugi besar.


“Selain memperolehi bekalan ikan oleh nelayan tempatan termasuk dari Endau dan Mersing, bekalan juga didapati daripada luar iaitu Hutan Melintang dan Pulau Pangkor, Perak,” katanya.


Bagi Pengusaha Logistik, Ko Tak Kwang, 56, dia terpaksa mengurangkan jumlah lori untuk menghantar ikan ke Singapura disebabkan larangan tersebut.


“Sebelum ini sebanyak tiga lori akan masuk ke Singapura menghantar ikan, namun saya terpaksa kurangkan jumlah lori.


“Untuk mengelakkan lori kosong saya terpaksa menambah jumlah ikan jenis lain seperti tongkol, mata besar dan selar kuning.


“Kami turut merujuk isu larangan eksport lima jenis ini kepada Persatuan Pemborong Ikan Pasar Borong Pandan, tetapi pihak persatuan mengakui tidak dapat berbuat apa-apa disebabkan larangan berkenaan dikeluarkan pihak
berkuasa,” katanya.


Sebagai langkah penyelesaian bagi masalah itu, Cheng Hau akan memaklumkan isu ini kepada Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang untuk diajukan kepada menteri bertanggungjawab pada Sidang Dewan Rakyat yang masih
berlangsung.


“Pihak bertanggungjawab perlu memaklumkan perkara ini lebih awal kepada pemborong. Berdasarkan Facebook LKIM, pemberitahuan itu hanya dibuat dua hari sebelum tarikh penguatkuasaan dijalankan.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Mohamed berkata, pihaknya akan merujuk isu berkenaan kepada LKIM berhubung larangan eksport lima jenis ikan tersebut ke Singapura.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2013 12:41 PM | Show all posts
bagus...jual murah untuk pasaran tempatan...boleh aku buat serondeng ikan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 12:42 PM | Show all posts
anak ikan jenis yg ke6
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 12:53 PM | Show all posts
Patutnya lebih banyak jenis ikan di larang untuk ekspot....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 12:55 PM | Show all posts
freebird posted on 15-7-2013 12:53 PM
Patutnya lebih banyak jenis ikan di larang untuk ekspot....

betul tu..

sebabkan tawaran dari luar yg tinggi la, diorang jual mahal kat sini...pastu senyap je tak kecoh pun kes harga ikan mahal kat Mesia ni, pasal tokey2 besar jual ikan kat luar dgn harga lebih tinggi...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 12:59 PM | Show all posts
patut semua diharamkan eksport kat singaporn...... lantak laa depa nak kebuluran....... dah laa semua minyak nelayan bersubsidi......... babi sungguh peraih ikan2 bangsat nie....!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2013 01:00 PM | Show all posts
salah satu sebab harga ikan mahal...

pemborong suka anta pi singapore...
yg fresh2 suma kesana dulu... sayur dari cameron pun sama....

kalo kita nak sayur yg sama fresh mcm kat sana, kene beli yg pre pack as premium kualiti product...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 01:01 PM | Show all posts
Ikan2  besau patutnya larang le skali...

Baru merudum hrg sumer ikan.

Ikan2 kecil eksport je byk2 kat Sporn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2013 01:02 PM | Show all posts
ikan kembung bakar cicah air asam style di jln tangling  petang ni kita?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 01:05 PM | Show all posts
keutamaan aku, org mesia dulu........... yg lain2 boleh pi mampus laa.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 01:08 PM | Show all posts
bagus... sila buat aduan kat DAP LKS untuk tak bagi harga ikan tempatan lebih murah... ikan mahal selama nie sebab dok eksport pi seberang.... wooo.. banyak pandai....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 01:11 PM | Show all posts
apa laa apek ni.. rasuah ajer pegawai yg menahan tu.... macam tak biasa pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 01:13 PM | Show all posts
ikan di daerah saya kedengarannya agak sukar dibawa keluar ke daerah lain menurut cina peraih ikan...berikutan permintaan ikan di daerah saya ini tinggi....company2 minyak yang berkait rapat dengan kapal hari2 memerlukan bekalan ikan dan pelbagai jenis ikan...malah syarat ketat bahagi kapal2 asing adalah wajib kena suplai ikan fresh...bukan frozen....jika tidak tukang masak mereka reject jah...kapal2 dibawha syarikat saya pun....meletakan syarat semua daging...ayam bersih dan jua hasl tangkapan laut wajib hantar  yang fresh sahaja ke kapal.....karena itu bos saya buka satu syarikat yang menguruskan kapal...crew...dan keperluan makan kapal sahaja.....siap ada gudang simpan stock makanan runcit yang dipacking terus datang dari pengilang....dan satu hari dianggarkan beratus2 kapal mendarat di persisiran laut kami....karena itu pasaraya ditempat saya...tauke mereka kaya raya....semua pasaraya suplai barangan runcit ke kapal...hatta kedai borong kayu mahu roboh pun suplai ke kapal dan ke platform minyak serta gas....sehingga ke penjaja buah pun suplai ke kapal buah2an mereka....rakyat jelata yang atas darat ini...jika mahu boikot mana2 pasaraya atau produk yang harganya tinggi....peniaga2 barangan runcit ini ga hairan pun...kamu orang ga datang membeli ke kedai mereka pun ga ada hal pada mereka.....mereka tidak akan jatuh miskin atau jatuh bangkrup pun jika kamu orang hadap sgt mahu boikot2
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 01:15 PM | Show all posts
cer cari ikan bayan dipasaran disekitar Pasar Borong..susah nak jumpa....sebab ikan bayan cukup tinggi dipasaran Singapore.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 01:18 PM | Show all posts
jangan ingat pencekik2 darah taikun2 cina lahanat tu semua akan jual murah dipasaran tempatan lepas ni..mereka pasti akan cari jalan utk menaikkan harga ikan..contohnya nelayan tak turun kelaut...tangkapan kurang...musim kembong beranak..selar tak main tepi pandai..jerung makan...dsb.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 01:21 PM | Show all posts
rega ikan mahal sbb pemborong eksport ke luar negara dulu rupanya...  nelayan diberi subsidi oleh kerajaan, patutnya ikan2 tu x dibenarkan eksport ke negara lain pun... bagus la singapore x terima... so yg x laku tu boleh dijual murah2, tambah2 waktu rega ayam dh mahal ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2013 01:31 PM | Show all posts
schumacher posted on 15-7-2013 01:08 PM
bagus... sila buat aduan kat DAP LKS untuk tak bagi harga ikan tempatan lebih murah... ikan mahal se ...

ikan mahal bukan saja sebab dibenarkan export..kita pun import ikan beku dari Siam dan Indon..tapi ikan beku pun mahal jugak.

Ikan di ambil dari Hutang Melintang..kata kembung..harga rm5.50sen...tapi sampai pasar borong dah misalanan rm8.00..peruncit amik kat pasar borong utk jual kat pasar basahnya dah kena letak harga berapa pula?...tu kalau 1 ke 2 tangan..kalu 3 ke 4 tangan?.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 01:33 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 15-7-2013 01:31 PM
ikan mahal bukan saja sebab dibenarkan export..kita pun import ikan beku dari Siam dan Indon..tapi ...

bayankan kalau 10 tangan......

husishhhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 01:39 PM | Show all posts
lavacall posted on 15-7-2013 01:33 PM
bayankan kalau 10 tangan......

husishhhhh...

nah...tang mana yg kerajaan kena kawal?..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 01:41 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 15-7-2013 01:39 PM
nah...tang mana yg kerajaan kena kawal?..

bayangkan kalau 20 tangan..

humang aiihh..

memang tak terkawal dek kerajaan.....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 09:50 PM GMT+8 , Processed in 0.068649 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list