CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pecah kubur cari harta

15-7-2013 09:27 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4004| Komen: 14

Description: Miri: Gigi palsu antara barangan yang ditemui penjarah empat kubur di Tanah Perkuburan Cina di Riam, dekat sini, selain jam tangan dan pakaian yang sudah rosak.


Miri: Gigi palsu antara barangan yang ditemui penjarah empat kubur di Tanah Perkuburan Cina di Riam, dekat sini, selain jam tangan dan pakaian yang sudah rosak.

Kejadian itu disedari beberapa individu yang berkunjung ke tanah perkuburan berkenaan untuk upacara sembahyang sebelum ternampak kubur pasangan suami isteri berusia hampir 50 tahun dipecahkan, kira-kira jam 9 pagi, kelmarin.

Bagaimanapun, usaha penjenayah itu hanya sia-sia apabila difahamkan kubur milik pasangan suami isteri itu tidak diletakkan barangan berharga selain gigi palsu, jam tangan dan pakaian yang sudah rosak.

Sumber berkata, keluarga mangsa terbabit sudah dimaklumkan mengenai pencerobohan itu dan mengakui kubur pasangan suami isteri itu tidak menyimpan mahu pun diletakkan barangan berharga.

“Penjenayah hanya menemui gigi palsu, jam tangan dan pakaian yang kemudiannya diletakkan bersebelahan kubur itu, berikutan mereka cuba memecahkan beberapa kubur lain di kawasan berhampiran.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote starbee 15-7-2013 10:50 AM
pencuri nie orang dah mati pon takleh RIP... barang org mati pon nak curi...
Quote pakwetizzaqyah 15-7-2013 10:58 AM
saifhole = pecah dubur cari harta
Quote izamahmed 15-7-2013 12:06 PM
mati jgn bawak harta
Quote gede-bab 15-7-2013 12:12 PM
pasal apa pecah kubur tak tentu pasal ni?...harap2 hantu kubur cekik depa sampai mampus..
Quote eco_internet 15-7-2013 12:20 PM
Nak cari duit lebih la teww...kan nak raya...
Quote snipersnake 15-7-2013 12:21 PM
ini baru tomb raider
Quote carold 15-7-2013 12:24 PM
Arwah adik ipar dulu pun tanam sekali dengan barang2 kesayangan dia..
baju je 1 beg..kasut, topi dan barang kemas sekali.
Quote lipans 15-7-2013 12:26 PM
lara croft yang buat ni...
Quote izamahmed 15-7-2013 12:37 PM
carold posted on 15-7-2013 12:24 PM
Arwah adik ipar dulu pun tanam sekali dengan barang2 kesayangan dia..
baju je 1 beg..kasut, topi da ...

jgn dedahkan lokasi kubur
bahaya~
Quote carold 15-7-2013 12:45 PM
izamahmed posted on 15-7-2013 06:37 AM
jgn dedahkan lokasi kubur
bahaya~

Adik ipar dah meninggal 15 or 16 tahun yang lepas
rasanya barang2 mcm kain baju, topi kasut pun dah bersemadi dgn tanah..
kecuali rantai dgn bangle je kot yg masih elok..sebab emas kan.
Quote cherry08 15-7-2013 02:28 PM
dah matipun nak bawa harta....
Quote setia00 15-7-2013 03:17 PM
tempat simpan orang mati pun sanggup dipecahkan...
hish..macam-macam kaedah nak cari duit sekarang ni kn..
Quote voiletiris 15-7-2013 03:22 PM
pencuri2 ni dah tak takut kena sumpah seranah si mati tu....dlm kubur pun tak slamat brg2
Quote ifanonline 15-7-2013 04:09 PM
di malaysia, yg dah mati pun tak selamat...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.207008 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top