CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja pam pasir maut

14-7-2013 06:43 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2009| Komen: 13

Description: PEKAN – Seorang lelaki yang juga pekerja pam pasir maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di selekoh berhampiran simpang Kampung Tanjung Agas, petang semalam. ...
PEKAN – Seorang lelaki yang juga pekerja pam pasir maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di selekoh berhampiran simpang Kampung Tanjung Agas, petang semalam.
       
        Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa, Lew Kam Sang, 49, yang beralamat di Pulai, Johor dikatakan sedang memandu bersendirian ke arah bandar Pekan selepas keluar dari kawasan pam pasir berhampiran tempat kejadian.
       
        Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada Perodua Myvi yang dipandu mangsa masuk ke laluan bertentangan.

                                                                

                                                                        Keadaan kereta yang dipandu mangsa remuk teruk selepas bertembung dengan lori tangki.                                                            

       
        Menurutnya, ketika sampai di selekoh tajam berkenaan, kereta mangsa masuk sedikit ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori tangki yang datang dari arah bertentangan.
       
        “Pemandu lori yang terkejut apabila kenderaan mangsa masuk di hadapannya secara tiba-tiba tidak sempat mengelak sebelum merempuh sebelah kanan kereta mangsa.
       
        “Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat keja-dian akibat kecederaan parah di kepala manakala pemandu lori berusia 40-an tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada Sinar Harian.
       
        Yahya berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa dibawa di Hospital Pekan sebelum dituntut ahli keluarganya.
       
        “Saya ingin mengingatkan orang ramai agar mengambil iktibar kejadian ini seterusnya mementingkan aspek keselamatan ketika berada di jalan raya pada setiap masa.
       
        “Kepekaan kita terhadap amalan berhemah serta keselamatan diri dapat membantu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya, sekali gus mewujudkan persekitaran selamat bagi diri dan pengguna jalan raya lain,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 14-7-2013 02:08 PM
apa ni cik rose
Quote maxim 14-7-2013 02:09 PM
testis






Quote matamata 14-7-2013 02:11 PM
ok....ok....
Quote Tottot89 14-7-2013 02:13 PM
dah lama tak nampak kak rose
Quote MissNigga 14-7-2013 02:17 PM
nak test drive ke kak rose???
Quote ultra78 14-7-2013 02:18 PM
selamat test drive preve
Quote mitnick 14-7-2013 02:43 PM
tester kuih raya kah?
Quote lasagnaklcc 14-7-2013 02:44 PM
bulan ramadhon ni mmg byk cobaan...
Quote zorrro_03 14-7-2013 02:46 PM
testing berjaya.  kak rose lulus dgn jayanya.  
Quote noor2 14-7-2013 02:48 PM
ya allah....innalillah



viva ke tu...

Quote maxim 14-7-2013 02:51 PM
noor2 posted on 14-7-2013 02:48 PM
ya allah....innalillah

myvi tu..kalau viva lg hancuq kot
Quote ninja boy 14-7-2013 02:51 PM
mmaibi lah
Quote MissNigga 14-7-2013 03:10 PM
ya ampun... hancuqqqqqqqqqqqq......

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.202300 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top