CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Adele Memenuhi Ipian Peminatnya Yang Sakit Tenat

5-3-2016 08:57 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4839| Komen: 6

Description: Adele membuat lawatan kejutan ke rumah Rebecca Gibney yang berusia 12 tahun sebelum konsert jelajahnya di Belfast, Ireland baru-baru ini.



sumber foto : google image


Impian seorang remaja yang sakit tenat untuk bertemu idolanya, Adele, akhirnya menjadi kenyataan.

Adele membuat lawatan kejutan ke rumah Rebecca Gibney yang berusia 12 tahun sebelum konsert jelajahnya di Belfast, Ireland baru-baru ini.

Memetik laporan Metro.co.uk, Rebecca didiagnos menghidapi masalah cerebral palsy dan epilepsi.

Difahamkan, Rebecca gemar mendengar lagu-lagu Adele dan sering menyatakan keinginannya untuk bertemu penyanyi Hello itu.

Bagi merealisasikan impian anaknya, ibu Rebecca, Tracy Gibnay kemudian melancarkan kempen di Facebook pada tahun lepas untuk membantu meraih perhatian dunia.


Selepas beberapa bulan Tracy mencuba untuk menghubungi Adele, Tracy mengaku bahawa dia hampir berputus asa.

Tetapi, impian anaknya menjadi kenyataan baru-baru ini apabila Adele membuat lawatan mengejut ke rumah mereka di Short Strand, timur Ireland pada 1 Mac.

“Saya masih berada dalam keadaan terkejut, saya dapat mengabulkan permintaan anak saya. Adele adalah seorang yang sangat baik,” kata Tracy.

Rebecca yang tidak mampu bangun dari katil menyatakan rasa gembiranya selepas melihat Adele di rumahnya.- CARI Infonet



13

Bagus
15

Marah
18

Terkejut
17

Sedih
14

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CrowneGlory 5-3-2016 09:30 AM
Aritu tolong paksa satu jantan ni kawin dgn awek dia ...awek tu yg propose... Lps ni apa pulak
Quote Ferr_Remy 5-3-2016 09:48 AM
Klu I, I pilih Britney
Quote manjalara_01 5-3-2016 11:08 AM
Ferr_Remy: Klu I, I pilih Britney


kalau i pulak..
justin bieber.....
Quote shernazz 5-3-2016 03:35 PM
kalau ai, ai suka vokalis sum41 tu
ai nak dia mai nyanyi lagi pieces
Quote gerbera.memopad 5-3-2016 04:31 PM
CrowneGlory replied at 5-3-2016 09:30 AM
Aritu tolong paksa satu jantan ni kawin dgn awek dia ...awek tu yg propose... Lps ni apa pulak

Aku pun ada dengar kat radio hr tu. Kesian lelaki tu, nak kata tak pun dah satu stadium suruh accept. Haha.
Quote RatuDunia94 9-3-2016 02:35 AM
gerbera.memopad replied at 5-3-2016 04:31 PM
Aku pun ada dengar kat radio hr tu. Kesian lelaki tu, nak kata tak pun dah satu stadium suruh acce ...

Mesti jantan tu ckp "InsyaAllah" kan?

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.056419 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top