CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Jualan Album 'Adele 25' Cipta Rekod Tertinggi

23-11-2015 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 5611| Komen: 3

Description: Bulan ini sahaja, tidak jemu-jemu cerita mengenai artis antarabangsa, Adele
Oleh Izzah Abbasy

Bulan ini sahaja, tidak jemu-jemu cerita mengenai artis antarabangsa, Adele. Bukan cerita yang buruk-buruk mengenai beliau, namun ia merupakan kebanggaan buat dirinya kerana album terbaharu Adele berjudul 25 dijangka terjual sebanyak 2.5 juta salinan pada minggu pertama pelancarannya di Amerika Syarikat.


Billboard melaporkan 25 yang baharu sahaja berada di pasaran Jumaat lalu bakal mencipta sejarah sebagai album tertinggi jualannya pada minggu pertama ia dilancarkan.



Sebelum ini rekod berkenaan dipegang oleh kumpulan Nsync menerusi album No String Attached yang dilancarkan pada tahun 2000 dan ia satu-satunya album melepasi jualan lebih dua juta salinan pada minggu pertama dilancarkan di Amerika.

Terjual sebanyak 2.4 juta album berkenaan dilancarkan setahun sebelum iTunes diperkenalkan yang memperlihatkan perubahan corak pembelian kepada digital secara drastik.

Dalam pada itu, Adele turut mencipta rekod apabila album 25 terjual sebanyak 900,000 unit menerusi iTunes pada hari pertama ia dilancarkan dan angka itu hanya penjualan di Amerika.

Sumber info : Kaki Gosip


9

Bagus
19

Marah
18

Terkejut
10

Sedih
17

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kukukatablog 23-11-2015 02:46 PM
dah dengar album dia, bestttt, tapi x leh lawan 21...
Quote dani-rox 23-11-2015 11:33 PM
Tapi pencapaian Nsync spesel sket rasanya sbb waktu No Strings Attached dilancarkan, media sosial spt YT, FB, Twitter, tumblr, fan site dsb belum ada lg utk meng'hype'kan album mereka.
Btw dah 15thn lagu Bye Bye Bye tu rupanya... kalo manusia, dah masuk form 3 dah
Quote alesandra 28-11-2015 10:50 PM
21 tu aku beli hanya sbb rick rubin  salah sorang producer.25 mmg taklaa aku beli...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.053060 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top