CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pantang maut sebelum ajal

12-7-2013 09:33 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2746| Komen: 3

Description: KUANTAN - Seorang lelaki nyaris maut apabila trak tunda yang dipandunya terhumban ke bawah tebing akibat terbabas apabila cuba mengelak kenderaan di hadapan dalam kejadian di Jalan Semambu di sini, se ...
KUANTAN - Seorang lelaki nyaris maut apabila trak tunda yang dipandunya terhumban ke bawah tebing akibat terbabas apabila cuba mengelak kenderaan di hadapan dalam kejadian di Jalan Semambu di sini, semalam.

Trak itu yang sedang menunda lori muatan gula bagaimanapun tersangkut daripada terus jatuh ke bawah gaung selepas lori yang ditundanya melanggar dan 'melekat' pada sebatang pokok di tepi jalan.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pemandu trak itu cedera dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Seorang lagi lelaki yang berada dalam kenderaan itu difahamkan turut mengalami kecederaan bagaimanapun kelindan lori gula itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kelindan terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal, 25 dari Kuantan berkata, dia bersama pemandu dalam perjalanan membawa muatan gula dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

Menurutnya, ketika tiba di Bentong, lori itu mengalami kerosakan tangki air lalu mendapatkan khidmat lori tunda terbabit dari Kuala Lumpur untuk menunda lorinya ke sebuah bengkel di sini.

“Saya berada di atas lori yang ditunda sepanjang perjalanan sebelum dikejutkan dengan gegaran kuat.

“Saya panik apabila melihat lori tunda di depan terhuyung - hayang sebelum terbabas ke kiri lalu melanggar pokok dan jatuh ke bawah tebing manakala lori yang saya naiki terjongket dan melanggar pokok yang sama,” katanya.

Faizal berkata, lorinya yang tersangkut berjaya menghalang trak tunda itu daripada terus jatuh ke bawah gaung.

“Mungkin pemandunya membrek secara tiba-tiba sebelum hilang kawalan akibat permukaan jalan yang licin selepas hujan,” katanya.

Akibat kemalangan itu, berlaku kesesakan kira-kira satu kilometer dari susur keluar Jalan Pintasan Kuantan- Semambu bagaimanapun keadaan terkawal.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izamahmed 12-7-2013 07:57 AM

Keadaan kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam nahas itu yang mengakibatkan pemandu trak tunda cedera.
Quote gaara_X 12-7-2013 08:07 AM
Mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang terjadi......renungkan...selamat beramal....
Quote izamahmed 12-7-2013 08:15 AM
nasib baik dia tunda lori. kalau tunda kancil memang dah jatuh dah lori tunda tu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.049475 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top