CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anak Minta Bawa Bekal, Faham Kos Hidup Tinggi

4-1-2016 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 12971| Komen: 130

Description: Ibu bapa pula mulalah berkira-kira untuk mengeluarkan duit belanja sekolah anak-anak
Oleh Izzah Abbasy

Permulaan sekolah hari ini merupakan pengalaman pertama pada tahun 2016. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak darjah 1, pasti terpaksa melayani ragam dan kerenah anak-anak ini bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah.

Masuk sahaja sekolah baru, semuanya pasti baru. Daripada baju sekolah, beg, kasut dan duit belanja mestilah berbeza berbanding sebelumnya. Tetapi ada juga anak-anak yang menggunakan barangan sekolah sebelum ini atau tahun lepas yang masih boleh dipakai. Ibu bapa pula mulalah berkira-kira untuk mengeluarkan duit belanja sekolah anak-anak. Masih relevankah diberi RM1 buat masa sekarang? Sudah tentulah tidak. Rata-rata ibu bapa akan memberi duit belanja sekolah sekurang-kurangnya RM2.

Tertarik untuk berkongsi dengan anda apabila ada juga anak yang ingin membawa bekal ke sekolah kerana faham dengan situasi ekonomi sekarang. Malahan, si ibu juga memilih untuk memasak bekal makanan anak-anak ke sekolah dengan makan yang berkhasiat dan ternyata bersih.

Tinjauan dibuat di Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil - Astro Awani



Si ibu manalah yang tidak mahu masak untuk anak? Sekurang-kurangnya kasih sayang ibu terhadap anak akan mengalir melalui air tangan yang menyajikan makanan. Teringat pula jika zaman sekolah dahulu, bawa bekal makanan ke sekolah merupakan amalan bagi setiap pelajar.

Kredit Foto : TheRakyatPost

 
Apabila anak-anak boleh memahami keadaan ekonomi negara, kenapa kita yang dewasa tidak berusaha untuk sama-sama untuk membawa bekal ke tempat kerja? Sebenarnya, itu terpulang kepada masa dan individu sendiri. Usaha untuk berjimat adalah satu alternatif untuk menabung bagi kegunaan masa hadapan dan kecemasan kelak. - CARI Infonet 

19

Bagus
29

Marah
29

Terkejut
22

Sedih
19

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (144 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ciskek.leleh 4-1-2016 04:07 PM
iolss dari kecik da dididik bwk bekal ke sekolah..kdg2 mak masak breakfast, ttp bwk bekal ke sekolah.. da kawen ni, boleh kata hari2 iolss masak, bwk bekal g kje.suami pun sama..nk makan kt luar, sehari makan untuk 2 org pun 50 pdhal iolss beli barang mentah tiap minggu rm50 je
Quote GhostWalking 4-1-2016 04:09 PM
'Duit belanja anak bertambah tahun ini, mungkin hanya bawa bekal' - Ibu bapa
http://mforum.cari.com.my/forum. ... amp;fromuid=1959737
(Source: CARI Infonet)
Quote red_cattleya 4-1-2016 04:47 PM
penah jugak aku masak utk adik aku buat bekal..seboleh2 sembunyi bekal dlm beg malu..bdk lelaki sekolah menengah..mne maunye
Quote tipuware 4-1-2016 04:47 PM
anak aku tadika, tapi mmg aku bekalkan makanan ke tadika dia even kat tadika dah disediakan makanan pasal aku takut dia taknak makan kalau tak kena selera dia. aku nak brainwash dia daripada skrang utk bawa bekal. msuk sekolah nnt senang. tapi bukan pasal kos ke apa, tapi pasal aku rasa nutrisi dan aku je kenal selera makan dia camne.
Quote Changa 4-1-2016 04:52 PM
di kala minggu cuti yang panjang tempoh hari akak cikcur kat laman web untuk belejar masak ...apparently banyak jah masakan yang kos murah dan sedap dan senang untuk di buat,...
kita jah yang kena explore and be creative.

ni kita2 yang hauk otak tak creative,....aleh2 nak jimat konon nya goreng telur cecah kecap jah... pemalas sangat sis...
dengan telur itu banyak jah benda lain yg lebih sedap boleh di buat dek
Quote Changa 4-1-2016 04:54 PM
red_cattleya replied at 4-1-2016 04:47 PM
penah jugak aku masak utk adik aku buat bekal..seboleh2 sembunyi bekal dlm beg malu..bdk lelaki seko ...

kalau dah tahap sekolah menengah rasanya memang malu kot bawa bekal...harus la kena cerca melainkan kenkawan mereka pun mmg stok bawa bekal
Quote lurve82 4-1-2016 04:58 PM
dulu jarg bwk bekal..sesekali mak bg bwk bekal seronok betul..walaupun nasi goreng kosong jah...
Quote amansihat 4-1-2016 05:02 PM
akak bawak bekal utk anak pagi,lunch.sekolah habis jam 4 petang.hantar lunch jam 12 tgri kat sekolah.sebab sekolah china.takut tak halal walau pekerja indon..
Quote TuntungReturn 4-1-2016 06:10 PM
sebenarnya elok buat bekal kt anak, air tgn mak tu berkat.
Quote watie_na 4-1-2016 06:34 PM
anak2 aku bawa bekal. lebih kenyang dari beli kat kantin. nasi+kuah+ayam seketul kecil = RM2.00
masalahnya bawa bekal ni, dia makan sikit, kawan2 tumpang sekaki. so aku selalu bekalkan quite big portion juga la.
Quote wana89 4-1-2016 07:07 PM
Edited by wana89 at 4-1-2016 07:11 PM
Changa replied at 4-1-2016 04:54 PM
kalau dah tahap sekolah menengah rasanya memang malu kot bawa bekal...harus la kena cerca melainka ...


Kaka change, wana bawa bekal sampai form 5. Utamanya, selesa makan makanan dr rumah walaupun duit dapat juga..dapat ler rm5 sehari dulu ayah beri

even sekarang wana lagi suka masak kaka walaupun duk rumah sorang. Kekadang, masak lebih bagi member..kopiden je masak sedop
Quote wana89 4-1-2016 07:10 PM
Edited by wana89 at 4-1-2016 07:11 PM

Mak wana dulu bekalkan mee goreng, nasi goreng etc
Xpun..lauk hari sebelumnya lebih, panaskan..bawa bekal. Sekolah menengah..Tengah hari balik rumah, makan kecuali sekolah rendah baru mak wana hantar makanan kat sekolah petang
Mak wana pun kerja..sebelum mak pergi mengajar, dia siapkan semua..
Quote Lagubestbest 4-1-2016 08:06 PM
2 kepal nasi putih/ goreng + cebisan ayam / ikan
1 biji telur rebus
2-4 ketul hirisan sayur (oven/microwave seminit dua)
sos cili sket
anggaran kos? = RM1



Quote all4rez 4-1-2016 08:08 PM
Anak aku pun tahun ni mula bwk bekal ke sekolah, tapi duit belanja maintain...
Quote missus_meow 4-1-2016 08:14 PM
all4rez replied at 4-1-2016 08:08 PM
Anak aku pun tahun ni mula bwk bekal ke sekolah, tapi duit belanja maintain...

kalo ade bekal, ade budak2 yg guna duit blanja tu utk menda lain yg dia suke .... save beli gajet ke ....

Quote tipuware 4-1-2016 08:45 PM
Changa replied at 4-1-2016 04:54 PM
kalau dah tahap sekolah menengah rasanya memang malu kot bawa bekal...harus la kena cerca melainka ...

Adik aku form 5 bawa bekal. Perempuan. Pengawas lagi. Tapi bekal dia pls bukan tipikal nasi goreng ke nasi lemak. Dia bawa sushi,  rice ball,  onigiri.. kekdah breakfast org jepun gittuu
Quote Changa 4-1-2016 08:58 PM
tipuware replied at 4-1-2016 08:45 PM
Adik aku form 5 bawa bekal. Perempuan. Pengawas lagi. Tapi bekal dia pls bukan tipikal nasi goreng ...

tak malu sebab makanan fefeeling urban la kot?
coba sis bekal kan mihun goreng jah??
Quote sekngucing 4-1-2016 09:08 PM
mak bapak beli rokok, gajet dan segala benda mcm mengarut tu bleh
lepas tu beranak ramai ramai boleh
nak kasi anak makan sedap pun tak mampu
Quote ninja boy 4-1-2016 09:09 PM
ada budak2 bawa bekal utk rakan sekelas gituh ada tabung khas kutip wang suh mak beliau masak. setiap hari menu berbeza dari makan di kantin yg mahal.

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.123964 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top