CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Menu Penerbangan MAS Lebih Teruk Dari Menu RM1 Di Sekolah?

1-1-2016 09:27 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 12463| Komen: 58

Description: Artis selebriti popular tanah air, Datuk Chef Wan mempertikaikan menu penerbangan iaitu nasi lemak yang dihidangkan mengandungi bahan sayur atau daging yang amat sedikit, hanya mengandungi nasi, kari ...



Oleh : TS LOO


Masih ingat tak set menu nasi lemak yang ditujuk di atas?

Awal tahun 2014, ketika menaiki penerbangan MAS ke Bangkok, Thailand, artis selebriti popular tanah air, Datuk Chef Wan mendapati nasi lemak yang dihidangkan mengandungi bahan sayur atau daging yang amat sedikit, hanya nasi, kari dan telur sahaja. 

Justeru beliau pun ambil gambar dan memuatnaik ke dalam laman sosial Intasgramnya dengan menamakan " Nasi Lemak Telanjang", hasilnya menerima reaksi pelbagai pihak sehingga menjadi perbincangan hangat di media sosial. 

Baru-baru ini, seorang lagi netizen menerusi media sosial mengecam hidangan yang disediakan MAS sungguh 'murah' !



Khamis lalu, netizen terbabit menerusi media sosial twitter memuatnaikkan gambar sambil mengecam hidangan penerbangan MAS : " ketika menaiki penerbangan dari Brunei ke Kuala Lumpur, menu mihun goreng yang disediakan disifatkannya sebagai 'Mihun Goreng Telanjang' dan dikatakan kandungannya lebih teruk dari menu RM1 yang disediakan di sekolah, ianya amat menghinakan!" 



Selanjutnya netizen memuatnaik beberapa catatan twitter secara berterusan, dengan mengatakan mee hoon goreng yang dihidangkan MAS hanya mengandungi tiga ketulan kecil lobak merah, termasuk sedikit cebisan telur dan minyak yang berlebihan. . 

Menurut netizen , kenapa ianya penting bagi MAS untuk menyediakan menu penerbangan yang lebih berkualiti, alasan nya adalah : tambang tiket penerbangan MAS bukan murah, malah negara kita Malaysia juga merupakan 'Syurga Makanan' , tambahan lagi MAS pula melambangkan imej negara Malaysia. 

"Pasti bukan hanya kerana tambang tiket MAS agak mahal, ianya juga disebabkan duit kami yang dibayar oleh kami sebagai pembayar cukai telah digunakan untuk memastikan opearsi perniagaan MAS dapat dikekalkan, justeru itu, kami mempunyai kepntingan untuk memiliki sebuah syarikat penerbangan yang berkaliber."

Catatan berkenaan turut mengundang perbincangan hangat di laman twitter, selain itu, rata-rata netizen turut berkongsi menu penerbangan yang lalu. 


Ada netizen beritahu : " MAS pernah menyediakan menu vegetarian kepada dia, dengan alasan menu yang biasa sudah habis."

Terdapat juga netizen yang membandingkan menu penerbangan AirAsia dengan MAS, sememangnya ada perbezaan!

Tetapi ada juga netizen yang mengatakan sebenarnya menu penerbangan disediakan oleh pihak ketiga, jadi masalah yang berlaku tidak harus semuanya menyalahkan pihak MAS.


Selepas itu, MAS turut memberi rsepond kepada netizen menerusi laman twitter, dengan harapan netizen dapat emel MAS, menyuarakan ketidakpuasan agar mereka dapat memperbaiki apa yang patut.

" Biarpun ianya amat dikesali, tetapi kami mengambil berat berhubung perkara yang dibangkitkan itu, semoga anda emel kami dengan member pendapat yang sewajarnya terhadap menu penerbangan."  



8

Bagus
3

Marah
16

Terkejut
26

Sedih
22

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote skyreds 1-1-2016 09:34 PM
BWN tu airport bandar sri begawan eh?  

dah kire international flight tu ... buat malu jek   

Quote Knowlee 1-1-2016 10:10 PM
So far ai naik MAS, ai okay dgn makanan dia.
Quote akusukaq 1-1-2016 10:28 PM
Edited by akusukaq at 1-1-2016 02:37 PM

hampas nya makanan mas , alamat nak melingkup balik
Quote akusukaq 1-1-2016 10:35 PM
hampas nya makanan mas , alamat nak melingkup balik
Quote krustykrab 1-1-2016 10:58 PM
Kan ke bis omputih..serve la steak ke burger ke hehehe
Quote Skuau 2-1-2016 12:10 AM
Beberaper taun yg lpas ok pon menunya....dh berkira-kira nk naik mas blk ni.....klo gini gk...tukar fikiran ni.....
Quote skystrike 2-1-2016 12:29 AM
rasanya makanan yg telanjang tu maybe di serve untuk short haul flight je kot....kalau long haul international flight meriah gak makanan dia....
Quote meow_tompok 2-1-2016 12:51 AM
MAS haruslah dipersalahkan dan amik tanggungjawab atas komplen customer. Walaupun kontrak catering sub kat company lain.
Quote dodolgemok 2-1-2016 01:39 AM
Mmg makanan mas hauk sehauk2nya. Aku rela lgi beli makanan berbelas2 ringgit kat air asia drpd makan mas punya hidangan. Urghhh
Quote mbhcsf 2-1-2016 04:23 AM
Long haul flight ok....i x kisah pun....not a fussy eater. Ada benda lebih crucial dari makanan. I could easily je minta tambah buns, or menu lain je, suh tolong buat milo....no hal...
Quote mbhcsf 2-1-2016 04:25 AM
So, i x der masalah dgn mas...
Quote anarina 2-1-2016 08:24 AM
Ada org yelah simplu not a fussy eater but not others so buat la proper so it fits fussy eater and yg tak fussy impressed at it
Quote periakuning 2-1-2016 09:01 AM
Teringat kat jepun dulu dia punya bento sngt mengiurkan..naik keretapi ade bento khas untuk stesen2 yg femes..kapal terbang pun ade bento untuk flight yg kurang berbau supaya tak ganggu org lain.. untuk short haul flight la ..

maybe mas buleh buang meal untuk short haul flight..jual je macam air asia..org sekarang kan cerewet..buat bento pun best gak..beli before naik flight..
Quote faraway1 2-1-2016 09:01 AM
sejak me naik air canada bayar 1800 dollar untuk flight 5 jam
tapi foods kena beli sendiri, so me cam bersyukur kalau
makan dalam MAS walaupun orang kata entah apa apa...
pendek kata i love airplanes foods..
Quote manjalara_01 2-1-2016 12:29 PM
faraway1 replied at 2-1-2016 09:01 AM
sejak me naik air canada bayar 1800 dollar untuk flight 5 jam
tapi foods kena beli sendiri, so me c ...

ade x gambar food air canada? teringat pulak nk tgk...ehehehe
Quote Robab 2-1-2016 03:53 PM
aku tak pnah pulak ada problem ngan MAS punya food. sokmo dapat best-best and banyak variety. but naturally, people will complaint more than complimenting online so byklah dapat bad reviews agaknye. but that's a good thing about social media.
Quote skystrike 2-1-2016 06:06 PM
Robab replied at 2-1-2016 03:53 PM
aku tak pnah pulak ada problem ngan MAS punya food. sokmo dapat best-best and banyak variety. but na ...

maybe flight MAS long haul je kot yang dapat makanan sedap....komplen pasal makanan MAS yg aku tengok mostly utk flight short haul...

Quote oni313 2-1-2016 08:56 PM
Edited by oni313 at 2-1-2016 08:57 PM
Skuau replied at 2-1-2016 12:10 AM
Beberaper taun yg lpas ok pon menunya....dh berkira-kira nk naik mas blk ni.....klo gini gk...tukar  ...

masa MAS catering dulu, ok makanan dia, not bad...baik domestik or international

ni sejak brahim jd catering MAS ni, er... no comment la....
Quote Teh_90 3-1-2016 06:41 AM
dulu2..memang mkn dlm flight Mas best...skrg flight Saudi Air lagi bagus berbanding Mas..siap ada roti jala dan kari lagi....mkn org Melayu..

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 10:20 PM GMT+8 , Processed in 0.106199 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top