CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Mainan Orang Kaya, Hilang As$8.7 Bilion Dalam Satu Hari

5-1-2016 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4637| Komen: 14

Description: Setiap orang mempunyai cita-cita untuk menjadi jutawan, hidup senang, mempunyai kereta mewah, isteri-isteri cantik dan rumah banglo besar tersergam indah.

Oleh : Dean BZ


Setiap orang mempunyai cita-cita untuk menjadi jutawan, hidup senang, mempunyai kereta mewah, isteri-isteri cantik dan rumah banglo besar tersergam indah. Pendek kata, setiap yang diimpikan pasti menjadi kenyataan. 


Tanpa kita ketahui, pelbagai pelaburan dilakukan oleh jutawan bagi "membiakkan" lagi duit sedia ada. Disebalik pelaburan tidak semestinya membuahkan hasil yang lumayan, kata orang ada turun ada naik. Itulah nasib yang menimpa kepada lima orang terkaya dunia.

Memetik laporan Berita Harian, lima orang terkaya dunia rugi AS$8.7 bilion (RM37.87 bilion) pada hari pertama dagangan saham Isnin lalu susulan penjualan besar-besaran saham global yang dicetuskan data perkilangan lemah China dan ketegangan antara Arab Saudi dan Iran. 

LIMA orang terkaya dunia rugi AS$8.7 bilion (RM37.87 bilion) pada hari pertama dagangan saham Isnin lalu, (dari kiri) Jeff Bezos, Amancio Ortega, Warren buffett, Carlos Slim dan Bill Gates. FOTO - Berita Harian.


Pengasas Amazon.com Inc, Jeff Bezos, mendahului senarai individu mengalami kerugian paling besar dalam Bloomberg Billionaires Index pada hari pertama dagangan 2016, kehilangan AS$3.7 bilion (RM16.11 bilion) susulan sahamnya jatuh 5.8 peratus. Nilai bersihnya kini AS$56 bilion (RM243.77 bilion). 

Kekayaan Amancio Ortega dari Sepanyol susut AS$2.5 bilion (RM10.88 bilion) kepada AS$70.4 bilion (RM306.46 bilion) berikutan saham Inditex SA miliknya, peruncit feysen terbesar, susut 3.5 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif Berkshire Hathaway Inc, Warren Buffett, Carlos Slim dari Mexico dan pengasas Microsoft Corp, Bill Gates, orang paling kaya di planet ini, rugi kombinasi AS$2.5 bilion (RM10.88 bilion). 

Individu yang meraih keuntungan terbesar pada hari pertama dagangan 2016 ialah pelabur Carl Icahn, dengan nilai bersihnya menokok AS$210.4 juta (RM915.89 juta) kepada AS$20.1 bilion (RM87.50 bilion). 

Indeks Bloomberg memantau kekayaan harian 400 orang terkaya dunia, yang kerugian kombinasi AS$82.4 bilion (RM358.70 bilion) pada hari itu. -  Bloomberg.

Satu jumlah kerugian yang tersangat besar. Namun itulah hakikatnya, bak kata pepatah besar periuk, besarlah keraknya

Jika anda ditakdirkan kaya raya seperti mereka, apakah yang anda akan lakukan selain melabur dalam saham? - CARI Infonet.





*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.







18

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
9

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rawahah 5-1-2016 03:29 PM
org kita berniaga baru keluar modal seribu dua, gagal terus taknak niaga sampai bila2.. koh3
Quote Odyman 5-1-2016 03:34 PM
Paper loss je tu..
Quote cik_noreen 5-1-2016 03:35 PM
mintak derma
Quote lavadhal 5-1-2016 03:36 PM
biasa la org kaya cam wa...untung juta juta..kalu rugi pun juta juta..

per der hal..esuk masyukkk lagi.



Quote nikaido 5-1-2016 03:46 PM
1mdb jual edra kat company cina pun rugi bilion2 gak
Quote batmana 5-1-2016 03:48 PM
patut dorg jupe najib.

bole mnta ilmu dpt balik 2.6 billion dlm shari
Quote nize 5-1-2016 03:49 PM
itu cerita rugi ... belum cerita masa untung overnight je bebillion harga nek balik..
Quote ohnoLia 5-1-2016 04:03 PM
rawahah replied at 5-1-2016 03:29 PM
org kita berniaga baru keluar modal seribu dua, gagal terus taknak niaga sampai bila2.. koh3

Nak buat cmne. Seribu dua tu pun pinjam ah long.

Klu di ganda kan lg utk second round bisness pun pinjam ah long....
Quote dani-rox 5-1-2016 04:03 PM
Celah gigi derang jah tu... Motip kita yg semekin nih concern sgt dgn reta org kaya

Jika anda ditakdirkan kaya raya seperti mereka, apakah yang anda akan lakukan selain melabur dalam saham?


Beli pulau, bina bandar kecik dlm kubu dan bersedia utk zombie apocalypse











Quote CrowneGlory 5-1-2016 04:06 PM
Rugi saham ok lg ...jgn mcm vvip malaysia rugi di meja judi lg la nakharom
Quote peningsokmo 6-1-2016 10:17 AM
harta dunia yang tidak pernah kekal
Quote Emperor95 6-1-2016 10:23 AM
normallah itu, ada utung dan ada rugi.
Quote Simunggu 6-1-2016 10:45 AM
aku pun rugi bilion bilion hari sama...
Quote boyagombak 6-1-2016 11:51 AM
Kalau aku kaya
Hari2 Hari Raya
ku belikan segalanya
Hadiah pada mak & makwa

Kalau aku kaya
Aku buat porem sendiri
Akun pstikan tiada Laba
Kerana dia tak kaya
Porem aku utk org kaya shj


Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.068419 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top