CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Takut Diserbu Peminat, 40 ‘bodyguard’ pernah kawal Mawi waktu zaman ‘Raja SMS’

7-6-2024 08:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9767| Komen: 14

Description: Mengimbas kembali fasa selepas menjuarai program realiti Akademi Fantasia (AF) musim ketiga, penyanyi Mawi mengakui terkejut dengan populariti yang diraih sehingga terpaksa menggunakan khidmat 40 peng ...

Mengimbas kembali fasa selepas menjuarai program realiti Akademi Fantasia (AF) musim ketiga, penyanyi Mawi mengakui terkejut dengan populariti yang diraih sehingga terpaksa menggunakan khidmat 40 pengawal peribadi untuk menjaga keselamatannya.

Mawi atau nama lengkapnya Asmawi Ani, 42, berkata khidmat ramai petugas disediakan pengurusnya ketika itu selepas dia menyampaikan hasrat mahu melawat rakan lama di sebuah pasar raya sebaik memenangi AF3.

“Ada sekali saya mahu pergi pasar raya di Subang Jaya sebab pernah bekerja di sana sebelum ini bagi jumpa kawan-kawan lama.

“Saya cakap dengan bekas pengurus tapi dia minta suruh tunggu dulu di parkir apabila sampai. Rupa-rupanya, dia susun 40 orang pengawal peribadi, saya ingat seorang dua sahaja.

“Semua badan tegap-tegap berkaca mata hitam. Saya jadi terkejut,” katanya dalam sebuah podcast baru-baru ini.


Berkongsi lanjut, pelantun lagu Aduh Saliha itu menyedari keperluan pengawal peribadi yang ramai selepas melihat situasi pasar raya terbabit dibanjiri ramai peminat.

“Ketua mereka minta 10 orang naik ke atas pasar raya kerana ada tiga ke empat tingkat untuk periksa sama ada, ada bom atau apa-apa.

“Ketika itu saya tanya perlukah sampai begini tetapi apabila masuk pasar raya, saya baru perasan memang patut ada 40 orang jaga, kalau empat orang habis saya,” ujarnya.

Bagaimanapun, Mawi memberitahu kemahsyuran yang digapai ketika itu membuatkan dirinya bimbang sehingga berdoa enggan lagi hidup diulit populariti.

“Ketika itu baru lepas menang AF. Luaran memang nampak seronok dengan kemahsyuran ini tetapi sebaliknya hari-hari saya berdoa.

“Ya Allah, saya tidak mahu hidup macam ini. Dulu saya minta sikit sahaja tetapi Dia bagi lebih sangat ini.

“Risau saya jadi tidak bersyukur, saya cuba tetapi banyak sangat,” tuturnya lagi.


Mawi mula menapak dalam industri seni Malaysia pada tahun 2005 selepas menyertai AF musim ketiga dan dinobatkan sebagai juara.

Sepanjang berada dalam program tersebut, fenomena Mawi telah dibentuk daripada kemenangannya sehingga tercetus fenomena Mawi World yang menjadi sebutan dan ikutan satu negara.

Dia juga pernah digelar ‘Raja SMS’ apabila meraih RM12.6 juta undian sepanjang sembilan minggu dalam AF sekali gus menjadi pelajar paling tinggi undian dalam sejarah. 

Sumber – KOSMO! ONLINE/SinarFM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 7-6-2024 08:37 AM
Ye..mmg tsumawi masa tu..
Mak.iols pung minat dia juga...hahaha
Tak miss konsert af masa tu
Quote KamikuP 7-6-2024 10:09 AM
bAGUS DAK MAWI NI
Quote Sazreena 7-6-2024 01:00 PM
Ni je la bekas juara AF yg relevan sampai skang..tak dinafikan dia humble, pandai urus duit walaupun masa dia ngan ekin org cam skeptic.
Quote jalfa 7-6-2024 01:22 PM
Ye la.mawi..kami percaya...dulu gosip hantar ikan pancing kat rumah diana rafar pon kami.percaya
Quote wafeloren 7-6-2024 01:23 PM
Tak ada apa nk komen. Nasib dia dan keluarga pun berubah ke lebih baik. Suka tolong org. Tak melebih2. Iols xde komen. Ok2 je.
Quote rosevelvet 7-6-2024 02:13 PM
jalfa replied at 7-6-2024 01:22 PM
Ye la.mawi..kami percaya...dulu gosip hantar ikan pancing kat rumah diana rafar pon kami.percaya:lol ...

Whatttt. Diana rafar?
Quote casper2022 7-6-2024 02:46 PM
Dia popular sgt2 masa dulu. Dia pnh ckp dia rasa dia keja mcam lembu. mmg time tu asro guna dia kaw2. semua benda ada nama mawi msti laku keras. Sampai maggie ada muka mawi pon sold out time tu. mmg org yg minat dia time tu betul2 pnya minat. ada yg ckp sbb popular la dia putus tunang dgn Ina dlu. Siap ada rancangan nk buat pertemuan mereka ni siap Rosyam nor jd host. Tp dah xda jodoh. Mawi pon dh mmg sangkut dengan Ekin time tu. Tp ina pon smpat famous sbb ex-tunang Mawi. Then btul la mcm artikel ni ckp dia mntk doa xnak dh jd popular tkut lupa diri. Klau x, xtau la tahap famous dia tu mcm mn skrg.
Quote Kurex 7-6-2024 03:23 PM
dap gak badan mawi masa terpilih masuk af tu...
Quote sleepandream 7-6-2024 05:46 PM
raja sms... dolu nak beli kad topup pun semua gambar mawi...
sekejapan je popular...
Quote Jemahjemah 7-6-2024 08:09 PM
Tu dulu2 je kan. Skrg org xheran dah
Quote sayangselasih 7-6-2024 09:38 PM
meols start berkuntum dekat forum cari ni sejak mawi world ni lah ye. setiap hari bukak forum nak tau apa budak AF tu buat. Mungkin dari zaman Farah breep2 Zahid Adam. Meols kalau tengok Cimb country height tu, memang teringat banglo dak dak AF..
Quote makiting 7-6-2024 09:59 PM
Popular dia time tu

Sampai anak sultan pun support dan vote dia

Tapi suara dia memang ok gosip2 biasa aje tak de la gosip teruk2
Quote noor2 7-6-2024 10:38 PM
Apasal asyik ungkit kisah lama...ada org kisah ke?...
Quote Tunakimchi 8-6-2024 09:45 PM
Harap aura je talent x seberapa. Pastu lupa diri.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.044282 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top